PDA

View Full Version : ~Sistem Pembiakan Wanita~



lolly lilly
03-10-14, 04:09 PM
Sumber kesihatan dibawah dibawakan untuk anda oleh : Halaqah.net


http://1.bp.blogspot.com/-WzB1m-62vD0/UfX84X_nHHI/AAAAAAAAAO4/AcFo4fFsXNk/s1600/Testimoni+GLA_Cyst.png



Wanita mempunyai sepasang ovari yang memainkan dua peranan penting, iaitu menghasilkan ovum (gamet betina) serta hormon estrogen dan progesteron.

Sistem pembiakan wanita terdiri daripada sepasang ovari, tiub Fallopio, uterus, dan faraj. Ovari terdapat di bahagian bawah rongga abdomen. Setiap ovari berbentuk seperti "biji badam" tetapi saiznya adalah dua kali ganda biji badam.

Pembentukan ovum atau oogenesis berlaku di dalam ovari. Uterus merupakan organ yang berdinding tebal, berotot, dan berongga. Dinding uterus dilapisi membran bermukus dan kaya dengan salur darah. Saiz uterus adalah sebesar genggaman tangan. Inilah tempat di mana zigot membesar menjadi fetus. Kedua-dua bahagian tepi uterus terdapat tiub Fallopio yang mempunyai unjuran seperti "jari" yang meliputi ovari. Dari uterus terdapat salur yang dikenal sebagai faraj. bahagian Berotot di antara uterus dengan faraj dikenal sebagai serviks.

Fungsi Bahagian di dalam organ pembiakan wanita.

Ovari ~ Menghasilkan ovum.

Tiub Fallopio ~ Menerima oosit sekunder dari folikel Graaf. Persenyawaan di antara ovum dan sperma berlaku di sini.

Uterus ~ Tempat penempelan embrio dan perkembangan seterusnya.

Faraj ~ Tempat di mana sperma dilepaskan dari zakar berlaku.



http://1.bp.blogspot.com/_-X9PiaaBqvc/TBek3-i8inI/AAAAAAAAAOY/nvA0l0oCmGk/s1600/female_cross_section.jpg




https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTD2ejC_h5mCBsmjSMVMXtJ9AT3WJNcX OYb4Hkx4v4wVwp8t7uEnJxo5G8
KLIK SINI

http://www.beatfatigue.com.au/Images/L_red_down_arrow.png

:: ~Pembentukan ovum~ (http://www.syok.org/new/showthread.php?35686-Sistem-Pembiakan-Wanita&p=244261&viewfull=1#post244261) ::

:: ~Kitar Haid~ :: (http://www.syok.org/new/showthread.php?35686-Sistem-Pembiakan-Wanita&p=244262&viewfull=1#post244262)

:: ~Peranan Hormon Dalam Kitar Haid~ :: (http://www.syok.org/new/showthread.php?35686-Sistem-Pembiakan-Wanita&p=244263&viewfull=1#post244263)

lolly lilly
03-10-14, 04:11 PM
Proses pembentukan ovum disebut oogenesis. Di dalam ovari fetus perempuan, terdapat sejenis sel diploid yang disebut oogonium. Oogonium membesar dan menjadi oosit primer. Oosit primer diselaputi dua atau lebih lapisan sel yang dikenal sebagai sel folikel. Struktur ini dikenal sebagai folikel primer. Apabila dilahirkan, bayi perempuan telah mempunyai berjuta-juta oosit primer di dalam ovarinya. Oosit primer ini menjalani meiosis 1 tetapi terhenti di profasa 1.

Perkembangan oosit primer atau sel telur yang belum matang ini hanya berlaku apabila seorang budak perempuan mencapai akil baligh. Setiap bulan beberapa oosit primer akan meneruskan meiosis I untuk membentuk oosit sekunder yang lebih besar dan satu jasad kutub yang kecil. Kedua-dua selini bersifat haploid. Oosit sekunder akan mengalami meiosis 2 sehingga peringkat metafasa 2 sahaja.

Oosit sekunder yang diselaputi lapisan sel folikel dikenalsebagai folikel sekunder. Folikel sekunder ini akan membesar dan membentuk folikel Graaf. Folikel Graaf yang mengandungi oosit sekunder akan pecah dan oosit sekunder akan dibebaskan. Pembebasan oosit sekunder dari ovuri dikenal sebagai pengovulan. Oosit sekunder akan memasuki tiub Fallopio dan melengkapkan pembahagian meiosis II sebaik sahaja atau sperma menembusi oosit sekunder.

Pengovulan hanya berlaku pada salah satu ovari setiap bulan. Penghasilan beribu-ribu oogonium dalam ovari fetus sehingga ke peringkat pengovulan oosit sekunder berlaku secara teratur dan sistematik. Keseluruhan peringkat perkembangan dan pembentukan gamet betina ini dikawal atur dengan begitu sistematik oleh hormon-hormon tertentu. Kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan sistem pembiakan yang begitu istimewa.




http://2.bp.blogspot.com/-TxKbuH-Tqmc/Tb17jjNSe4I/AAAAAAAAAEQ/9gYuH9Yuhzc/s1600/Oogenesis_1.jpg

lolly lilly
03-10-14, 04:14 PM
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/e/e8/Kitaran_Haid.png
Pada lelaki, penghasilan berjuta-juta sperma adalah secara berterusan sepanjang hayat bermula dari peringkat akil baligh. Manakala,wanita hanya menghasilkan satu ovum sahaja setiap bulan bermula dari peringkat akil baligh sehingga putus haid.Ini bermakna kitar haid penting untuk memastikan ovum dihasilkan secara berterusan sehingga putus haid.Dinding uterus akan menebal dan dibekalkan dengan banyak salur darah .

Keadaan ini penting sebagai persediaan uterus untuk menerima dan membenarkan penempelan embrio sekiranya persediaan persenyawaan berlaku.Jika persenyawaan tidak berlaku,dinding uterus(endometrium)yang kaya dengan salur darah akan terurai dan dikeluarkan bersama ovum sebagai darah haid.Kitar haid akan terhenti sekiranya persenyawaan berlaku.Ini penting untuk menghalang perkembangan ovum yang baru di dalam ovari dan mengekalkan ketebalan endometrium untuk penempelan embrio.

Bagi memastikan perjalanan kitar haid berlaku dengan sistematik,teratur dan tepat pada waktunya.Hormon tersebut juga bertanggungjawab mengkoordinasikan perubahan pada uterus dan perubahan di dalam ovari yang berlaku secara serentak.

Hormon yang terlibat dalam kitar haid terbahagi kepada dua kumpulan,iaitu hormon yang mengawal perubahan di dalam ovari dan hormon yang mengawal perubahan di dalam uterus.Hormon yang bertanggungjawab untuk mengawal perubahan di dalam ovari termasuk hormon perangsang folikel(FSH)dan hormon peluteinan(LH).

Kedua-dua hormon ini dirembes oleh kelenjar pituitari.FSH merangsang perkembangan folikel di dalam ovari.LH pula merangsang pengovulan dan menyebabkan folikel Graaf menjadi korpus luteum.Hormon yang bertanggungjawab untuk mengawal perubahan pada uterus pula ialah estrogen dan proesteron.Hormon estrogen dihasilkan oleh sel-sel folikel yang menyelaputi oosit primer dan oosit sekunder di dalam ovari.Hormon ini berfungsi memperbaiki dan merangsang penebalan endometrium pada uterus selepas haid.

Selepas pengovulan,tisu folikel menjadi korpus luteum.Korpus luteum menghasilkan hormon pengesteron.Hormon ini merangsang penebalan endometrium.Pada masa yang sama,hormon proesteron juga berfungsi mengekalkan endometrium dalam keadaan yang sempurna untuk penempelan embrio.


http://2.bp.blogspot.com/_7haeb5yg_KY/TO457MyB7gI/AAAAAAAAAwQ/PT1dhQBE0Ug/s1600/kitaran%2Bhaid.jpg

lolly lilly
03-10-14, 04:20 PM
Pada hari pertama kitar haid bermula,kelenjar pituitari merembeskan FSH dan LH ke dalam darah, Kedua-dua hormon ini diangkut oleh darah ke organ sasaran, iaitu ovari. Di dalam ovari, FSH dan LH merangsang perkembangan beberapa folikel. Walau bagaimanapun, hanya satu folikel yang akan berkembang dan merembeskan hormon estrogen. Hormon estrogen diangkut oleh darah dari ovarike uterus. Di dalam uterus, hormon estrogen merangsang penebelan endometrium yang sudah terurai semasa haid antara hari pertama hingga hari kelima. Semasa endometrium pada uterus sedang diperbaiki, perkembangan folikel di dalam ovari giat berlaku.

Apabila kepekatan hormon estrogen mula meningkat penghasilan FSH menurun, maka perkembangan folikel yang baru dihentikan. Ini adalah salah satu contoh mekanisme suap balik negatif. Kemudian, kepekatan hormon estrogen yang tinggi sebaliknya merangsang kelenjar pituitari merembeskan FSH dan LH dalam kuantiti yang banyak. Maka, pada hari yang ke-13 kepekatan FSH dan LH mencapai aras yang paling tinggi dalam kitar haid. Kepekatan LH yang tinggi menyebabkan pematangan folikel Graaf dan merangsang pengovulan. Semasa pengovulan, oosit sekunder dari folikel Graaf dibebaskan ke tiub Fallopio. LH merangsang tisu folikel yang tertinggal selepas pengovulan menjadi korpus luteum.

Korpus luteum merembeskan hormon progesteron dan estrogen. Hormon proesteron menghalang penghasilan FSH dan LH oleh kelenjar pituitari. Selain itu, hormon proesteron mengekalkan penebalan endometium pada uterus. Endometrium menjadi kaya dengan salur darah. Tujuannya adalah untuk membekalkan nutrien kepada embrio jika penempelan berlaku setelah ovum disenyawakan.

Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, korpus luteum akan terurai dan penghasilan hormon proesteron berkurangan. Endometrium akan terurai dan disingkirkan dari badan bersama darah melalui faraj. Ini merupakan hari pertama haid. Kitar ini akan berulang.

Sebaliknya, jika persenyawaan berlaku antara ovum dengan sperma, kehamilan bermula. Korpus luteum akan terus menghasilkan hormon estrogen dan proesteron selama tiga hingga empat bulan selepas persenyawaan berlaku. Kemudian, korpus luteum akan terurai dan plasenta akan menghasilkan hormon estrogen dan progesteron sehingga bayi dilahirkan. Kepekatan hormon estrogen dan progesteron akan meningkat semasa tempoh kehamilan. Hormon estrogen dan progesteron merukan dua hormon yang sangat penting untuk mengekalkan ketebalan endometrium dan memelihara fetus yang sedang bertumbuh atau berkembang dalam uterus ibu.


http://3.bp.blogspot.com/-ARx0wgiEAmI/UopSSrgnMJI/AAAAAAAAAos/QYZVn_QWgXI/s1600/baby.jpg

http://3.bp.blogspot.com/-Cd89B949P44/UOTvjNUFD2I/AAAAAAAABC0/07rgAfPXwrI/s640/proses+persenyawaan.jpg

lolly lilly
03-10-14, 04:24 PM
locked~~~~

Nett8
08-10-14, 11:52 AM
http://1.bp.blogspot.com/-yyO_VtDyEqo/UZuCI6ttKXI/AAAAAAAAADo/fC4Uzj3rjyY/s1600/kak+fida.png

sH@m
08-10-14, 09:19 PM
Ooo... gitu rupanya, baru la paham sikit2.

lolly lilly
09-10-14, 10:08 AM
http://1.bp.blogspot.com/-yyO_VtDyEqo/UZuCI6ttKXI/AAAAAAAAADo/fC4Uzj3rjyY/s1600/kak+fida.png


Ooo... gitu rupanya, baru la paham sikit2.
blaja la abang2 pakcik2~ senang bila da kawen nnti~ :lol: :o

Nett8
09-10-14, 11:11 AM
blaja la abang2 pakcik2~ senang bila da kawen nnti~ :lol: :o

baeekkkk....

http://www.nativespeakeronline.com/wp-content/uploads/2013/05/ashamed.jpg

p.s : nak muntah la plak... tgh makan ni...