PDA

View Full Version : Cara bernikah cepat



balqis10
29-06-12, 04:42 PM
Siapakah tidak mahu menikah cepat? Jika ada maka dia pasti ada masalah di dalam jiwanya yang perlu diselesaikan.


Sesungguhnya setiap orang perlu bernikah kerana ia fitrah dan bahkan ia sudah menjadi sunnah dan kewajipan dalam agama dan masyarakat.


Nikah itu dapat membina keperibadian dan membentuk kekeluargaan serta sifat tanggungjawab dalam diri seorang insan untuk terus hidup dengan membela dan mempertahankan nilai-nilai kemanusiaan dan kelangsungan generasi masa depan.


Perbincangan kali ini mengenai bagaimanakah seseorang itu boleh menikah dengan cepat?


Penceramah bebas, Emran Ahmad berkata, ada beberapa cara yang mampu dititipkan sebagai petua dan panduan untuk memudahkan pernikahan.


Ini juga sebagai langkah panduan kepada anak muda mengenai cara untuk segera beroleh jodoh di samping mendapatkan pasangan.


Cara pertama, menurutnya, merayu dengan ibu bapa agar sudi mencari calon atau menikahkan dengan segera. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam urusan nikah.


Ini kerana jika mereka menyokong dan membantu maka akan mudah dan segeralah pernikahan itu dapat berlangsung.


Mereka boleh membantu pernikahan itu disegerakan atau pun menghalangnya sehingga ia dilambat-lambatkan.


“Perhubungan yang baik dengan ibu bapa amat penting bagi membantu menyegerakan nikah.


"Mereka boleh berusaha mencari calon dan tahu memilih pasangan yang sesuai dengan diri anda kerana di samping diri sendiri maka merekalah orang yang paling tahu kebolehan dan keperluan diri anda,” katanya.


Namun bagi mereka yang terhalang nikah kerana keluarga maka nasihatnya, segeralah bernikah dengan menggunakan wali hakim atau wali sultan dan berusaha mencari jodoh atau pasangan secara sendiri dan menggunakan bantuan kawan yang dipercayai.


Bantuan keluarga


Cara Kedua pula kata Emran, minta bantuan ahli keluarga yang simpati dan berkemampuan untuk menghulurkan bantuan.


Ahli keluarga tidak semestinya hanya ibu bapa sahaja tetapi sesetengah orang mempunyai bapa saudara atau ibu saudara; datuk atau nenek atau ahli keluarga terdekat seperti abang dan kakak yang dapat membantu dalam urusan pernikahan.


“Jika tiada sokongan dari atas mungkin ada abang atau kakak yang berkeluarga dan bersedia membantu mencarikan pasangan untuk adik melalui kenalan, rakan dan sahabat seperjuangan yang dipercayai serta diyakini berkemampuan dan layak dijadikan pasangan untuk ahli keluarga mereka,” katanya.


Cara ketiga pula, rapat dengan orang tua dan tokoh agama untuk memudahkan dapat bantuan.


Orang tua tahu dan mengenali ramai orang yang mungkin dapat membantu anda memperoleh jodoh yang baik.


"Contohnya, Si Minah yang memakai tudung labuh, anak makcik Siti yang menghafaz al- Quran, Johari yang rajin solat di masjid dan pelbagai lagi cerita dan perkara yang diketahui mereka yang dapat membantu anda menemui jodoh yang sesuai dengan izin ALLAH SWT.


“Bahkan kerap kali persahabatan dengan tokoh agama dan orang tua juga berfungsi untuk memujuk ibu bapa dan pihak keluarga yang mempunyai keberatan untuk menikahkan anak-anak mereka,” katanya.


Selain itu Emran berkata, sertai jemaah atau organisasi dakwah dan mencari jodoh melalui unit di dalam organisasi.


“Ramai orang bercinta sesama ahli jemaah, rakan persatuan atau organisasi yang diceburi.


Perkara ini menjadi lumrah kalangan pelajar institusi pengajian tinggi untuk terlibat dengan kegiatan usrah, tamrin atau program motivasi di mana pelajar lelaki dan perempuan akan bertemu dan bergabung dalam satu organisasi jawatan lalu mempunyai ruang untuk berkenalkenalan dan berhubung antara satu sama lain.


