~TembaKartuN In Da HousE ~

Jom Belajar Tafsir Al Quran

Rate this Entry
Quote Originally Posted by tembakartun View Post
Dengan lafaz Bismillah,Assalamualaikum w.b.t,Disini saya ingin berkongsi mengenai tafsir Al Quran(Fi Zilalil Quran) agar kita dapat mempelajari isi kandungan Al Quran dengan lebih mendalam..Supaya kita tahu matlamat kita di dunia ini..InsyaAllah" Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan kamu mungkin sukakan sesuatu,sedangkan ia lebih buruk kepada kamu,Dan hanya Allah yang mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui" (ayat 216, Surah Al Baqarah)yg buruk datangnya dari Allah dizahirkan kepada saya,yg baik datangnya dari Allah.Pembelajaran yang Pertama
سورة الفاتحةSurah Al-FatihahSurah PembukaanSurah (1) - Makkiyah - 7 ayat
( بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 11. Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.( اْلحَمْدُ لّلهِ رَبِّ الْعَاَلمِينَ ( 22. Segala puji-pujian terpulang kepada Allah Tuhan yang memeliharasemesta 'alam.( الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ( 33. Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.( مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( 44. Tuhan yang menguasai hari pembalasan.( إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ( 55. Hanya Engkau sahaja (Tuhan) yang kami sembah dan hanya kepada Musahaja kami pohon pertolongan.( اهدِنَا الصِّرَا َ ط اُلمستَقِيمَ ( 66. Tunjukkan kami jalan yang lurus.( صِرَا َ ط الَّذِينَ َأنعَمتَ عََليهِمْ َ غيرِ اَلمغضُوبِ عََليهِمْ وَ َ لا الضَّالِّينَ (7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan ni'mat ke atasmereka bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pulajalan orang-orang yang sesat.
Setiap orang Islam membaca surah yang pendek dan mengandungi tujuh
ayat ini sekurang-kurangnya tujuh belas kali sehari semalam dan lebih sekali
ganda lagi apabila ia menunaikan solat sunat dan sebanyak-banyaknya tanpa
had apabila dia ingin mengadap Allah dengan solat-solat tambahan selain
dari solat-solat fardhu dan solat-solat sunat.
Setiap solat tidak sah tanpa membaca surah ini. Ini berdasarkan keterangan
hadith al-Bukhari dan Muslim dari Rasulullah S.A.W dari hadith 'Ubadat bin
as-Samit: Sabda Rasulullah SAW:
لاصلاةلمن لايقرأبفاتحةالكتاب
"Tiada solat kepada mereka yang tidak membaca Surah al-Fatihah."
Di dalam surah ini terkandung dasar-dasar 'aqidah dan dasar-dasar
kefahaman Islam, juga dasar-dasar perasaan (terhadap Allah) dan tawajjuh
(berdoa) yang membayangkan sebahagian hikmat mengapa Surah al-Fatihah
dipilih untuk diulang-ulangkan bacaannya dalam setiap raka'at solat dan
hikmat batalnya setiap solat yang tidak dibacakan Surah al-Fatihah.
(Pentafsiran ayat 1)
Surah ini dimulakan dengan:
( بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( 11. Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
Walaupun ada khilaf mengenai 'Bismillahirrahmanirrahim' apakah ia
merupakan satu ayat dalam setiap surah atau ia merupakan satu ayat al-
Qur'an yang dimulakan dengannya ketika membaca setiap surah, namun
menurut pendapat yang arjah (terkuat) ia adalah satu ayat di dalam Surah al-
Fatihah dan dengannya ia dikirakan tujuh ayat.
Dan di sana ada suatu pendapat yang mengatakan bahawa yang
dimaksudkan dengan firman Allah 'Azzawajalla:
( وََلَقدْ آتَيْنَاكَ سَبْعًا مِّنَ الْمََثانِي وَالُْقرْآ َ ن الْعَظِيمَ ( 87
87. “Sesungguhnya Kami telah kurniakan kepadamu tujuh ayat dari ayatayat
yang diulang-ulangkan bacaannya dan al-Qur'anul 'Azim"
(Al-Hijr)
ialah Surah al-Fatihah yang disifatkan sebagai surah yang mempunyai tujuh
ayat dan sebagai "al-Mathani" kerana ia diulang-ulangkan bacaannya di
dalam solat.
Memulakan sesuatu dengan "nama Allah" itu merupakan satu adabcara yang diwahyukan oleh Allah kepada RasulNya dalam ayat pertamayang diturunkan kepada beliau dengan ittifaq para ulama' iaitu:
( اْقرَْأ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خََلقَ ( 11. "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan"(Al-'Alaq)
Adab cara ini amat sesuai dengan dasar kefahaman Islam yang agung,yang menganggapkan Allah bersifat Maha Awal dan Maha Akhir, MahaZahir dan Maha Batin. Allah S.W.T. adalah Zat yang maujud yang sebenardan seluruh maujud yang lain mendapat kewujudan mereka dari kewujudanAllah dan segala permulaan yang lain adalah berpangkal dari kewujudanAllah, kerana itu amatlah wajar segala permulaan, segala harakat atautindakan dan segala tujuan itu dimulakan dengan nama-Nya. Allah SWT sifatkan diri-Nya di permulaan dengan sifat-sifat ar-Rahman "Maha Penyayang" dan ar-Rahim "Maha Pengasih" iaitu dua sifatyang mencakup segala pengertian, kasih sayang dan kasihan belas dan segalakeadaannya. Hanya pada Allah SWT sahaja terkumpul dua sifat ini. Begitujuga hanya Allah sahaja yang wajar disifatkan dengan ar-Rahman "MahaPenyayang". Mana-mana hamba Allah boleh disifatkan dengan sifat ar-Rahim, tetapi tidak boleh disifatkan dengan sifat ar-Rahman dari segikepercayaan dan lebih tidak wajar lagi dikembarkan kedua-dua sifat itupadanya. Walaupun terdapat perselisihan pendapat tentang pengertian dua sifatini, iaitu manakah di antara kedua-duanya yang mempunyai pengertiankasih sayang dan kasihan belas yang lebih luas, namun perselisihan itubukanlah dari perbahasan yang kita hendak bicarakan dengan terperincidalam Tafsir Fi Zilal ini, malah kita hanya membuat kesimpulan sahaja dariperbahasan itu bahawa kedua-dua sifat ar-Rahman dan ar-Rahim adalahmeliputi segala pengertian kasih sayang dan kasihan belas juga meliputisegala keadaan dan bidangnya. Jika memulakan sesuatu dengan nama Allah yang mengandungimaksud mentauhidkan Allah dan beradab sopan dengan-Nya itu merupakandasar pokok dalam kefahaman Islam, maka pencakupan segala pengertiankasih sayang dan kasihan belas dengan segala keadaan dan bidangnya dalamdua sifat ar-Rahman dan ar-Rahim itu merupakan dasar yang kedua di dalamkefahaman ini dan ia juga menggariskan hakikat hubungan yang wujud diantara Allah dengan para hamba-Nya. Setelah dimulakan dengan nama Allah yang Maha Penyayang danMaha Pengasih, maka diiringi pula dengan menghadap Allah sertamempersembahkan kepada-Nya segala sanjungan dan pujian danmenyifatkan-Nya sebagai Tuhan yang memegang teraju Rububiyah yangmutlak terhadap semesta 'alam.*Pentafsiran ayat kedua kita akan sambung kemudian,kita fahamkan dulu tafsiran yang pertama,kita belajar peringkat ke peringkat..insyaAllah..

Updated 01-09-12 at 03:45 AM by tembakartun

Tags: al-quran, tafsir
Categories
Ilmuan Agama

Comments

  1. shu_mim's Avatar
    sangat menarik.... teruskan usaha ini...
  2. labu_comel's Avatar
    menarik.... chaiyoookkk...
  3. takiya89's Avatar
    thank tuan tnh sbb berkongsi ilmu....
  4. Putra Z's Avatar
    thanx...teruskn usaha yer
  5. lina lessy's Avatar
    alhamdulillah.. terbaek..
  6. REXON86's Avatar
    sanagt baik untuk pengetahuan.......terima kasih...........
  7. gantz's Avatar
    alhamdulillah..
    allah maha pengasih lagi maha penyayang
  8. catrol_478's Avatar
    terima kasih atas share yang sangat berguna ni....
  9. rido's Avatar
    terbaik tq,,,