PDA

View Full Version : Tips Persediaan Asas Memancing Di Laut Dalam



arpishz
07-06-12, 08:15 AM
​Umpan - Jenis terbaik ialah bekalan ikan segar atau hidup yang diperoleh atau dipancing ketika perjalanan ke destinasi, membelinya di pasar atau di jeti. Umpan jenis ini adalah prasyarat utama kejayaan misi memancing kerana kesegaran dan keberkesanannya. Jenis umpan seperti ikan pelaling (murah), ikan tongkol dan sotong pasar mencukupi untuk setiap trip.

Kekili - Lumrah kalau memancing laut dalam bukan saja pancing dasar menjadi tapi teknik hanyut, jigging, popping dan tundaan. Jadi, tiga set kekili adalah minimum dan kalau mampu bawa peralatan gantian untuk menghadapi sebarang kerosakan atau kehilangan (jatuh dalam laut).

Joran - Untuk pancing dasar dan pancing tundaan sesuai kalau kita membawa panjang 2 meter (5.5 kaki) hingga 2.5 meter (6.5 kaki) dengan aksi berat 30/80 paun, 50/80 paun atau PE4-PE8. Jika meminati jigging, guna joran kekuatan PE3-PE5 panjang 2 meter sangat sesuai untuk ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh bawah 15kg. Kalau GT bersaiz XXXL elok gunakan joran berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang yang sama atau 2 meter. Bagi popping, oran 2.5 meter sangat efektif untuk lontaran jauh. Sedia satu joran selingan berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing apollo, anak ikan atau untuk digunakan sebagai pancing candat (bagi mendapatkan umpan sotong hidup).

Saiz tali - Ini ada hubungan dengan kapasiti atau had muatan kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya. Lumrahnya tali utama untuk pancing dasar dan menunda ialah 80 paun hingga 100 paun untuk tali utama kalau menggunakan tali sulam atau 50 paun hingga 80 paun jika menggunakan tali tangsi. Bagi kekili yang digunakan aktiviti jigging dan popping pula perlu dipadankan dengan tali sulam (braided) 60 paun hingga 80 paun dan disambung dengan tangsi kekuatan 80 paun hingga 100 paun sepanjang tiga meter sebagai perambut serap kejutan (shock leader).

Batu ladung - Penggunaan batu ladung kalau dibandingkan antara Pantai Barat dan Pantai Timur sedikit berbeza. Kalau di Pantai Barat had maksimum saiz 32 (1.5kg) di Pantai Timur pula had maksimum saiz 24 (1kg). Ini berdasarkan arus di pantai barat lebih deras berbanding pantai timur kerana laluan yang sempit. Di Sabah dan Sarawak, arus laut lebih kurang seperti Pantai Timur Semenanjung kerana berada di kawasan yang sama Laut China Selatan. Biasanya memancing di laut hanya perlu membawa ladung mati bersaiz dari saiz 8 hingga 24 atau 32 jika di Pantai Barat. Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada masa memancing dan yang penting ialah sentiasa ada ladung tambahan jika berlaku tali pancing sangkut atau putus.

Perambut - Pastikan setiap trip laut dalam set perambut perlu dibawa berkekuatan minimum 30 paun hingga 100 paun tidak kira apa jenama atau harga. Gunakan perambut cerah atau sedikit kebiruan serta kehijauan dan seakan-akan warna air. Ada pemancing gemar menggunakan perambut keras dan sebaliknya. Kedua-duanya boleh digunakan asalkan perambut yang tahan kejutan (shock leader), tahan calar, tidak mudah kerinting atau bersimpul. Ada juga perambut di katakan memiliki tahap penglihatan amat rendah atau tiada langsung dalam air. Perambut ini juga dikenali sebagai perambut hantu (zero visibility).

Teknik - Jigging dan popping boleh gunakan perambut kasar sama ada siang dan malam tanpa masalah. Teknik memancing sudah nyatakan dan setiap jawapan bermula daripada pancing dasar (bottom) tundaan (trolling), hanyut (drifting), pertengahan air (mid), jigging, popping dan candat sekiranya perlu mendapatkan umpan sotong. Satu lagi perkara yang merujuk tentang teknik memancing ialah jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail 1/0 di depan dan 3/0 @ 4/0 di hujungnya. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata jika kawasan berlabuh adalah karang tinggi.

Waktu - Saya tidak dapat nyatakan dengan tepat kerana ia perlu dirujuk lokasi yang bakal dikunjungi. Lebih afdal kalau kita minta khidmat nasihat dan pandangan kaki pancing yang pernah berkunjung di kawasan tertentu atau tepat minta pandangan tekong yang bakal kita tempah. Untuk masa pula, ikan lebih aktif dan galak waktu malam hari dan setiap kali berlaku perubahan arus. Ketika tiada arus ikan biasanya pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah. Jadi pedoman sampingan ialah rujuk jadual pasang surut (masa) untuk satu-satu lokasi yang bakal kita kunjungi. Set penggera pada telefon bimbit untuk setiap kali akan berlaku perubahan pasang surut air kerana waktu inilah kita perlu berjaga-jaga dengan lenturan yang bakal dikecapi di hujung joran.

infinityzero
07-06-12, 09:37 AM
canteklah... aku mengidam nak mancing layaran..

kazekage91
07-06-12, 09:55 AM
pehhh layaran kot
nak beli batang rod merlin and shark grade pun aq dah pening
;)

Penn88
07-06-12, 01:11 PM
hihihi.. bercita2 nak g koh adang... weeeee....

edi78
12-06-12, 08:26 AM
Nak tambah skit tips2...

1.Pantang larang nak turun ke laut..(telor,daging,pulut) jgn dibawa..ramai tak hiraukan..katanya BULLSHIT/MENGARUT..
2.Kain smayang/alat cari qiblat..(senyap jek kalau sebut smayang)pandai ngelat plak..:guling:

Seliparjepun76
16-06-12, 09:44 PM
peh.. betui... terima kasih....

watul83
23-07-12, 03:31 PM
kalau nak turun ke laut bawak lah asam kulit limau ker , x pun buah limau bukan aper elok di makan bial rasa nak mabuk laut.

tok-ketua
31-07-12, 07:56 AM
kalau nak turun ke laut bawak lah asam kulit limau ker , x pun buah limau bukan aper elok di makan bial rasa nak mabuk laut.

hak nih aku sokong... tapi aku kalau mabuk kena tidoq dulu.. lepas tu baru leh mancing... baru2 nih kena ribut kat TUAS YAN... Alun dekat 2@3 meter jugak laa masa nak keluaq kat depan pintu kola tu... tapi bila sampai tengah.. tak rasa apa dah.. mungkin dah dalam kut.. tu yang tak der alun sangat..

kangarperlis
11-11-12, 02:36 PM
aku baru blik dr ko a dang,mmg best,kami bleh ikan sampai bleh wat kenduri kesyukuran,1 trip 8 org x tmasuk tekong ngan awak2,bla bhagi bleh sorang 1 tong ais.kalu nk p sna kna p time timur muda(bulan 11-12)timur tua pon bleh gak tp kna brani la cz angin kuat,,nnt aku upload pic p sna,bab mkn x pyah pning ,kmi p smua kmi bwak,pulut,telor,ayam,daging apa2 sja yg tringin,kalu nk mabuk 2 ats dri sndiri,8 jam utk p ko a dang ,msti naik d part bara,tekong x tau ckp melayu,tp x pa,tekong ngan awak2 mmg rajin,ckup time kau mkn,ikan x mkn tekong ajak ubah la2,dpa x mau tgu,

Beta Ray Bill
20-11-12, 09:20 PM
life jacket jgn lupa bawak p klu turun ke laut.. mana tau kan..