“Pada saya menyertai jemaah atau organisasi dakwah dengan hasrat untuk mencari jodoh dan pasangan adalah lebih bermakna dan berbaloi daripada menyertainya untuk berjuang tanpa arah tuju dan tanpa kefahaman ilmu semata-mata mengikut semangat dan perasaan,” katanya.


Pilih calon


Emran menambah, seterusnya boleh juga mencari calon pasangan daripada keluarga yang terkenal memahami sunnah dan memudahkan perkahwinan.


“Cara ini tidak boleh digunakan untuk semua orang. Tetapi jika benar anda mengenali atau mengetahui ada keluarga yang beragama dan terkenal warak serta memahami agama dan sunnah, maka cubalah nasib dengan meminang anak gadis mereka atau pun menghampiri keluarga mereka untuk berkenalan jika ada anak lelaki mereka yang dapat dijadikan pasangan."


Beliau berpendapat, ramai orang memandang rendah kepada agama dewasa ini tetapi hakikatnya agama lebih utama daripada kemewahan dan harta kekayaan.


Ramai anak orang kaya menderita tiada jodoh atau susah mendapatkan pasangan tetapi anak orang susah dan miskin pula dengan segera dan mudah sahaja membina rumah tangga dan bertemu pasangan,” katanya.


Tidak kurang juga katanya, dengan cara bernikah dengan anak yatim, janda atau duda yang sedia menyegerakan nikah. Menikahi anak yatim banyak kebaikannya serta diberikan pahala dan ganjaran yang besar jika dapat menjaga dan memelihara mereka dengan baik.


Bagi orang lelaki, anda boleh bertanya kepada penjaga dan pengasas rumah anak yatim yang dikelolakan oleh ramai individu secara persendirian atau kepada rumah anak yatim yang dikendalikan secara syarikat atau organisasi tertentu.


“Sepatutnya tidak ada masalah menikahi anak yatim ini kerana wali mereka sudah tiada dan proses urusan nikah seharusnya lebih mudah bagi membantu mereka mendirikan rumah tangga dan kehidupan baru yang bahagia,” katanya.




sumber:http://pastiislam.blogspot.com/2012/06/cara-bernikah-cepat.html

javairc
29-06-12, 07:38 PM
aku suka artikal ni.. thx..

Atok Krepot
30-06-12, 01:01 AM
aku pon....

gerilakinabalu
02-07-12, 01:08 AM
law mak ayah sendiri xbagi kawen awal camne...belah perempuan suruh cpat2 lak...adesss

MKay123
23-09-12, 02:52 AM
Nice Info..Terima kasih :encouragement:

gerilakinabalu
23-09-12, 06:04 PM
law mak ayah sendiri xbagi kawen awal camne...belah perempuan suruh cpat2 lak...adesss

same ar dgn aku...aku nk tunang awal pon dorg kate umur muda lagi, cmne ar nk nikah...aku cian kt belah pompuan...belah pompuan sndir aku je...bile nk kawen ni...adesss....

fahmi_skeen
24-09-12, 06:21 PM
aku pelik ngn org atas ni..die yg tanya,die yg jawab. :lol:

p/s: pasni bleh la aku nak cari jodoh kt umah anak yatim pulak..

shinzuru
24-09-12, 06:27 PM
Mak bapak tak bagi kahwin awal sebab .. duit kat mak bapak pon tak mampu kasi ada hati nak bela anak orang puLak .. Haizzz

supernova
24-09-12, 09:31 PM
cara no 1, 2, 3 tak dapat teman aplikasikan. atas sebab2 tertentu.
cara no 4. pun tak dpt teman aplikasikan. atas sebab2 tertentu jugak.
cara no 5 yg teman sdg aplikasikan. iaitu menunggu & menanti.

:)

Nett8
24-09-12, 09:58 PM
cara no 1, 2, 3 tak dapat teman aplikasikan. atas sebab2 tertentu.
cara no 4. pun tak dpt teman aplikasikan. atas sebab2 tertentu jugak.
cara no 5 yg teman sdg aplikasikan. iaitu menunggu & menanti.

