wankj

Skim kawalan harga 15 hari

Rate this Entry
Kuala Lumpur: Harga siling ayam lebih rasional dan pada kadar sesuai akan mula berkuat kuasa dua minggu sebelum sambutan Aidilfitri awal Ogos depan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, kawalan ke atas harga barang keperluan itu akan dilaksana dalam tempoh 15 hari di bawah Skim Kawalan Harga Barang Bermusim.

“Kami tidak adakan Skim Kawalan Harga Bermusim daripada awal (Ramadan) kerana perlu melihat sambutan (harga barang) dan sebab itulah pertengahan Ramadan ini baru ditentukan (harga siling).

“Kerajaan juga memahami keperluan ayam dalam negara (mendesak) ketika Ramadan dan sebab itu kami pastikan skim kawalan ini segera dilaksana dalam masa terdekat,” katanya pada sesi soal jawab di Parlimen di sini, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mempersoal mengenai penetapan harga siling ayam yang dianggapnya terlalu lewat sedangkan, harga barang keperluan itu sudah naik melambung.


Mengulas lanjut Ahmad Bashah berkata, skim harga akan dilaksanakan nanti mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. “Skim kawalan harga dilaksana sepanjang tempoh perayaan iaitu Tahun Baru Cina berlangsung 12 hari, Pesta Keamatan (tujuh hari), Hari Gawai (tujuh hari), Hari Deepavali (10 hari) dan Hari Krismas (lima hari).

“Cuma Hari Raya Puasa kami letak 15 hari... lama sikit,” katanya.

Kepada soalan asal Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Ahmad Bashah memberitahu kaedah membendung kenaikan harga barang keperluan sentiasa dilaksana termasuk menerusi pengwujudan Program Pemantauan Harga oleh 1,314 Pegawai Pemantau Harga (PPH) di seluruh negara secara harian.

Turut dilaksana Ops Harga yang dilancarkan 6 Julai lalu, membolehkan penguatkuasaan dijalankan ke atas peniaga ingkar.

“Sebanyak 51,588 pemeriksaan diadakan di seluruh negara ke atas semua peringkat perniagaan, malah kementerian turut mengadakan pertemuan dengan industri pengeluar dan pengguna (bagi mencari penyelesaian).


“Dalam pertemuan ini pengusaha dan persatuan penternak menyatakan komitmen untuk bersama kerajaan memastikan kenaikan harga barang tidak lagi menjadi isu peringkat bawah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18

http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html


P/S-Nak control harga....(Dari tahun lepas harga tetap naik jugak)
Categories
Uncategorized

Comments