PDA

View Full Version : Tart Telor



azmir438
28-06-12, 11:09 AM
http://3.bp.blogspot.com/-rNqF6A4G00w/T40Bpkx92BI/AAAAAAAAO2Y/-isgs9GMRmc/s400/tart%2Btelor3.jpg

Bahan Base :-



40 gm mentega - biarkan pada suhu bilik

30 gm gula kastor

1 sudu besar (15 gm) telor - dipukul sedikit

80 gm flour

20 gm serbuk almond

Cara-Cara:-


Ayak tepung dan serbuk almond bersama. Ketepikan. (jika serbuk terlalu kasar, xpa, terus je campurkan dengan tepung).

Dalam bekas lain, krimkan mentega dan gula hingga gebu dan kembang.

Masukkan telor dan pukul adunan hingga benar2 sebati.

Masukkan tepung dan serbuk almond dengan 2 - 3 peringkat ke dalam adunan. Gaul dengan spatula.

Gaul sebati dan adun menjadi doh. (jika doh terlalu lembut, masukkan dalam fridge dan biarkan selama 10 - 15 minit).

Tekan ke dalam loyang tat dan biarkan dalam fridge selama 20 minit. (*akak guna loose tart pan)


Cucuk-cucuk bahagian dasar dengan garfu. Sapukan sedikit dengan telor.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 10-12 minit/sedikit kekuningan sebelum dituangkan filling.

Bahan Filling:-
Sumber : (zlinda@myresipi)


1 cawan susu segar

4 biji telor

1 cawan gula halus

1 cawan air

1 sudu besar tepung kastad


1/2 sudu teh esen vanila

Cara Menyediakan:-


Pukul telor dengan gula hingga sebati.

Masukkan bahan lain kesemuanya. Kacau hingga sebati.

Tuang ke dalam acuan tart tadi.

Bakar dalam oven hingga masak. (*ummi set oven agak-agak je pada suhu 175C selama 45 minit untuk loyang besar dan 20 minit untuk acuan-acuan kecil). Hasil memuaskan..


SELAMAT MENCUBA

realjan89
28-06-12, 12:14 PM
My favorite...:)

shuffle_017
08-01-13, 01:09 PM
pandai taiko ni masak yea~ :lol:

queenstory
19-04-13, 01:58 PM
sedapnya..

Esther Takumi
19-04-13, 02:10 PM
Wah, feberet nih..

grankie
19-04-13, 04:16 PM
tgk gambar pun dah terliur... http://i.imgur.com/jRaiswA.gif

ExpiredHardcore
19-04-13, 11:47 PM
http://cdn.memegenerator.net/instances/400x/23841703.jpg

fideldesu
20-04-13, 11:46 PM
suke mkn time hari raye..

Naveed123
14-06-13, 03:43 PM
this is very nice and wonderful post.:frog::frog:

mansrx86
14-05-19, 05:30 PM
boleh cuba nie..

suka_haha
22-10-22, 11:00 AM
sedap tart ni.. sambil tgk gmbar kuih sambil meretap bibir.. :wink-new: