PDA

View Full Version : Awas! Berhati-Hati Ketika Menikmati Makanan Di Restoran Halal Di China



k0taro
15-07-12, 03:00 PM
Di China, banyak dijumpai kedai-kedai makan dan restoran yang meletakkan tulisan halal. Namun jangan tertipu dengan tulisan label halal yang disenaraikan. Faktanya, banyak restoran halal di China yang menjual makanan dan minuman haram.





http://nizarazu.com/wp-content/uploads/2012/06/restoran.jpg




Menurut daripada laporan sesetengah syrikat pelancungan Islam, pada pertengahan bulan Mei lalu, sejumlah rombongan telah melawat negeri ini.Mereka mencari sebuah restoran muslim berlabel halal namun masih menjual arak (wine). Menurut syarikat perlancungan tersebut membuktikan bahawa sejumlah restoran halal di China ternyata tidak benar-benar halal.


Seperti yang dilaporkan, pada beberapa pengurus syarikat berkenaan sengaja masuk ke restoran muslim bernama A Fun Ti yang beralamat di Jalan Houguaibang Hutong, pada 188, daerah Dongcheng, di Kota Beijing untuk makan malam. Di atas pintu masuknya terpampang tulisan al-Math’am al-Islami, pada restoran muslim.


Sebahagian daripada rombongan syarikat itu memilih untuk makan malam di restoran ini pada Isnin malam, pada 21 Mei lalu. Sebahagian lain diundang makan malam secara terbatas dengan pimpinanLembaga Keamanan Antarabangsa China.



Restoran Muslim Rangking Pertama


Restoran A Fun Ti sangat dikenali di China. Restoran ini juga disebut pada rangking pertama dalam senarai restoran-restoran muslim paling terkenal di seluruh negeri China oleh website islamichina.com.


Restoran ini menyajikan menu ala Xinjiang, wilayah dengan penduduk majoriti muslim di bahagian paling Barat Laut (north-west) China, dekat Asia Tengah.


Restoran muslim itu tergolong di antara yang banyak dikunjungi pelancong muslim. Pengunjungnya tidak hanya berasal dari warga tempatan, tetapi tetamu yang berasal dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat yang lebih mendominasi. Biasanya, pada restoran akan didatangi pelawat setelah matahari terbenam, pada pukul 19.30 waktu Beijing.


Sebahagian besar tetamu dari Eropah dan Amerika Syarikat itu ternyata hendak menikmati sajian wine khas yang sengaja disajikan dalam gelas unik berukuran panjang 30 cm dan persembahan eksotik restoran ini.


Sajian di restoran ini sesuai dengan penjelasan di islamichina.com, yang mengatakan sudah menjadi perkara biasa bahawa beberapa restoran halal di kota-kota besar China seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen menyediakan minuman beralkohol.


“Susah bagi kebanyak restoran-restoran halal untuk mendapat keuntungan besar bila mereka tidak menyediakan wine, kerana majoriti tetamu adalah non-muslim” tertulis pada website itu.

Awokk
15-07-12, 11:23 PM
thanks bro..jazakallah

fideldesu
15-07-12, 11:48 PM
thx for the info ~

alim azrich
15-07-12, 11:52 PM
thanks for the info....