Page 1 of 4 123 ... LastLast
Results 1 to 10 of 36

Thread: Sindiket jual saluran TV internet haram dibongkar

  1. #1
    Senior Member

    Join Date
    Oct 2011
    Posts
    923
    Post Thanks / Like

    Sindiket jual saluran TV internet haram dibongkar

    BUTTERWORTH - Polis menahan 12 orang termasuk seorang guru dan berjaya membongkar sindiket yang menjalankan aktiviti menjualsaluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen dalam lima serbuan berasingan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis semalam.

    Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf berkata sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Siber Sekuriti.

    "Hasil pemantauan dan risikan bersama SKMM dan Siber Sekuriti sejak sebulan lepas, kita mendapat maklumat ada sebuah sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen.

    "Bertindak atas maklumat, kita serbu sebuah premis di Padang Besar, Perlis dan menahan dua lelaki bersama beberapa barangan yang digunakan sindiket terbabit dalam aktiviti berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

    Mohd Rodwan berkata susulan penangkapan itu, pihaknya menyerbu tiga lokasi lain dan menahan lima orang lagi iaitu pengedar serta juruprogram bagi sindiket terbabit.


    "Hasil penahanan itu, kita menyerbu sebuah premis di tingkat enam Park View Tower di sini dan berjaya menahan lima orang termasuk dua wanita dan hasil siasatan mendapati salah seorang daripada mereka adalah pengarah urusan syarikat terbabit manakala isterinya ialah seorang guru sebuah sekolah menengah di sini.

    "Siasatan juga mendapati mereka menggunakan premis di situ sebagai pusat operasi untuk menjalankan aktiviti pemberian aplikasi kandungan kepada pelanggan di seluruh Malaysia," katanya.

    Mohd Rodwan berkata siasatan lanjut mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai lesen yang sah dan sindiket itu juga menjalankan aktiviti memberi perkhidmatan aplikasi kandungan tanpa kebenaran.

    Katanya sindiket itu menjual aplikasi kandungan televisyen dari luar negara kepada pelangan secara tidak sah dan melanggar peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 205 Akta Komunikasi dan Mulimedia (AKM) 1998.

    "Berdasarkan siasatan, sindiket terbabit telah beroperasi sejak setahun lalu dan mengaut keuntungan jutaan ringgit serta telah mengakibatkan syarikat penyiaran swasta berbayar mengalami kerugian kira-kira RM60 juta," katanya.


    Mohd Rodwan berkata sindiket itu bergerak dengan menjual alat 'decoder' kepada pelanggan yang berminat dengan harga RM400 dan mengenakan caj bulanan serendah RM29.

    "Menerusi MY IPTV itu, pelangan boleh menonton pelbagai program televisyen dari luar negara terutamanya dari China dan Jepun serta terdapat lima saluran pornografi. Lebih 2,000 pengguna telah melanggan sejak setahun lalu," katanya.

    Beliau berkata dalam lima serbuan itu, pihaknya merampas pelbagai peralatan yang digunakan sindiket itu seperti decoder, 'server' dan komputer bernilai lebih RM400,000.

    Katanya serbuan oleh 36 pegawai dan anggota polis, SKMM dan Siber Sekuriti itu merupakan kejayaan terbesar dan merupakan serbuan pertama di Malaysia.

    "Daripada 12 yang ditahan, tujuh dibebaskan dengan jaminan polis manakala lima termasuk dua wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya.

    Mohd Rodwan berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 239 Akta AKM 1998 iaitu pemilikan, penggunaan dan peralatan komunikasi yang tidak standard dan Seksyen 40 Akta Hak Cipta 1987 iaitu membuat atau dalam milikan bagi tujuan salinan. - Bernama






    sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa...ongkar-1.91796

  2. Likes aq_sb 91, fideldesu liked this post
  3. #2
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    kalau polis tau kite pakai bende tu dlm rumah kena rampas gak eh ?


  4. #3
    Senior Member
    fahmi_skeen's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Pasir Gudang
    Posts
    3,805
    Post Thanks / Like
    ni alat dreambox yg org slalu jual 2 ke?
    ~makan dipinggan, minum dicawan~


  5. #4
    Junior Member
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    5
    Post Thanks / Like
    ala pakai para bola pon boleh je x cas bulanan pon pasang awal bayar rm400 pas 2 tengok smpai mati...kat ipoh ni bnyak orng cina pakai kat umah tp x kna tangkap or rampas pon...

  6. #5
    Senior Member

    boyz371's Avatar
    Join Date
    May 2008
    Location
    Kelantan
    Posts
    848
    Post Thanks / Like
    Baru berhajat nak beli bila dok umah sendiri ujung tahun ni
    adeiyh

  7. #6
    Senior Member
    Join Date
    Jan 2008
    Posts
    257
    Post Thanks / Like
    pasal astro harga melampau2 sbb tu de mende2 camni....tp siaran porno sume tu xpatut la...dreambox, skybox n box2 yg de siaran astro tu je ok skit la..ni porno xpatut2...tp astro patut jgn wt arga melampau2 baru xde isu2 camni lg....

  8. #7
    Super Administrator
    spyw@re's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    MALAYSIAKU
    Posts
    4,503
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    1
    pengusaha kotak mimpi dgn kotak terbang dan sewaktu denganya mengalami mimpi ngeri. astro pun satu mahal sgt siaran ulang2 . ini semua kerana pihak tertentu tak dapat bahagian. hmmm... dah berangan nak pasang . pelanggan unifi masing2 dah gegel nak pasang kotak mimpi ni.. makin kaya rayalah astro

    PENDAFTARAN AGEN TM & MAXIS 10MB DISINI



    Layan Mp3 Online

  9. #8
    Senior Member

    boyz371's Avatar
    Join Date
    May 2008
    Location
    Kelantan
    Posts
    848
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by gatuso View Post
    pasal astro harga melampau2 sbb tu de mende2 camni....tp siaran porno sume tu xpatut la...dreambox, skybox n box2 yg de siaran astro tu je ok skit la..ni porno xpatut2...tp astro patut jgn wt arga melampau2 baru xde isu2 camni lg....
    Betul ke porno tu?Sebab kat forum sebelah kata dorang tambah sebagai bahan perasa je tu nk bagi cter gempak sikit

  10. #9
    Senior Member
    Captain Price's Avatar
    Join Date
    Jun 2011
    Posts
    11,739
    Post Thanks / Like
    astro dah kaya giler kot!! ye lah berapa juta rakyat malaysia langgan astro.. lagi pun ni je satu2nya media berbayar..

  11. #10
    Senior Member

    aswada's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Posts
    6,461
    Post Thanks / Like



Page 1 of 4 123 ... LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •