Results 1 to 9 of 9

Thread: Cerita Seram - Kisah Hantu Kilang

  1. #1
    Senior Member
    zis's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    898
    Post Thanks / Like

    Cerita Seram - Kisah Hantu Kilang

    ahakzzz..

    Kisah ini terjadi lebih kurang 23 tahun yang lalu. Walaupun kisah ini telah lama berlalu tetapi tetap segar dalam ingatan aku. Semasa kejadian itu berlaku, aku masih bekerja di salah sebuah kilang di kampung aku, kilang ini didirikan di kawasan kebun, tetapi kawasan ni telah dimajukan untuk kawasan perkilangan. Dahulunya tanah ini adalah milik persendirian.

    Pada suatu petang, lebih kurang pukul 5 seperti biasa pekerja-pekerja akan bergegas untuk pulang. Tapi pada hari tersebut agak kelam kabut kerana mengejarkan rancangan kegemaran dekat tv iaitu cerita jepun, aku pun dah lupa tajuk cerita tu. Memang cerita tu menjadi kegemaran ramai ketika itu. Dalam keadaan yang agak tergesa-gesa tu adalah sorang minah ni terjatuh tah mana silapnya aku pun tak tau, terlanggar batu kot. Kepala minah tu terkena dekat pagar, kepalanya berdarah dan darahnya tu pulak boleh tahan jugak banyaknya mungkin kena tang urat kot aku pun tak pasti, habis merah lantai kat situ dengan kesan darahnya. Keesokan harinya, minah yang terlanggar pagar tu pergi keje, heran jugak aku takkan tak cuti, tengok pada dia yang luka tu dah nampak elok, emmm camne boleh kejap sangat elok tak tau lah, masa tu dah tengahhari kalau tak silap aku, minah yang terlanggar pagar tu tetiba menjerit-jerit macam orang kena histeria. Lama jugak dia macam tu kelam kabut jugak, orang lain ingat minah ni ada problem agaknya, kesian jugak sampai menarik-narik rambut sendiri. Pengurus kilang terpaksa menghantar minah tu pulang.

    Pada keesokkan harinya pulak, kejadian menjerit-jerit ni berlaku lagi tapi pada orang lain pulak lepas sorang reda kena pada orang lain pulak. Macam pesta pulak, ada yang mengilai, ada yang menjerit, ada yang ketawa, seram pulak aku tengok perangai masing-masing nasib baik aku tak kena. Kejadian ni pulak berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut. Kalau nak ke tandas pulak nak kena berteman, yelah takut terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi kat aku sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaung-laung jugak la aku kat dalam tu mujur ada orang yang dengar.

    Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yang telah berlaku. Cerita ini diceritakan sendiri oleh pak guard kat tempat aku bekerja tu. Dia ada melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat pada kesan darah minah yang terlanggar pagar tu. Dan pak guard tu cerita, dulu tempat ni kebun milik seorang yang kaya kat kampung ni dan dia takut hartanya di ceroboh maka dia telah menanam tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai guard la tu kot. Dan bila orang tu meninggal lupa pulak dia nak halau guard dia tu, sampai la kilang tu didirikan kat situ, kira marah la penunggu tu agaknya. Konon-kononnya lembaga tu mengamukla, mengamuk kerana apa pak guard tu pun tak berapa pasti. Tapi yang pastinya semenjak dari itu lah kejadian histeria tu terjadi. Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara ni. Budak-budak yang terkena histeria tu ada cerita katanya dada mereka seolah-olah dipukul dengan kepala-kepala tengkorak tanpa henti, tu yang menjerit-jerit tu.

    Dan untuk menghalau penunggu tu kata sepakat telah dibuat, maka diadakan "samak" entah apa samak tu pun aku pun tak tau. Dipanggilnya bomoh tak mana-mana punya bomoh nak halau hantu tu. Entah apa yang bomoh tu meraban aku pun tak tau, selepas daripada itu kilang aku tu pun kembali aman. Lebih kurang tu la citenye, tapi banyak yang khurafat.... tak taulah aku setakat mana kesahihan kejadian yang sebenar. Wasallam.

    p/s : hoh dah laa zis selalu kerja malam..macam2 cerita zis dengar kat opis ni kalo time malam..


    p/s: Kredit kepada asakura_yoe dari kampungfm.com

    p/s: Ingin membaca cerita-cerita seram yang lain? Semuanya di blogzis.com
    Mega Service Boost Your Rank With Our Mega Service blogzis .com
    YouTube Adsense Increase Your Income With Youtube Adsense blogzis .com
    Ads by zis

  2. #2
    Senior Member

    supernova's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Langit Biru.
    Posts
    1,305
    Post Thanks / Like
    ini sumer keje setan iblis. pandai pulak orang2 kita bagi nama kat setan2 ni. hantu kilang lah. hantu karipap la.

  3. #3
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,856
    Post Thanks / Like
    Hantu Air ?


  4. #4
    Junior Member
    Join Date
    Sep 2010
    Posts
    8
    Post Thanks / Like
    hantu mkcik kripap,..hahaha

  5. #5
    Senior Member
    Join Date
    Aug 2009
    Posts
    120
    Post Thanks / Like
    awat x panggil bomoh globalisasi cite hantu kak limah tu...?

    "jampinya... Tersileppppp...."

  6. #6
    Senior Member
    fahmi_skeen's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Pasir Gudang
    Posts
    3,805
    Post Thanks / Like
    kt kilang bese la kalau ade hantu..
    ~makan dipinggan, minum dicawan~


  7. #7
    Senior Member monkey d samad's Avatar
    Join Date
    Nov 2011
    Posts
    140
    Post Thanks / Like
    last sekali....kita kena percaya pada Kekuasaan ALLAH yang mencipta makhluk

  8. #8
    Senior Member zaidi zek's Avatar
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    Bumi Hang Tuah
    Posts
    149
    Post Thanks / Like
    seram gak la...

  9. #9
    Junior Member
    Join Date
    Mar 2011
    Posts
    5
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •