PDA

View Full Version : Tragedi "Double Six" 1976 Di Sabah, Kemalangan Atau Konspirasi?



skizolicious
25-08-12, 01:00 AM
http://ladymariah.files.wordpress.com/2008/07/double6c.jpg

Secara ringkasnya,Double Six Tragedy
ini adalah kisah nahas kapal terbang yang berlaku pada pada 6.6.1976
yang melibatkan 6 orang pemimpin Sabah. Kapal terbang yang sepatutnya
bertolak pada jam 6.00pm (tapi diawalkan penerbangan) dan banyak lagi yg
dikaitkan dengan no. 6 dalam kejadian nahas ini, dikatakan mengalami
gangguan kerana menampung penumpang yang ramai ketika itu.

Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri yang
bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti
minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Perjanjian dan
beberapa masih lagi di peringkat perbincangan, tetapi malangnya
menteri-menteri kabinet bersama dengan ketua mereka mati dengan tragik.

http://3.bp.blogspot.com/_LdVewALQRMQ/S7_8uvTrnqI/AAAAAAAAALU/yRLE-lEuphk/s640/IMG_2164.jpg

Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota
Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Pesawat jenis GAF Nomad itu
membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun
Mohd. Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.

Senarai mereka yang terkorban iailah

1. Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
2. Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3. Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
4. Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5. Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
7. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
8. Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah , Ishak Atan
9. Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
10. Juruterbang, Gandhi J Nathan
11. Johari Tun Fuad Stephens

Konspirasi??
YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di
ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu
Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi,
Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah
diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana
dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat
berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.

http://ladymariah.files.wordpress.com/2008/07/double6i.jpg?w=407&h=254

Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan
menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan
kawasan itu.

Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh
kejadian itu iaitu 6/6/1976.

Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi
berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa
penting negara.

Sehingga kini banyak persoalan belum terjawab kepada anak2 sabah..

-rombongan ini sdg menuju ke Kota Kinabalu bg menandatangani
perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan
Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada
menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yg
mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut

-YM Tengku Razaleigh Hamzah
telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi
di saat2 akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun
Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan
ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya
di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dlm perjalanan untuk
melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung
dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk
melawat kandang lembu????di saat akhir????

-Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad Mohammad Fuad Stephens itu lebih muatan.Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan
akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai..Logik ke golongan2 VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu pesawat???takde bajet ke nk bagi pesawat yg lebih besar???

-Negeri Sabah ketika itu adalah negeri terkaya di Malaysia..selepas
perjanjian itu ditandatangani, negeri Sabah Jatuh antara negeri termiskin
di Malaysia..dan sekarang, dengan bangganya, negeri Sabah adalah negeri
termiskin di Malaysia..

http://ladymariah.files.wordpress.com/2008/07/double6b.jpg

http://ladymariah.files.wordpress.com/2008/07/double6d.jpg?w=419&h=267

http://ladymariah.files.wordpress.com/2008/07/double6e.jpg?w=406&h=278

http://ladymariah.files.wordpress.com/2008/07/double6f.jpg?w=406&h=233

http://ladymariah.files.wordpress.com/2008/07/double6g.jpg?w=403&h=215

http://ladymariah.files.wordpress.com/2008/07/double6h.jpg?w=389&h=312

p/s : Semua ini hanyalah anggapan dan mungkin ditokok tambah
oleh pihak-pihak tertentu..Kisah sebenar masih lagi misteri.. ada otak,
gunakanlah.. :chuncky:

ibnor
25-08-12, 02:20 AM
sbelom ni seriously ak x penah tau pasal sejarah nie. bru jek tau. Thanks for info.

skizolicious
25-08-12, 04:39 AM
like kalo suke hahahaha... yep bro just share heee...

fideldesu
25-08-12, 07:55 AM
666 ka ? :lol:

Xor
25-08-12, 10:22 AM
666 ka ? :lol:
Double six tu 66 lah atau nam nam fidel.. hehe

skizolicious
27-08-12, 07:57 AM
666 ka ? :lol:

black metal hahahha

fahmi_skeen
05-09-12, 12:38 PM
teori konspirasi ke ni?i like.. :lol:

allie_sham
10-09-12, 09:10 AM
ini adalah salah satu trajedi yg penuh konspirasi..dari kronologi kes dan kaitannya..mcm tau2 suda siapa punya angkara..

petra
10-09-12, 11:03 AM
nice info...

faez274
11-11-12, 01:36 PM
slama 19 thn aku idup bru skrg nih aku tahu tntg sjarah nie...

shyam80
09-05-14, 07:43 PM
kdg2 org2 politik samaada yg betul atau salah, mati dirancang atau mati sbb politik...aduuh sungguh kejam.
sedih aku nengok