stammofa

~.:: File Hosting ::.~

Rate this Entry
File hosting merupakan perkara penting dan menjadi isu ketika memuat naik kandungan ke internet, juga untuk memuat turun kandungan ke komputer masing-masing.

~.:: Mirror Hosting ::.~

Pada kebiasaannya, aku gunakan mirror hosting untuk menjimatkan masa upload, dan jugak untuk memudahkan fail diduplikasikan ke beberapa fail hosting sekaligus. Yang biasa aku guna, ada 3, dan dua daripadanya menyokong akaun.

Mirror Hosting yang aku guna :

1) Exoshare [ http://exoshare.com ]

- Exoshare menawarkan pelbagai host yang boleh kita guna untuk upload fail, cuma kena pilih mengikut kesesuaian.
- Exoshare masih berstatus BETA , bermaknanya ianya masih lagi tak mencapai keupayaan penuh. Ini mungkin mengakibatkan beberapa gangguan semasa upload (minor bug) dan seringkali sangkut-sangkut semasa memuat naik.

2) Mirrorcreator [ http://www.mirrorcreator.com ]

- Mirrorcreator adalah sebuah mirror site yg stabil, tetapi masalahnya cuma satu, kekurangan hosting yang boleh diakses.

3) Embedupload [ http://embedupload.com ]

- yg nih paling stabil, paling OK, tapi paling tak best, sebab tak support akaun untuk pengguna biasa.
- pilihan file hosting juga agak kurang. tetapi kalo terdesak, inilah mirror hosting yang aku pilih.


~.:: File Hosting ::.~

Ini merupakan hal terpennting masa aku upload. Bagi aku, sesebuah file hosting yang baik mestilah :-


  • Boleh sambung balik sambungan yang putus (resume broken download)
  • Tak banyak kerenah dengan DMCA / copyright
  • Tempoh simpanan yang lama tanpa download
  • Saiz Storan yang besar
  • File Manager yg mesra pengguna.


Ada beberapa file hosting yang menjadi keutamaan aku. Sebagai uploader, perkara paling utama bagi aku ialah, tempoh storan tanpa download, sebab aku malas nak upload 7-8 kali pada anime yg sama dlm masa terdekat... Antara pilihan utama aku ialah :

1) Megashares.com

- 90 hari tempoh simpanan tanpa download.
- Saiz simpanan tanpa had
- bleh resume, ada captcha.
- kalo ade akaun, leh cilok fail orang masuk akaun untuk donlod pada masa lain

2) 1fichier.com

- 90 hari simpanan tanpa download
- Saiz simpanan besar (tak ingat dah berapa)
- takleh resume secara direct, tapi kalo pakai IDM, pilih refresh download address, leh je resume semula.
-yg nih takde problem sangat dgn akta copyright US, sebab berpangkalan kat Eropah

3) filecloud.io

- Storan awan paling sempoi. aku suka guna nih
- storan yg besar, pastu leh simpan sampai mati, sama ada orang yg mati, atau kompeni yg mati.
- leh cilok fail orang masuk akaun.
- file manager yg best, senang nak guna.
- Kekurangan utama, polisi download yg berubah-ubah..

4) 2shared.com

- ini la file hosting paling tak diberi perhatian, tapi antara paling stabil & laju.
- bleh resume, tapi limit 1 download dlm beberapa jam.
- file manager yg tak mesra pengguna.
- tempoh simpanan tak diketahui...

5) Zippyshare

- laju, tapi takleh resume
- best, tapi yg lemahnya, fail tak downlod tahan 30 hari aje.


ade lagi nih, mcm billionsupload, upload.ee , bayfiles... nanti aku tambah balik.
Categories
Uncategorized

Comments

  1. Rayb0rn's Avatar
    billionsupload skrg best.. hulkshare pown ok... try la..
  2. Mastercancer's Avatar
    hmm..info yg menarik..tq stam
  3. MKay123's Avatar
    Ok.. Cun..
  4. lolly lilly's Avatar
    bagus, nota yg mudah di fahami, penggunaan bhasa yg simple n x trlalu saintifik~ kalo jwb periksa gerenti lulus~ kipidup~
  5. stammofa's Avatar
    Quote Originally Posted by Rayb0rn
    billionsupload skrg best.. hulkshare pown ok... try la..
    Billionsupload memang OK... aku pon ada upload situ...

    Hulkshare, kena log masuk dulu akaun, lepas tu kena jadikan fail tu "public" baru leh orang download....
  6. fideldesu's Avatar
    trend movie2 kat Front Page skang gune BillionUploads, HulkShare, PeejaShare & GameFront ~
  7. _KUMA's Avatar
    1 lg penerangan yg spesifik dari abam stamm..ohhhsemmm
  8. ajaxkmr's Avatar
    filecloud.io

    yg ini kena register dulu baru boleh download

    add lagi 4shared, 180upload, sendmyway dlm list tu
  9. brasss's Avatar
    mediafire msh lg terbaik cuma skrg kena isi captcha...trik utk guna mediafire..pendwnload kena save file yg nk di dwnld ke acc sendiri dulu kemudian baru sedut..jadi acc uploader x kena ban dan link akn terus hidup..mediafire hnya membenarkn dwnload dr acc msg2 saja..
  10. brasss's Avatar
    yang bagusnya pendwnload dpt simpan file tersebut kekal ke dlm akaunnya
    ni contoh salah satu acc saya..

    http://rapidimg.org/server/files/508...c84doQgeW1.jpg
    http://rapidimg.org/server/files/508...9cb7zA5HTa.png
  11. sajataro's Avatar
    Info yg bagus..
  12. afdhal's Avatar
    Quote Originally Posted by stammofa
    Billionsupload memang OK... aku pon ada upload situ...

    Hulkshare, kena log masuk dulu akaun, lepas tu kena jadikan fail tu "public" baru leh orang download....
    tp berbaloi stam.. cuma nk kna rajin "public"kan je.

    yg plg penting ialah.. fail dlm hulkshare x kiok!
    so far file aku yg lama2 masih lg boleh digunakan.

    utk pesanan. elakkan utk set file jd automatic public.
    aku pernah buat dulu, but then akaun aku xleh dilogin (bkn didelete),
    tp mujurlah fail2 dlm akaun tu masih elok dan masih boleh disedut.