ahakzzz..


Isu mengenai perceraian Vanidah Imran dan suaminya Rashidi Ishak gara-gara dialog mereka dalam filem Untuk Tiga Hari.

Sejujurnya bukan suka sangat menyentuh soal artis kita dalam blog ni. saya juga bukan peminat tegar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Tapi bila dah sampai soal cerai berai kerana filem, ianya kes besar jugalah. Sekurang-kurang ia perlu dijadikan iktibar oleh penerbit, pengarah, pelakon dan produksi perfileman kita supaya berhati-hati dan cermat sikit soal-soal hukum agama ketika pembikinan filem.

Ia bermula bila Tan Sri Harussani ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata lafaz cerai yang diucapkan oleh Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin kepada Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari itu menyebabkan perkahwinan mereka yang dah berlangsung selama 12 tahun itu menjadi tidak sah di sisi agama. Bukan main-main...tidak sah di sisi agama cuma gara-gara dialog dalam filem!!

Dialog itu pun sebenarnya ringkas aje:

"Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga kita minta cerai.”

Tapi tengoklah kesannya...perkahwinan sebenar antara keduanya mengikut Mufti itu menjadi tidak sah!!

Yang menjadi isunya ialah yang bercakap tidak sah ini ialah seorang tok mufti! Kalau yang berkata tak sah ialah penerbit atau pengarah filem yang tidak mahir tentang agama lainlah, boleh masuk dalam bakul sampah. Tapi seorang mufti? Kalau mufti cakap politik bolehlah kita tolak tepi, tapi bila dia cakap soal hukum hakam masih tak percaya?

Mufti Perak itu selanjutnya dalam Utusan Malaysia telah menasihatkan Vanidah dan suaminya pergi ke Jabatan Agama Islam bagi membincangkan perkahwinan mereka.

Vanidah yang dihubungi mStar Online siang tadi berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.

"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya? Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri," katanya.

Vanidah seterusnya menegaskan dalam mStar Online dia tidak akan ke pejabat agama sepertimana yang dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa:

"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku"

Artis kita ni pun satu juga, mereka ingat mereka saja yang betul. Kalau dalam filem Melayu bolehlah semua hero atau heroin betul belaka. Tapi ini soal hukum agama. Kalau dah yakin sangat lafaz cerai tak berlaku, mengapa tak mau jelaskannya di pejabat agama?? Mungkin barangkali ada salah faham yang boleh dijernihkan di pejabat agama. Tapi jika masih tak mau ke pejabat agama sukarlah yang keruh itu dijernihkan... Tak gitu???


p/s: Kredit kepada mStar

p/s: Ingin membaca gosip-gosip artis yang lain? Semuanya di blogzis.com