Results 1 to 7 of 7

Thread: Pencipta Bendera Malaysia

  1. #1
    Senior Member
    tembakartun's Avatar
    Join Date
    Jan 2010
    Location
    JorDan
    Posts
    1,041
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    5

    Pencipta Bendera Malaysia

    Pencipta Bendera Malaysia Jalur Gemilang | Kita telah pun selamat meraikan sambutan hari kemerdekaan kali yang ke 55. Namun tahukah kita siapakah individu sebenar yang telah mencipta bendera Jalur Gemilang ini? Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Namun kita perlu berbangga keranaJalur Gemilang ini telah berada di seluruh dunia termasuklah di angkasa lepas.







    Semasa hayatnya, Mohamed Hamzah merahsiakan beliaulah pencipta Jalur Gemilang, hingga ramai temannya sendiri tidak mengetahui perkara itu. Hanya selepas kematiannya pada 1993, barulah adik beliau, Abu Bakar Hamzah (gambar), sekarang 73, mendedahkan secara terbuka perihal abangnya itu.

    Jalur Gemilang menurutnya, mula dicipta pada 1947 apabila pemerintah masa itu mengadakan pertandingan mereka bendera Persekutuan Tanah Melayu. Mohamed yang ketika itu berusia 29 tahun tidak mahu melepaskan peluang keemasan tersebut untuk menonjolkan bakat melukisnya.
    Bekas kakitangan Jabatan Kerja Raya Johor itu memang berbakat dalam bidang seni lukis dan sanggup menghabiskan masa berjam-jam menyiapkan sesebuah lukisan. “Saya masih ingat Allahyarham yang tamat persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) mengambil masa dua minggu mereka empat lakaran bendera untuk dihantar ke Kuala Lumpur.

    “Dia tersenyum lebar ketika lakaran bendera diciptanya dipilih dan dipaparkan dalam akhbar-akhbar tempatan,” katanya. JALUR Gemilang telah dibawa ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) oleh angkasawan negara tahun lalu. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993, 14 hari sebelum genap usia 75 tahun di rumah keluarganya di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

    Allahyarham pernah meminta adiknya Abu Bakar untuk merahsiakan dirinya pencipta Jalur Gemilang dan biarlah masyarakat mengetahuinya sendiri. Namun setelah meninggal dunia, banyak pihak tidak bertanggungjawab mengaku mencipta Jalur Gemilang membuatkannya tampil bercerita kisah sebenar meskipun memungkiri janji kepada abangnya.

    Kini, perkara itu telah terungkai tetapi Abu Bakar masih memendam rasa kecewa berikutan Allahyarham masih belum menerima pengiktirafan sewajarnya. “Jalur Gemilang sudah sampai ke angkasa lepas malah yang membawanya turut mendapat pengiktirafan tinggi tetapi pencipta bendera bagai dipinggirkan,” katanya.

    Ditanya mengenai bangunan terakhir yang direka Allahyarham, Abu Bakar berkata, dia tidak mengingatinya kerana terlalu banyak yang direka bentuk oleh Allahyarham. Antaranya bangunan Dewan Jubli Intan, Menara Johor. Bagi mengenang jasa abangnya, beliau dan saudara-mara mengadakan kenduri arwah setiap Ogos serta melawat pusaranya di Kebun Teh, Johor Bahru.

    Allahyarham mendirikan rumah tangga empat kali dan terakhir bersama Robani Daud. Mereka dikurniakan seorang anak, Mariam serta empat anak angkat; Khadijah, Azizah, Mohd. Ali dan Mohd. Seth. Bagi Abu Bakar, bendera itu melambangkan kedaulatan negara. Sebab itulah beliau sedih apabila Jalur Gemilang tidak dihormati.

    Antara isu menyedihkan termasuklah ia dipasang terbalik, sudah lusuh atau koyak. “Saya pernah memarahi individu yang sengaja mengibarkan bendera separuh tiang,” katanya

    Walaupun pencipta Jalur Gemilang sudah lama meninggalkan kita. Namun lakarannya segar sehingga kini dan diiktiraf seluruh dunia. Kita perlu berbangga kerana Malaysia sudah sebaris dengan negara-negara maju. Bangga apabila berkunjung ke luar negara dan melihat jalur gemilang berkibar megah.



    -JOM layan Forum Syok.org-

  2. Thanks skizolicious thanked for this post
    Likes skizolicious liked this post
  3. #2
    Senior Member
    fideldesu's Avatar
    Join Date
    Aug 2010
    Location
    (∩`-´)⊃━☆゚.*・。゚.*・。゚
    Posts
    7,850
    Post Thanks / Like
    simple tapi sungguh brmakna.. Merdeka !!!


  4. #3
    Senior Member
    allie_sham's Avatar
    Join Date
    Aug 2008
    Posts
    1,006
    Post Thanks / Like
    6 hari lg akan sambut HARI MALAYSIA..mari kibarkan JALUR GEMILANG!!!

  5. #4
    Senior Member
    MKay123's Avatar
    Join Date
    Feb 2010
    Location
    Ipoh
    Posts
    2,122
    Post Thanks / Like
    Blog Entries
    2
    Skrg ni da nak mintak Royalti pulak...Ermm

  6. #5
    Senior Member fbredfox's Avatar
    Join Date
    Oct 2010
    Posts
    659
    Post Thanks / Like
    mmg patut pohon royalti pun.. kat negara luar mmg dibayar royalti ni... cuma aku rasa amaun nya mahal sgt la...
    اورڠ بياسا بوات باءيق، سنانتياسا برسڠك باءيق دان مڠڠڬڤ سموا اورڠ باءيق; اورڠ بياسا بربوات جاهت، سنانتياسا برسڠك بوروق دان بيرڠڬڤن سموا اورڠ جاهت سڤرتيڽ ...... ...... TOBAT LAHUM.... KITE BAKO JEEE.....

  7. #6
    Senior Member
    keliltuliva's Avatar
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    150
    Post Thanks / Like
    terima kasih kepada pencipta Jalur Gemilang..Sungguh besar pengertiannya pada kita generasi sekarang untuk menghargainya..

    diharapkan pihak kerajaan mengiktraf sumbangan beliau yang sangat bermakna itu..


  8. #7
    Senior Member

    sawi81's Avatar
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    1,673
    Post Thanks / Like

Members who have read this thread: 0

There are no members to list at the moment.

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •