Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 13

Thread: Kisah Anak Paderi Memeluk Agama Islam

  1. #1
    Senior Member
    tembakartun's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    JorDan
    Posts
    1,041
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    5

    Kisah Anak Paderi Memeluk Agama Islam

    Kisah Anak Paderi Memeluk Agama Islam | Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialahJohanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untukmenjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan, usaha Kristian kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

    Rahmat dan hidayah Allah tidak mengira kaum dan warna kulit.
    Teknik Dakwah Kristian

    Kumpulan Kristian saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah, tanya masalah mereka dan bantu mereka, berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dsn.

    Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

    Berdebat Dengan Ustaz

    Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.

    Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian, agama saya”. Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
    - Mengapa orang Islam sembah Ka’abah
    - Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
    - Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
    - Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
    - Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

    Yang menghairankan, Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.

    Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
    - Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
    - Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
    - konsep ketuhanan Jesus.

    Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya, tetapi mereka enggan.
    Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.

    Pengislaman Anak Paderi


    Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidup Islamnya.

    Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
    Saya meronta-ronta.

    Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, “Mengapa Johanis….awak mengigau….

    Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan, “Cikgu Islamkan saya………”. Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

    Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

    Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

    Hijrah ke Semenanjung Malaysia


    Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja Kristian sewaktu di Sabah dulu. 6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang. kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

    Pengislaman Ketua Paderi


    Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. Saya sayang emak. Saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

    Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. Saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya, yang dahulunya ketua Paderi kepada 15 gereja, kini menganut Agama Islam.

    Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….

    Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja Kristian. Kini saya pendakwah bebas.Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

    Realiti Umat Islam


    Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, “You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..

    Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. Kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. Saya juga diancam oleh umat Islam.

    Apa tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

    Awas! Dakyah Kristian di IPT


    Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di institut pengajian tinggi (IPT). Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.

    Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja Kristian ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.

    Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah. Wallahu’alam….



    -JOM layan Forum Syok.org-

  2. #2
    Member
    Join Date
    Jul 2009
    Posts
    88
    Post Thanks / Like
    thanks br0, nice info

  3. #3
    Senior Member
    tembakartun's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    JorDan
    Posts
    1,041
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    5
    u r welcome bro ezri!



    -JOM layan Forum Syok.org-

  4. #4
    Junior Member
    Join Date
    Jul 2011
    Location
    batu pahat johor
    Posts
    2
    Post Thanks / Like
    terima kasih di atas infonya...

  5. #5
    Senior Member
    stammofa's Avatar
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    East Blue
    Posts
    10,998
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    tak kena parking nih... under kisah nabi...

    Pastu plak, aku pernah baca pasal kisah nih kat emel berantai.....

  6. #6
    Senior Member
    Nett8's Avatar
    Join Date
    Oct 2007
    Location
    Damansara, Petaling Jaya
    Posts
    4,295
    Post Thanks / Like
    ustaz farhan ni pernah dtg masjid tempat teman... itulah hidayah Allah nak bagi... skrg dia dah ngajar tahfiz pula... subhanaAllah

  7. #7
    Senior Member
    Luulekblog's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Posts
    554
    Post Thanks / Like
    Saya sangat terkejut bila melihat THREAD yang dibuat untuk menjatuhkan agama lain!
    Kepada tembakartun walaupun anda berpangkat di sini. tapi sila buat THREAD yang ada betul-betul yakin akan kesahihannya. jangan copy paste dari sumber yang tidak betul terutama cerita yang dibuat-buat.. memalukan bangsa dan agama sendiri..

    Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja Kristian ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.

    Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah. Wallahu’alam….
    Dan untuk pengetahuan anda.. holy water tu bukanlah diambil dari vatican tetapi adalah air biasa a.k.a air paipyang telah diberkati oleh paderi...

    Nampak sangat anda kurang berpengetahuan..

    Sedih melihat post yang tidak ada kebenaran dan kesahihan!
    STOP TALKING BULLSHIT IF YOU KNOW NOTHING ABOUT OTHERS !
    IBARAT TIN KOSONG, BUNYI KUAT TAPI TIADA ISI !
    NAMPAK SANGAT BODOHNYA, TAU TAK?


  8. #8
    Senior Member
    tembakartun's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    JorDan
    Posts
    1,041
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    5
    "Sebenarnya air ini "dibuat" di Vatican City" - air tu diambil dimana?mestilah kt "paip air"(semua org tahu bnda ini) dan di proses kn di Vatican City

    cth: air coke (melalui paip air jgak kn)..."dibuat" di kilang....
    kalau org tanya air coke ini buat di mana?..nk jawab air paip ke?
    saya harap anda faham

    memang air holy water ini dari air biasa(air paip)prosesnye di Vatican City dan Dijampi oleh paderi.


    inikan kisah TELADAN,ambil yang baik tinggalkan yang buruk.
    -banyak kisah2 yang lain menceritakan tentang agama..adakah menjatuhkan agama?Bagaimana nak sampaikan cerita?
    -sekiranya artikel menyuruh boikot barang agama lain..adakah kita jugak menjatuhkan agama lain?
    -kisah sebergini adalah untuk memberi kesedaran dan berhati2.

    Terima Kasih Kepada Luulekblog kerana teguran anda..

    Imam Syafi’e RA
    pernah berkata;
    “Aku boleh berdebat dengan 10 orang ilmuan agama, tetapi aku akan kalah berdebat dengan 1 orang yang jahil, kerana yang jahil akan mempertahankan kejahilan mereka yang hanya berpaksi pada akal.”



    -JOM layan Forum Syok.org-

  9. Likes hunnybee1985, supernova liked this post
  10. #9
    Senior Member

    supernova's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Langit Biru.
    Posts
    1,305
    Post Thanks / Like
    jalan untuk berdakwah akan sentiasa ditaburi onak duri, di situlah terletak pahala yg terselit. kepada tembak dan sesiapa yg berniat untuk berdakwah, semoga anda diberkati Allah s.w.t.

  11. Thanks tembakartun thanked for this post
    Likes lolly lilly liked this post
  12. #10
    Senior Member
    Luulekblog's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Posts
    554
    Post Thanks / Like

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com

    Server sponsored by SyokHost.Com
    Quote Originally Posted by tembakartun View Post
    "Sebenarnya air ini "dibuat" di Vatican City" - air tu diambil dimana?mestilah kt "paip air"(semua org tahu bnda ini) dan di proses kn di Vatican City

    cth: air coke (melalui paip air jgak kn)..."dibuat" di kilang....
    kalau org tanya air coke ini buat di mana?..nk jawab air paip ke?
    saya harap anda faham

    memang air holy water ini dari air biasa(air paip)prosesnye di Vatican City dan Dijampi oleh paderi.


    inikan kisah TELADAN,ambil yang baik tinggalkan yang buruk.
    -banyak kisah2 yang lain menceritakan tentang agama..adakah menjatuhkan agama?Bagaimana nak sampaikan cerita?
    -sekiranya artikel menyuruh boikot barang agama lain..adakah kita jugak menjatuhkan agama lain?
    -kisah sebergini adalah untuk memberi kesedaran dan berhati2.

    Terima Kasih Kepada Luulekblog kerana teguran anda..

    Imam Syafi’e RA
    pernah berkata;
    “Aku boleh berdebat dengan 10 orang ilmuan agama, tetapi aku akan kalah berdebat dengan 1 orang yang jahil, kerana yang jahil akan mempertahankan kejahilan mereka yang hanya berpaksi pada akal.”
    Dan untuk pengetahuan anda, holy water di malaysia ni tidak dibuat dari vatican. Tetapi dibuat dalam negara juga. Tak ada kena mengena dengan vatican segala. Agak-agak kalau nak menuduh tu. Dan juga air tu tak dijampi tetapi diberkati. Sila guna istilah yang betul sebab itu menuduh yang bukan-bukan. Memahami agama lain adalah dengan melihat sendiri pergerakan agama dan bukannya mengambil dari sumber yang BIAS!

    Kisah di atas tu bukan kisah teladan tetapi kisah yang dibuat-buat oleh pihak tertentu. kalau tak percaya cuba bagi bukti yang lebih tepat.
    1. Nama sebenar JOHANIS ? (Nama full)
    2. Gereja mana? (Catholic atau Protestan)
    3. Nama bapa si Johanis ( paderi Catholic tidak boleh berkahwin, jadi maybe ini gereja protestan)

    kalau dapat sertakan bukti dalam ketiga-tiga soalan tu barulah boleh dikatakan benar. Bukan ambil copy paste dari sumber yang dipertikaikan.

    PS> Lebih baik menggunakan kisah teladan para nabi sebab dari sumber yang tepat dan diiktiraf untuk menyedarkan manusia daripada menggunakan kisah yang dibuat-buat oleh manusia. sekian dari saya..
    Last edited by Luulekblog; 14-12-12 at 12:31 AM.
    STOP TALKING BULLSHIT IF YOU KNOW NOTHING ABOUT OTHERS !
    IBARAT TIN KOSONG, BUNYI KUAT TAPI TIADA ISI !
    NAMPAK SANGAT BODOHNYA, TAU TAK?


  13. Likes buriga liked this post
Page 1 of 2 12 LastLast

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •