Results 1 to 6 of 6

Thread: Kisah Benar:Lelaki Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka Puasa

  1. #1
    Senior Member
    fahmi_skeen's Avatar
    Join Date
    Oct 2009
    Location
    Pasir Gudang
    Posts
    3,805
    Post Thanks / Like

    Kisah Benar:Lelaki Belikan Daging Babi Untuk Ibu Berbuka Puasa

    Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang diceitakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini.Sekitar awal 90an,seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan,dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.

    Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati.Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.Dia seorang yang nakal dan liar.Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu sedang tidur.Dia tak mahu pergi ke pasar.Berulang kali disuruh sang ibu,dia tetap berdegil.Hingga akhirnya dengan perasaan marah kepada siibu yang terus memaksa,dia terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas,dibelinya daging untuk ibunya memasak.Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.

    Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz.Tiba tiba dia menangis lagi.Meraung bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya ,"Ustaz tahu daging apa yang saya beli?",Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu."Daging apa?" tanya ustaz kembali."Saya beli daging babi ustaz!,saya berdosa Ustaz"jawab pemuda itu.Ustaz tergaman tidak terkata.”Masya Allah”hanya itu saja yang mampu diungkapkan.

    Lelaki 30 an meneruskan cerita.”Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa”ceritanya lagi.”Saya bagi tau ibu,saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup.Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya sup ekor”.”Ya Allah besarnya dosa saya ustaz”.

    Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia.Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat.Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan,pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular.Dia tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.

    Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali.Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.

    Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa ,laknat Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua.Dua orang ibu bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja.Tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah tua.

    Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran.

    *Kisah ni buat aku rasa sebak mengenangkan sikap si anak. Sama-sama lah kita berbuat baik kepada ibu bapa kita..


    credit to: http://tukulbesi.blogspot.com/
    ~makan dipinggan, minum dicawan~


  2. Thanks TopengBesi, petra, aimax, MyraQiud, MKay123 thanked for this post
    Likes aimax, fideldesu, MyraQiud liked this post
  3. #2
    Senior Member


    lolly lilly's Avatar
    Join Date
    Apr 2012
    Location
    ♥Bandar Anggerik♥
    Posts
    3,239
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    9
    ya Allah, sampai ht dye buat mak nye mcm tu~

    Nabi s.a.w. bersabda,"Semua dosa akn ditangguhkan pmbalasan smpai hri kiamat kecuali, derhaka kpd ibu atau bapa, maka ssungguhnya Allah akn sgerakn pmbalasan kpd pelakunya dlm hdup nya (ddunia) sbelum dia mninggal dunia~ " (HR Hakim)

    Nabi s.a.w. bersabda," ada 3 org yg x kn masuk syurga:-
    1-"Org yg derhaka pd ibu bapanya.
    2-lelaki dayus
    3-perempuan yg menyerupai laki2~
    (HR Nasa'i, Bazzar & Hakim)
    When life gives you a hundred reasons to cry,
    show life that
    you have a thousand reasons to smile.


    ▌│█║▌║▌║ ѕтк-∂єυѕ.вℓσgѕρσт.˘σм ║▌║▌║█│▌

  4. Thanks Norahman thanked for this post
    Likes miss_sania, Norahman, MKay123 liked this post
  5. #3
    Senior Member
    MKay123's Avatar
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Ipoh
    Posts
    2,122
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    Ish3 Akhir Zaman... Dgn Emak sendiri sanggup dia buat mcm tu..

  6. #4
    Junior Member MyraQiud's Avatar
    Join Date
    Jun 2012
    Location
    Seoul,South Korea
    Posts
    5
    Post Thanks / Like
    sedih baca.
    . . what comes around goes around . .


    ~ MyraQiud ~

  7. #5
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    Quote Originally Posted by MyraQiud View Post
    sedih baca.
    sama la.. sedih bace & sedih tgk prangai die..


  8. #6
    Senior Member aimax's Avatar
    Join Date
    Jul 2009
    Posts
    2,058
    Post Thanks / Like

  9. Thanks petra thanked for this post

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •