Di sana,
Buminya bermandikan darah pejuang agama,
Rakyatnya bergentayangan di melata tempat,
Suasananya seakan suram tak bercahaya,
Meski matahari pagi tidak pernah
sirna menerangi sekujur mayat..
Di sana,Bom-bom dan peluru
menjadi santapan harian mereka,
Dibunuh dan dizalimi sudah mereka lali,
Jatuh dari berlari sudah selari dalam kudrat mereka,
Luka parah sudah berulangkali
tergores di atas jasad yang semakin merindui mati.
.
Di sana,Tumbukan dan tendangan
itulah layanan yang sentiasa ada,
Dipijak dan ditindas sudah pasti
selalu mengenai mereka,
Namun, mereka tetap berusaha dan berusaha..
Terus memperjuangkan kebenaran
untuk negara Islam tercinta..
Di sana,Mereka amat merindui
syahid fisabilillah,
Sebab itu mereka tidak pernah
kenal apa itu kalah,
Matlamat mereka adalah Jannah,
Tujuan utama mereka adalah kerana Allah..
Di sana,Mereka terus berjuang
dan berjuang sehingga menemui Ilahi,
Mereka percaya bahawa
pertolongan Allah itu ada,
Mereka percaya,
doa umat Islam
sejagat pasti mengiringi perjuangan ini,
Mereka percaya,
kuasa Allah akan terserlah jua..
Mereka percaya.
.Islam akan menang..
Kita juga percaya..
Islam pasti menang..
“Ya Allah, selamatkanlah umat-umat Islam di Syria, Mesir, Palestin dan negara-negara lain. Selamatkanlah akidah kami semua. Selamatkanlah iman umat di Malaysia ini. Selamatkan kami semua dari azab-Mu.”
Di sini,Kita kelaparan rohani,
Kita makin ketandusan iman di hati,
Nafsu makin menguasai diri,
Emosi pula makin galak merosakkan diri..
Di sini,Kita masih leka dengan fantasi duniawi,
Kita masih suka dengan ajakan Jahili,
Kita masih sakan berseronok sana sini,
Sedang kita lupa bahawa Dia selalu memerhati..
Di sini,Kita miskin pejuang syahid fisabilillah,
Alasannya, negara masih stabil dan tidak perlu berperang,
Jadi, kita hanya perlu menunggu mati sajalah,
Tidak perlu bersusah payah menanam
semangat juang dalam suasana tenang..
Di sini,Kami semakin sedar dan menginsafi,
Erti perjuangan, kebenaran dan keadilan,
Kami semakin tahu dan mendalami,
Erti syahid dan mati yang sia-sia tanpa iman..
Kita terus berdoa kepada Ilahi,
Kita memperbaiki sahsiah diri,
Kita berusaha bangkit mengubah persepsi diri,
Kita usahakan lebih untuk ke arah mentarbiah diri..
"Kamu membunuh kaum yang rindukan Syahid."