KUALA LUMPUR – Sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata imej itu kinidalam proses semakan dan pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas itu.

“Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiadasebarang hasil yang dikutip setakat ini,” katanya ketika menjawab soalan LeeBoon Chye (PKR-Gopeng) yang ingin tahu jumlah saman dan hasil sejak perlaksanaanAES, pada persidangan Dewan Rakyat di sini Khamis.

Abdul Rahim turut menafikan bahawa pengendali AES boleh sewenang-wenangnyamerakam dan mendakwa pengguna jalan raya melakukan kesalahan atas faktorkeuntungan, sebaliknya setiap rakaman akan disemak oleh JPJ terlebih dahulu.

“Apabila sesuatu kesalahan dilakukan, rakaman oleh pengendali operasi akandianalisa dan disemak semula oleh JPJ sebelum saman dikeluarkan bagi memastikankesalahan itu benar-benar berlaku. JPJ yang mengeluarkan saman bukanpengendali,” katanya.

Beliau berkata AES fasa pertama melibatkan 14 lokasi dengan pengoperasian 10kamera tetap dan empat kamera mudah alih yang terdiri daripada kamera statik danvisual serta mampu mengesan dua kesalahan utama iaitu memandu laju sertamelanggar lampu isyarat.

Papan tanda bagi lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihatantara jarak dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera manakala lokasikamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat, diletakkan antara 50 hingga500 meter daripada persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Abdul Rahim berkata walaupun AES baru dipasang kira-kira dua minggu, iatelah menunjukkan tanda positif apabila jumlah kesalahan yang dirakam semakinberkurangan, membuktikan pemandu mula berdisiplin.

“Di kawasan Km 26, Kuala Kangsar, tiga hari pertama sebanyak 50 rakaman imejdiperoleh dan selepas itu tiada rakaman langsung manakala di Km 85, Tapah,sebanyak 700 rakaman dibuat pada tiga hari pertama namun kini telah berkurangan,” katanya.


Sumber - BERNAMA