lolly lilly

~Kisah Rokok dan Epal........Yang Haram? ~

Rating: 3 votes, 5.00 average.


Seorang lelaki bercerita, "Ketika aku melaksanakan solat tahiyyatul masjid, aku mencium bau asap rokok yang menyengat dan mengusik khusyukku. Setelah mengucapkan salam, aku menoleh mencari sumber bau.

Aku mendapati seorang lelaki Mesir dengan bibirnya yang hitam. "Aku akan menasihatinya nanti setelah solat," gumamku. Namun, seorang anak kecil berusia sekitar 9 tahun tiba-tiba terlebih dahulu menghampiri lelaki tersebut. Terjadilah dialog antara mereka berdua.

Si anak membuka bicara,

"Assalamu'alaikum pakcik. Pakcik dari Mesir?"

"Ya pakcik dari Mesir."

"Pakcik kenal Syeikh Abdul Hamid Kasyak?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Jadul Haqq?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Muhammad Al-Ghazali?"

"Ya, pakcik kenal."

"Pernah tak pakcik dengar kaset-kaset ceramah dan fatwa mereka?"

"Ya, pakcik pernah dengar."

"Bukankah mereka semua tu adalah para syeikh (alim ulama') yang mengatakan bahawa rokok tu haram, tapi kenapa pakcik membelinya?"

Dengan agak tergagap, lelaki itu menjawab, "Bagi pakcik, rokok tak haram!"

"Rokok hukumnya haram, pakcik. Bukankah Allah telah berfirman, 'Dan (Allah) mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.' Pakcik ada ke baca bismillah dan ucap alhamdulillah sebelum dan selepas merokok?" tegas anak kecil itu.

"Dalam Al-Quran takde ayat yang secara tegas menyatakan bahawa rokok tu haram," sangkal pakcik tu.

"Pakcik, rokok tu haram, sebagaimana buah epal juga haram," lanjut si kecil.

Lelaki Mesir itu pun mula naik pitam dan berkata, "Buah epal haram? Atas dasar apa kamu menghalalkan dan mengharamkan, wahai anak kecil?"

"Cuba pakcik beritahu ayat Al-Quran yang secara tegas menyatakan bahawa epal tu halal," pinta si kecil.

Lelaki itu bingung dan diam terpaku. Tidak sanggup lagi dia berbicara. Air matanya tumpah hinggalah ketika iqamat dikumandangkan. Selesai solat, lelaki itu menoleh ke arah anak kecil itu dan berkata, "Nak, pakcik bersumpah demi Allah, pakcik takkan morokok lagi buat selamanya." "

Alhamdulillah. ..


Sumber : haluantarbawi.com

Updated 19-11-12 at 11:21 PM by lolly lilly

Tags: agama, fatwa, iman, islam, rokok
Categories
Uncategorized

Comments

Page 2 of 2 FirstFirst 12
  1. lolly lilly's Avatar
    mkay sempat lagi masok bakol angkat sndiri tu~
  2. Norahman's Avatar
    kesimpulannya rokok membahayakan kesihatan setiap sedutan asap rokok membawa padah....jadi fikirkan sendiri sama ada rokok itu haram atau tidak..tp kalu masih ada orang rokok itu tidak haram tak tahu nak kata apa dah...walaupun sudah terbukti....
  3. neutrone's Avatar
    x bole samekn rokok dgn mkanan...
    mknan ruji harian kite perlukan setiap hari...klu dimakan byk memudaratkan tu betul tp kite x bole kate haram sbb itu kperluan badan...
    rokok memudaratkan dan tiada faedah kepada pengamal...hisap skit atau byk tetap memudaratkan itulah haram....
  4. lc135es's Avatar
    aku x hisap rokok ok jer...
  5. botak_88's Avatar
    Betul kata2 budak tu... rokok ni memudaratkan... tp kita kena btlkn disini jgk... kalo kita salahkn siperokok... kita juga perlu salahkan sipenjual... bila salahkn penjual... kita perlu jugak salahkan sipemberi lesen kepada penjual rokok... itu yang patutnya... baik kita hapuskan dari akar umbi... xde guna kempen sana kempen sini... amaran sana amaran sini... rokok jual jgk... patut kempen perlu diberikan jgk kepada penjual rokok dan si pemberi lesen tu... itu yang sebetulnya... xguna jgk kalo setakat letak amaran dkt kotak rokok tu... better stopkn penjualan dan rasuah... yang ditahan masuk berita satu kontena... yang dilepas entah berapa kontena... mau amik untung saja...
  6. seiryu_lucifer's Avatar
    yg nak kata rokok itu haram betul lah tuh...yg nak kata rokok tuh makruh tp klo dah memudaratkn tp masih menghisap jatuh hukum nya haram pun betul....sbb apa sy kata sebegitu? kaji 4 mazhab ( Mazhab Hanafi - Mazhab Syafii - Mazhab Maliki - Mazhab Hanbali ) yg jelas ada utk dijadikan panduan...

    jd klo nak mbahas halal haram atau makruh nya rokok mmg x abis derrr sama mcm doa Qunut...wajib ke dlm solat subuh? termasuk dlm rukun solat ke? dah tuh klo gi mekah org˛ sana solat subuh jemaah kat masjid x bc doa Qunut tuh camne?
  7. naeim's Avatar
    alhamdulillah.. ada jugak post cam ni. baik untuk perkongsian bersama. minta share ye.tq
  8. khairoulsani's Avatar
    senang je...jgn bg kerajaan jual rokok...haram..kan negara kita negara islam...amacam...hahahaha..peace yo
  9. echad_93's Avatar
    kalau kerajaan x jual rokok habis cina and india nk beli rokok kt mane??kite ni hidup dgn berbagai bangsa bkn islam sahaja.,,ok.,renung2 kan...
  10. acap08's Avatar
    aku isap rokok bleh lari gak 8kilo merentas desa rilek je..hoho..yg x isap rokok pon semput ape cer?
  11. ChomeChan's Avatar
    secarik ilmu utk perkongsian...

    1- ulamak adalah mereka yg arif di bidangnya masing2...dan mereka pun bersumber dari rujukan pelbagai yang sahih (Quran n Hadis)....sblm memutuskan sesuatu hukum mereka berbincang dan mencapai kesepakatan.

    2- di samping memudaratkan diri sendiri (fakta sains - gugel jer...), ia lebih memudaratkan mereka di sekeliling (sebagai perokok 'pasif' - tidak merokok tetapi menerima bahana lebih bsr dari asap perokok...)

    3- mana-mana perbuatan akan termasuk dalam hukum-hakam islam, contoh : makan sehingga membahayakan kesihatan, jatuh hukum makruh atau haram (bergantung kemudaratannya)....makan sewaktu berasa lapar harus....tidak makan dan memudaratkan diri, hukumnya haram....Islam itu indah dan fleksibel

    4- isu merokok tapi steady jer dan sihat tubuh-badan...itu bergantung kepada individu - fit atau tidak. secara basicnya, merokok ni 'makan dalam'....makan masa bertahun baru de kesannya....

    5- penguatkuasaan 'haram'kan rokok pula bergantung kepada 'isu cukai berbilion' dan juga masyarakat majmuk kat mesia... (mungkin sensitif utk dibincangkan....)

    kalau rasa kita hisap rokok masih ok dan marah bila ditegur....cuba fikirkan kesannya kepada orang lain... henti rokok slow n steady pn ok gak coz pengaruh nikotin (ketagihan) rokok kuat gak....

    last - tepuk dada, tanya iman....

    sekadar sampaikan.....
  12. skullhax's Avatar
    Imam Syafie berkata:
    “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.
Page 2 of 2 FirstFirst 12