View Poll Results: Peserta yg korang senaraikan dan sokong

Voters
57. You may not vote on this poll
  • OSBON

    25 43.86%
  • SEPAHTU

    39 68.42%
  • JAMBU

    27 47.37%
  • JOZAN

    52 91.23%
  • SAEHU

    6 10.53%
  • SYOK

    3 5.26%
  • NABIL

    34 59.65%
  • EBBY YUS

    19 33.33%
  • HARITH ISKANDER

    17 29.82%
  • BOBOI

    24 42.11%
  • SABRI YUNUS(KAROOT KOMEDIA X)

    16 28.07%
  • HAMID GHURKHA

    5 8.77%
  • A.R BADUL

    9 15.79%
  • BALAS

    9 15.79%
  • SENARIO

    19 33.33%
  • APEK

    18 31.58%
  • YASIN SENARIO

    15 26.32%
  • AMER

    3 5.26%
  • ADLIN AMAN RAMLI

    4 7.02%
  • ACCAPAN

    4 7.02%
  • SATHIYA(BABY FACE)

    3 5.26%
  • PAK MAN TELO

    3 5.26%
  • LOUISA CHONG

    2 3.51%
  • ANGELINA TAN

    3 5.26%
  • CECUPAK

    3 5.26%
  • HIRO

    2 3.51%
  • ZERO

    2 3.51%
  • SHIRO

    14 24.56%
  • MAN

    4 7.02%
  • MAN BELON

    2 3.51%
Multiple Choice Poll.
Page 3 of 3 FirstFirst 123
Results 21 to 23 of 23

Thread: MAHARAJA LAWAK MEGA 2012-(JoZan,Sepah,NabiL,Jambu,OsBon,BoBoi,SaeHu,Syok) 9 Nov ini

  1. #21
    Junior Member
    Join Date
    Sep 2012
    Posts
    6
    Post Thanks / Like
    cam xbest jep calon2 yang dlm mega tahun ini
    sepahtu n jozan
    terbaekk der












    MAHARAJA LAWAK MEGA 2012
    Pertarungan pelawak-pelawak terkemuka negara bakal kembali dalam Maharaja Lawak Mega 2012. Kali ini Maharaja Lawak Mega 2012 membawa kelainan apabila 29 pelawak akan bersaing dalam undian Online bagi memilih 3 pelawak dengan undian tertinggi yang bakal menyertai pelawak-pelawak hebat dalam Maharaja Lawak Mega 2012 nanti.

    3 TERTINGGI BAKAL TERPILIH KE MAHARAJA LAWAK MEGA 2012!

    Undian terbuka secara online ini akan bermula pada 3 September 2012 jam 6 petang hingga 17 September 2012 jam 12 tengah hari. Pengundi perlu mengundi di laman web rasmi Maharaja Lawak Mega 2012 di www.maharajalawakmega.com.my. Untuk mengundi pula, pengundi perlu mendaftar di laman sosial Facebook sebelum undian dilakukan.

    Pengundi boleh membuat hanya satu undian bagi setiap pelawak setiap hari. Sekiranya mereka sudah mengundi hari ini, mereka boleh mengundi semula pada hari berikutnya. Paparan jumlah undian bagi setiap pelawak akan dipaparkan di laman web Maharaja Lawak Mega 2012 sepanjang tempoh undian dibuka.

    Jangan lepaskan peluang mengundi pelawak-pelawak pilihan anda untuk ditempatkan sebaris dengan pelawak-pelawak hebat dalam Maharaja Lawak Mega 2012. Jom undi segera!



    Maharaja Lawak terus mengembangkan sayapnya apabila bakal menemui peminat-peminat tidak lama lagi setelah berjaya menempah nama selain melakar kejayaan besar dalam memartabatkan bidang lawak jenaka dan komedi di peringkat yang lebih tinggi.
    Oleh itu, sekali lagi pihak Astro tidak merasa ragu untuk meneruskan program-program berbentuk komedi apabila membawakan program yang mencari pelawak terhebat di kalangan yang terhebat melalui rancangan Maharaja Lawak Mega 2012 yang bakal disiarkan pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 9 November ini menerusi Astro Warna (132) dan Pakej Mustika.
    Jika sebelum ini musim pertama menyaksikan persaingan antara kumpulan-kumpulan pelawak mahupun individu yang bertandingan amat sengit, kali ini pasti halangan serta cabaran untuk bersaing merebut gelaran juara lebih berliku dengan kehadiran lebih ramai pelawak-pelawak serta pelakon komedi yang profesional.
    Bagi musim terbaru ini, pihak Astro Warna telah membuat sedikit kelainan dari segi format pertandingan apabila peserta berkumpulan mahupun individu akan diberi peluang untuk menyertai pertandingan ini. Mereka akan dipilih melalui undian Hot Seat secara online dimana peserta yang terpilih akan terus berada dalam senarai akhir sekaligus melengkapkan jumlah keseluruhan senarai barisan peserta bertanding yang bakal diumumkan kelak.
    Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani, sebagai satu-satunya saliran komedi tempatan di Malaysia, pihak Astro Warna akan sentiasa mencari atau menerokai potensi yang ada bagi memastikan setiap program yang disediakan benar-benar mempunyai sambutan, pengisian yang padat dan berkualiti tinggi.
    Mereka sentiasa membawakan pembaharuan demi pembaharuan dalam memastikan setiap pengisian yang ditawarkan adalah selari mengikut peredaran industri lawak jenaka yang semakin berkembang selain mendapat sambutan yang hangat.
    Pendekatan seperti ini sudah pasti akan membuatkan pelanggan dapat menikmati program-program terhebat Astro menerusi platform yang hebat dan dijamin mendapat kepuasan untuk setiap wang yang telah dibelanjakan bagi melanggan Pakej Mustika.
    Dengan adanya format seperti pemilih undian melalui Hot Seat secara online, para peminat boleh menilai dan mengundi calon-calon pelawak yang digemari untuk diletakkan di senarai akhir program Maharaja Lawak Mega 2012 itu nanti. Dengan cara ini, ia bakal memberi suntikan pembakar semangat kepada calon-calon peserta walaupun program masih bermula dijalankan.
    Tempoh bagi talian undian Hot Seat secara online ini akan dibuka bermula pada 5 September 2012 pada jam 6.00 petang hingga 17 September jam 12.00 tengahari. Panduan untuk mengundi, orang ramai hanya perlu melayari laman web rasmi program Maharaja Lawak Mega 2012.
    Orang ramai perlu mendaftar menerusi Log Masuk Facebook terlebih dahulu sebelum mengundi para peserta kegemaran masing-masing. Undian hanya boleh dilakukan sekali sahaja bagi setiap peserta kegemaran mereka untuk setiap hari.
    Antara yang terlibat dalam program Maharaja Lawak Mega 2012 itu nanti adalah dua peserta solo iaitu Shem dan Idlan serta 25 peserta kumpulan iaitu Glamour Tak Perlu, Tutup Botol Oren, Sham, Sat Sat, 3A, Parpu, Ketampi, Mamu, Ingke, Klaut, V2, Awas, Buaya, Kering, Hai, XN3, Duo, ABC, I S U (I SUE YOU), Ngam, Kecik, AJK, Panas, Balas dan OMG.




    PENGUMUMAN KE EMPAT! - 27 peserta yang tersenarai dalam Hot Seat Maharaja Lawak Mega 2012..

    SHEM
    IDLAN
    GLAMOUR TAK PERLU
    TUTUP BOTOL OREN
    SHAM
    SAT SAT
    3A
    PARPU
    KETAMPI
    MAMU
    INGKE
    KLAUT
    V2
    AWAS
    BUAYA
    KERING
    HAI
    XN3
    DUO
    ABC
    I S U (I SUE YOU)
    NGAM
    KECIK
    AJK
    PANAS
    BALAS
    OMG




    AJK=tahun lepas kumpulan Joey sama Achong
    Awas=Aku x kenal
    Hai=Bekas senario(Ilya dan Hamdan)
    OMG=Jihan dgn Azrul Cham
    3A=AhZiz Kota,Ali Mamak dan gemok Raja Lawak
    Duo=Radhi Khalid dan sapa entah pompuan tu
    Idlan
    Ingke-Bekas cecupak dgn Vellu..dan sorang lagi
    Kecik=Budak sabah tu dgn sorang lagi aku x kenal



    NGAM=Entah x kenal
    BUAYA===AMER dan NGASRI BELL
    ISU(I sue U)=partner arwah Kuman dan lain x kenal
    V2=abg jit murad tu dgn pelakon drama tu
    BALAS=makcik karipap dgn karipap baru
    Glamor x perlu=yg lupa tangan tu
    MAMU=peserta Alien raja lawak
    PARPU=partner PAK MAN TELO dgn peserta Raja Lawak



    Kering
    Tutup Botol Oren
    XN3
    Ketampi
    Sat Sat(Jon dgn pengacara tv budak budak tu)
    Panas=Man Raja Lawak dgn Iffa Radziah
    Kelaut=x kenal tapi peserta Raja Lawak
    ABC=Chot raja lawak..Man Belon..
    SHAM=AM dan Budak Kedah tu


    NI HOT SEAT LIST...HANYA 3 PESERTA YG AKAN DIUNDI MASUK BERSAMA PELAWAK PELAWAK YG TERSENARAI SEPERTI JOZAN,SEPAH2,BOBOI,OSBON

    Assalammualaikum..
    ApA Khabar semua?korang teruja x bila baca tajuk kat atas tuh haha...
    x pasti juga tapi Aku ada terbaca kat Facebook di Status Juara Raja Lawak Musim ke-4 iaitu salah seorang ahli kumpulan Kechik yg memberitahu bahawa Maharaja Lawak Mega 2 (2012) akan start pada September ni..yg menyaksikan Kesemua Finalis Maharaja Lawak seperti Sepah,JoZaN,NabiL,Jambu dan JuGa Finalis MahaRaja Lawak MeGa seperti Osbon,BoBoi,SaeHu dan Syok akan Berentap/bersaing kembali dalam Maharaja Lawak Mega 2012..disamping itu pihak Astro juga mewujudkan 5 Hot Seats untuk direbut oleh peserta2 yg bukan finalis iaitu peserta2 ML dan MLM yg telah tersingkir awal..disamping itu Hot Seats ini juga turut terbuka kepada KEsemua bekas peserta2 Raja Lawak dari Musim pertama hingga ke-6..Ini bermakna JoZaN dan Finalis Lain mmg dh layak secara automatik ke MLM 2012 cuma kepada yg bukan finalis mereka terpaksa berebut untuk mendapatkan 5 tempat yg melayakkan mereka beraksi di MLM 2012

    Perserta2 yg bukan finalis terpaksa membuat 1 video yg menampilkan sketsa2 mereka yg berdurasi selama 4 minit..dan Astro akan memaparkan video2 mereka ni dlm 1 laman web khas..jadi peminat2 boleh mengundi video2 yg diorang suka..5 video peserta yg paling mendapat undian tertinggi akan melayakkan mereka beraksi bersama JoZaN dan finalis lain di MLM 2012...Ini bermakna ada 13 peserta yg akan bertanding dlm MLM 2012..kalau x caya sila tengok status FB Kumpuan Kechik kat bawah ni..korang leh klik untuk besarkannya..





    Ini bermakna ada JOZAN lah kan hehe yesssss...haha harap sgt JOZAN bertanding kembali..tambah2 diorang kan artis Astro jadi mmg wajib la diorang kena bertanding juga kan..cuma kalau tengok peserta2 yg bertanding..memang kali ni lebih sengit kot dari dulu..rasanya JOZAN mesti akan buat yg the bestnyer yela x kan nak kalah kali kedua kan...gerenti meletup la Maharaja Lawak Mega 2012 tuh..cuma aku konpius sikit sebelum ni dok dengar cerita pasal Maharaja Lawak Mania..tup2 dah jadi Maharaja Lawak Mega 2 plak dh..sudah tukar ek?x kisahla nama bertukar ke apa ke janji ada JOZAN betul x???

    [/QUOTE]

  2. #22
    Senior Member

    SzaRule's Avatar
    Join Date
    Sep 2007
    Posts
    7,367
    Post Thanks / Like
    x sabo aku..hohohohohohoho

  3. #23
    Senior Member EwanTheVIPER's Avatar
    Join Date
    Apr 2007
    Posts
    305
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    sepahtu tak masuk bertanding la.. T_T

    senarai peserta yang bertanding

    Malaysia:

    • Pi Mai (Imuda dan Mat Over)
    • Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil
    • Jozan (Johan dan Zizan)
    • Sabon (Abon dan Sathia)
    • Jambu (Taukeh dan Yus),
    • R2 (Rahim dan Wan Lopez)
    • Shiro (Shahrol dan Ajak).


    Indonesia:

    • Saywho (Eko, Bocil dan Vicha)
    • The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman)


    Singapura:

    • Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin)





    Sementara itu, 3 lagi kumpulan iaitu Balas, Kecik dan Mamu perlu melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM yang akan menentukan siapakah akan layak bertanding sebagai peserta kesebelas program itu.
    Pemilihan peserta itu akan disiarkan pada 14 November ini pada pukul 10 malam.
    Maharaja Lawak Mega kali ini akan menggunakan empat juri tetap iaitu dua daripadanya dari Malaysia manakala selebihnya dari Indonesia dan Singapura. Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70% daripada juri tetap dan 30% daripada undian penonton.
    pertandingan bermula 16 november


    P/S : TAK PERLU QUOTE BENDA YG PANJANG BERJELA TU...
    Last edited by EwanTheVIPER; 12-11-12 at 04:55 PM.

Page 3 of 3 FirstFirst 123

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •