PDA

View Full Version : Yana Samsudin Tegaskan Tak Pernah Jalani Pembedahan Muka



Pfiza2
15-09-14, 11:34 PM
http://2.bp.blogspot.com/-Zb0r3dW19hA/UuBsVaDU7qI/AAAAAAAArtA/GNGg_QB4Iic/s1600/Yana-Samsudin-1.jpg

Cantik. Semua wanita mahu kelihatan cantik. Ada yang sanggup menjalani pembedahan untuk memancungkan hidung, meruncingkan dagu dan macam-macam lagilah. Namun ada yang belajar teknik solekan, berdiet dan mengamalkan pemakanan sihat untuk kelihatan lebih jelita berbanding dahulu. Yana Samsudin yang kini kelihatan semakin jelita menjadi mangsa desas-desus dirinya membuat pembedahan kerana perbezaan wajahnya yang agak ketara jika dibandingkan pada awal kemunculannya dan masa kini.

Walaupun telah membuat penafian sebelum ini, desas-desus tersebut tidak mati sebaliknya makin bertiup kencang. Pada awal Januari lalu, Yana dikatakan melakukan pembedahan plastik dengan mengubah wajahnya menjadi lebih tirus selain telah pembedahan memancungkan hidung. Namun Yana memaklumkan yang penggunaan pendakap gigi telah menyebabkan perubahan berlaku pada wajahnya. Yana sendiri mengakui yang wajahnya ada perubahan namun pelakon ini menegaskan tidak pernah melakukan sebarang pembedahan. Kata Yana:-

Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.
Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu.
Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara.
Dan saya pelik kenapa sesetangah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti.
Rawatan kuntur wajah adalah antara aplikasi kecantikan yang saya suka kerana membentuk wajah kita agar kelihatan lebih kemas

Jadi apa pandangan anda tentang artis ini, pendapat saya biarlah apa yang ingin dilakukannya kerana apa apa akibatnya dia yang tanggungkan. Gosip gosip lain tentang Yana Samsudin Disini (http://my.shareddis.com/p/8p1xU)

the_magician
16-09-14, 12:24 PM
Mengaku ja.. Apa nak malu? Tu menunjukkan hang banyak duit. Kau hado?

adibest88
01-09-15, 10:01 PM
biarkan dia ....
jangan suntik botox n barang terlarang sudahla