PDA

View Full Version : Waktu Terbaik Mengerjakan Solat Taubat



jai gen y
13-07-12, 12:48 AM
http://3.bp.blogspot.com/-tLOKZmpekqg/T7rgRP6bTqI/AAAAAAAAAsI/NXklOLbst0k/s320/solat+taubat.jpg

Sebenarnya tidak ada waktu khusus yang ditetapkan untuk melakukan solat taubat.Kerana ia boleh dilakukan di siang hari ataupun pada waktu malam.Walaupun begitu,ia digalakkan dikerjakan pada waktu malam.Misalnya dua pertiga malam ataupun waktu sahur.Ini adalah kerana ingin mencari suasana atau keadaan tenang dan lebih sunyi supaya kita lebih kusyuk untuk mengerjakannya.

Biasanya pada waktu siang terdapat banyak gangguan,samada suara dari luar rumah atau anak-anak kita bermain didalam rumah.Dengan suasana keadaan waktu malam yang sunyi akan menyebabkan kita lebih kusyuk untuk solat dan juga beristigfar selepas selesai solat.Sebaik-baiknya kita merenung kembali segala dosa dan kesilapan kita sehingga menitiskan air mata.

Berusahalah Solat Seperti Rasulullah s.a.w , pada waktu mengerjakan solat sunat pada malam hari selalu sejadah ataupun tempat sujud baginda basah disebabkan air mata baginda yang suci walaupun Baginda maksum dari melakukan dosa

Secara ringkasnya,waktu solat taubat boleh dilakukan bila-bila masa saja.Samada waktu siang atau malam dan juga boleh dilakukan sebaik saja selepas melakukan dosa.Bersegeralah beristigfar dan solat taubat setelah melakukan dosa untuk memohon keampunan dibimbangi jika ditangguh nanti hati kita akan semakin keras ataupun kita mati sebelum sempat bertaubat.Selamat Beribadah.. Jangan lupa klik lawat seluaslautan (http://www.seluaslautan.com/2012/05/waktu-terbaik-mengerjakan-solat-taubat.html)untuk Dapatkan Tips dan Panduan Menarik Berkaitan Agama dan Ibadah , Doa2 ,lain2..

mizie san
04-09-12, 02:58 AM
klu dlm buku sembahyang2 sunat klu di siang hari boleh dilakukan 4 rakaat 1 salam ,klu mlm 4 rakaat dgn 2 salam.....nti bgi detail sket lgi

hocrux
02-11-12, 05:22 PM
Rasulullah x pernah buat dosa tapi hari2 solat taubat, kita plk hari2 buat dosa, tapi jarang @ xpenah rase nk solat taubat..ish:sorrow: