Log in

View Full Version : 5 Tempat Paling Misteri Di Dunia



arpishz
28-07-12, 11:07 AM
Dunia kita penuh dengan tempat-tempat misteri yang menyembunyikan berbagai rahsia tersendiri. Walaupun tamadun peradaban manusia semakin tinggi namun misteri-misteri hasil penemuan tamadun kuno masih belum terungkai. Tempat-tempat misteri ini menjadi perhatian golongan pengkaji dan juga individu yang gemar mengembara. Mari kita lihat tempat-tempat yang masih kekal misteri sehingga ke hari ini.

1. Easter Island

http://i3.lulzimg.com/9039e30dbe.jpg

Terletak di Chile, Easter Island diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Pulau ini berada di selatan Lautan Pasifik dan sangat terkenal dengan 887 ukiran patung wajah manusia yang dikenali sebagai ‘moai’. Patung-patung ini adalah karya masyarakat Rapa Nui. Pelbagai teori mengenai asal usul patung ini telah dicadangkan termasuklah teori fantasi UFO.Walaubagaimanapun, sehingga kini para pengkaji masih belum menemui teknologi primitif yang telah digunakan untuk menghasilkan patung-patung ini sekaligus merungkai misteri pulau ini..

2. Piramid Mesir

http://i3.lulzimg.com/af83f416d6.jpg

Piramid Mesir merupakan binaan purba yang terletak di Mesir. Terdapat 138 piramid yang telah ditemui sehingga 2008. Piramid ini dibina dengan hanya meletakkan batuan di atas batuan yang lain. Setiap batuan dianggarkan seberat 100 tan. Uniknya, tiada sebarang gam, paku mahupun pelekat yang diletakkan di antara setiap batuan. Padanan setiap batuan juga sangat tepat sehingga sukar untuk menemui sebarang rekahan. Teknik pembuatan piramid masih kekal misteri sehingga kini.

3. Segitiga Bermuda

http://i3.lulzimg.com/fc0a03f410.jpg

Segi Tiga Bermuda terletak di barat laut Atlantik. Terdapat 7 pulau besar dan 150 buah pulai kecil di kawasan Segi Tiga Bermuda ini yang asalnya adalah gugusan karang. Semua alat teknologi dan alat navigasi tidak berfungsi sekiranya berada di tempat ini lantas mencetuskan masalah komunikasi dengan dunia luar. Terdapat begitu banyak kes kehilangan kapal, bot, kapal terbang, jet mahupun helikopter dilaporkan berlaku di Segi Tiga Bermuda ini.

4. Xinjian

http://i3.lulzimg.com/6e6672895b.jpg

Terdapat satu tempat di Xinjian yang dipanggil “Moguicheng” atau kota iblis. Pengunjung yang berada di situ mendakwa seolah-olah mendengar suara aneh yang tidak dapat dijelaskan puncanya. Sekiranya pengunjung berada di situ pada waktu siang dan pada masa yang sama angin sepoi-sepoi, pengunjung akan mendengar seolah-olah satu ritma manis yang seakan-akan bunyi gitar dimainkan. Namun sekiranya pengunjung berada di situ saat angin kencang, maka akan terdengar suara seolah-olah ngauman singa, suara tangisan bayi ataupun bunyi serigala.

5. Stonehenge

http://i3.lulzimg.com/fe4879dcf3.jpg

Stonehenge merupakan monumen prasejarah yang terkenal dengan susuan batu-batu besar di pinggir daerah England. Tiada yang mengetahui tujuan monumen ini dibina. Terdapat pelbagai teori tujuan pembinaan monumen ini. Antaranya ialah kemugkinan tempat ini adalah tinggalan istana lama, tempat pemujaan dan juga tapak pendaratan UFO.

k a y a m
28-07-12, 11:18 AM
aku teringin pegi Easter Island dgn Stonehenge

faiz_paklengz
28-07-12, 11:33 AM
aku rse tempat paling misteri,segi tiga bermuda 2 r...

loklak
28-07-12, 11:38 AM
dalam citer Transformer, Piramid dicipta oleh Autobot. hahaaaaaaaa.... :guling:

residentboy
28-07-12, 01:50 PM
aq rse teknik pembuatan piramid dh terugkai...
aq penh bce dia dipebuat dpd tanah liat dn sesetngh drinya adalh btu.

MKay123
28-07-12, 03:36 PM
Misteri yang tak berapa misteri la..

zen pranks
28-07-12, 11:46 PM
segitiga bermuda tu la paling misteri...ramai org mendakwa bahawa di kawasan segitiga bermuda adalah tempat dajjal menginap dan menyorokkan diri..ada satu kes kapal msuk dlam kawasan tu..hilg..ingtkn karam..tpi saintis kaji samapai ke dasar laut..x jumpa sepatah haram sisa2 kapal..hilg mcm tu je..termasuk penumpang..

cuba tgk kt sini..
http://zilzaal.blogspot.com/2012/04/al-jassasah-hewan-penjaga-dajjal-di.html

fideldesu
28-07-12, 11:56 PM
fidel teringin nak berkelah di Segitiga Bermuda ~

syahas890
29-07-12, 01:12 AM
nk ikot fidel la....call2 ea klu nk p sana....:tranquillity:

fideldesu
29-07-12, 01:53 AM
nk ikot fidel la....call2 ea klu nk p sana....:tranquillity:
nak ikut ? leh je, bak mai no tifon.. :lol:

fahmi_skeen
30-07-12, 10:17 AM
pulau2 kecik dalam segitiga bermuda 2 ade org duduk x?

zack forensik
30-07-12, 11:15 PM
fidel teringin nak berkelah di Segitiga Bermuda ~

bile fidel??
nak booking tiket nie.. :guling:

fideldesu
30-07-12, 11:18 PM
bile fidel??
nak booking tiket nie.. :guling:
kalau bleh 2 minggu sebelum raye nanti nak balik raye di Malaysia balik :lol:
AirAsia tau.. tiket utk 3 org..
nanti calling2 ah ye ~ :lol:

muhaimin1123
15-08-12, 01:50 AM
aq rse teknik pembuatan piramid dh terugkai...
aq penh bce dia dipebuat dpd tanah liat dn sesetngh drinya adalh btu.

betul2, piramid tu tapak asas je batu, yg atas2 tu guna tanah liat yang dikeraskan, sebab tu nampak sempurna xde rekahan, zaman dulu2 mana la larat nk angkat batu2 besar , berat naik tempat tinggi

skizolicious
15-08-12, 07:23 AM
ak nak g stonehenge....

local4321
07-10-12, 06:38 AM
time aku kecik2. aku suke bace citer psl segitiga bermuda ni.

Nett8
07-10-12, 07:29 AM
bani israel la jadi kontraktor (buruh paksa) piramid, di bawah pemerintahan firaun...