PDA

View Full Version : Tujuh Jam Berbaris Beli Burger



balqis10
11-07-12, 09:42 PM
http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.65347.1341966556!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg


MANILA - Lebih 1,500 penduduk di bandar Manila sanggup beratur panjang bagi menikmati hidangan burger setinggi lima inci pada harga istimewa di Zark's Burgers, terletak di bandar La Salle, Manila, Filipina sempena 'Jawbreaker Day'.


Burger setinggi lima inci itu mengandungi tiga lapis daging, sos keju sayuran dan sos yang dicipta sendiri oleh syarikat berkenaan.


Pemiliknya, Zark berkata, pada hari biasa burger itu dijual pada harga 250 peso (RM19), namun sempena 'Jawbreaker Day' burger berkenaan dijual pada harga 150 peso (RM11).


Menurutnya, sebahagian pelanggan sanggup beratur selama tujuh jam untuk mendapatkan burger berkenaan.


"Kami membuat perubahan dengan mengadakan 'Jawbreaker Day' setiap minggu berbanding sebulan sekali sebelum ini. Mereka yang inginkan burger ini perlu membeli kupon tiket sebagai tempahan awal," katanya.


Beliau berkata, 'Jawbreaker Day' juga menganjurkan pertandingan menikmati burger, kentang goreng dan teh ais terpantas secara percuma.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/tujuh-jam-berbaris-beli-burger-1.65346

k a y a m
11-07-12, 10:18 PM
giler la. bapak besar

wafi2510
11-07-12, 10:41 PM
bapak nak tunggu...bawak khemah boleh la...:wink-new:

grankie
11-07-12, 10:53 PM
aku masuk sbb nak tgk bege ,x dak la plak hahaha

fideldesu
12-07-12, 12:55 AM
kena brcamping sat ni sambil tunggu...

zack forensik
12-07-12, 01:04 AM
beratur yer... jangan potong Q..:devilish:

Esther Takumi
12-07-12, 06:25 AM
Dekat Malaysia pun ada gak..

fahmi_skeen
12-07-12, 11:49 AM
beza brp ringgit je..sggup tggu lame.klau aku xsggup..7 jam aku bleh pegi keje dpt dlm 50 rgt lg.bleh bli burger byk2..

hammer_head
13-07-12, 12:00 AM
Naper xbuat cam Mr. Bean tuh.. Letak patung kat depan kedai awal2 pagi..
Nanti xyah ler tunggu susah2..

shaka baby
13-07-12, 12:05 AM
7 jam..baik pegi keje..huhu

aku tetap aku
13-07-12, 12:15 AM
lama 2.. klu kat kaw kaw burger bakar pun dh x larat tggu nikan plak 7 jam...

Hazimthat
14-07-12, 12:37 AM
baik buat sendiri dari dok beratur lama2 . buang masa haha :guling:

boyz371
14-07-12, 04:32 AM
Panjangnyer,semata2 nak beli burger :terkejut:

ibrahanis
14-07-12, 11:01 PM
mcm la tak pernah makan burger, cheh... manusia.... manusia