PDA

View Full Version : Peringatan Allah S.W.T



MKay123
30-07-12, 01:27 AM
ALLAH SWT telah menyebut keadaan dunia, iaitu Dia mendahulukan keadaan orang yang taat (Rasulullah SAW dan umatnya) berbanding keadaan orang yang derhaka.
Sebelum perintah dan larangan yang berhubung dengan Rasulullah SAW dikeluarkan, Allah SWT telah memerintahkan agar baginda SAW bersabar terhadap gangguan kaumnya yang alami beliau.


Ini adalah untuk menghilangkan kesedihan Rasulullah SAW serta menguatkan hati baginda, sehingga berlapang hati mendepaninya.
Firman Allah SWT: Sesungguhnya mereka (orang kafir) menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan kesudahan mereka, pada hari yang berat (hari akhirat). (al-Insaan: 27)


Al-Maraghi berkata: "Jangan kamu mengikut rentak orang kafir dan kerjakanlah ibadah kerana mereka telah meninggalkan akhirat untuk dunia iaitu mereka mengutamakan dunia dan kagum dengan perhiasannya sehingga mereka tenggelam dalam kelazatan yang bersifat sementara. Mereka juga meninggalkan amalan yang dapat menyelamatkan mereka daripada azab serta bala bencana".


Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT memberikan penolakan terhadap orang-orang kafir dan yang serupa dengan mereka dalam mencintai serta mengejar dunia dan meninggalkan kehidupan akhirat jauh di belakang mereka".


Sayid Qutub berkata: "Orang-orang kafir itu hidup dengan cita-cita yang dekat dan kecil sahaja. Minat dan cita-cita mereka hanya tertumpu dalam lingkungan hidup dunia sahaja dan mereka tidak menghiraukan hari akhirat yang amat berat tanggungjawabnya dan amat berat akibatnya serta amat penting di dalam neraca hakikat".


Firman Allah SWT: Kami telah menciptakan mereka dan menguatkan persendian tubuh mereka, apabila kami menghendaki, kami sungguh-sungguh mengganti (mereka) dengan orang-orang yang serupa dengan mereka. (al-Insaan: 28)