:)

Sabarlah wahai wanita yang bernama nov... Jodoh itu ketentuan Allah... insyaAllah ada...

supernova
25-09-12, 10:39 PM
Sabarlah wahai wanita yang bernama nov... Jodoh itu ketentuan Allah... insyaAllah ada...

insyaAllah. amin. :D

lolly lilly
25-09-12, 11:47 PM
mungkin sy amek yg pertama kot~ mna nk cri, x de masa la~ :guling:

ghostertv
26-09-12, 12:13 AM
aku pun sekali mai pk nak kahwin cepat, sbb nanti boleh elak maksiat... tp bila pk dalam2, memang boleh elak maksiat, boleh tambah pahala, tapi macam mana aku nk tanggung bini aku nanti. makan minum dia ape sume. hmmmmmm.. kesian kat aku. wakakakak :P

lolly lilly
26-09-12, 12:31 PM
aku pun sekali mai pk nak kahwin cepat, sbb nanti boleh elak maksiat... tp bila pk dalam2, memang boleh elak maksiat, boleh tambah pahala, tapi macam mana aku nk tanggung bini aku nanti. makan minum dia ape sume. hmmmmmm.. kesian kat aku. wakakakak :P
Allah da janjikan, segala yg baik itu ada kebaikannye~ walaupon sush, pas kawen Allah pasti bg rezeki~ fkir pasal dwet, smpai mati pon xkn ckup, makin kaya makin x ckup dwet tu taw~ :o

MKay123
26-09-12, 12:43 PM
Ye betul tu Loli,,Makin kaya Makin kita Ber K-Pop..

lolly lilly
26-09-12, 01:20 PM
Ye betul tu Loli,,Makin kaya Makin kita Ber K-Pop..
x habis2 ngan kpop nye~ Mkay nnti kawen ngan org kpop gak bru taw~ :lol:

mrr135
26-09-12, 01:32 PM
smua org pun nk kawin cpat..malah dianjurkan oleh islam utk kawin dlm usia muda...sy sndiri nk kawin..calon dh ada..parents calon 2 pun dh knal..tp family sndiri yg xnk bg..sbb msih muda la,nk blajar lbih tnggi lg...mmg la...sbb tu la adanya nikah khitbah...nikah dulu tp x tnggl sma2..tp klu nk dating xda mslh lg...hubungan dh halal...

tp susah la nk ubah pemikiran masyarakat...termasuk la parents sy sndiri..

fideldesu
27-09-12, 03:35 AM
best gak artikel ni ~

ghostertv
27-09-12, 08:53 PM
kan.. pk duit, gaji 8k sebulan pun ade laa yg xckup lg... wakakakaka :P

stammofa
27-09-12, 09:57 PM
knape ramai je org "like" 1st post thread nih? :lol:

lolly lilly
30-09-12, 04:10 PM
smua org pun nk kawin cpat..malah dianjurkan oleh islam utk kawin dlm usia muda...sy sndiri nk kawin..calon dh ada..parents calon 2 pun dh knal..tp family sndiri yg xnk bg..sbb msih muda la,nk blajar lbih tnggi lg...mmg la...sbb tu la adanya nikah khitbah...nikah dulu tp x tnggl sma2..tp klu nk dating xda mslh lg...hubungan dh halal...

tp susah la nk ubah pemikiran masyarakat...termasuk la parents sy sndiri..
tu la, kan bagus ramai yg faham istilah nikah khitbah~ xdk la org pndang serong~
lebih elok nikah khitbah tu dr dating, usung ke hulu hilir tp hbungan x sah~ haishh~:05.18-flustered:

fahmi_skeen
02-10-12, 06:57 PM
Allah da janjikan, segala yg baik itu ada kebaikannye~ walaupon sush, pas kawen Allah pasti bg rezeki~ fkir pasal dwet, smpai mati pon xkn ckup, makin kaya makin x ckup dwet tu taw~ :o

btol 2 lolly..Allah dah janjikan rezeki pada yg berkahwin.yg mane xcukup akan dicukupkan nanti..rezeki dtg xtau dari mana

kapokapi
05-01-13, 05:09 AM
perkahwinan paling berkat adalah yang paling rendah mas kahwinnya....orang sekarang cam haram letak mas kahwin...

MKay123
05-01-13, 07:42 AM
SPM = 10 k
DIPLOMA = 30 k
IJAZAH = 70 k
ARTIS = 100 k

** bagaimanakah caranya utk saya mengenali Lolly Lilly dgn lebih dekat ?