PDA

View Full Version : Masalah Pc

butang91
26-08-14, 08:46 AM
Salam..
nak tnya kat otai2 pc tentang masalah bila sy hidup kn pc dia on untuk beberapa saat sahaja.. Lepas tu keep restart x blh boot..Dh try tukar psu, running tanpa graphic card tp tetap sama..

irvine985
29-08-14, 09:32 AM
rasyenya cam mainboard @ ram . . try tukar mainboard . .

sH@m
30-08-14, 10:03 PM
Salam..
nak tnya kat otai2 pc tentang masalah bila sy hidup kn pc dia on untuk beberapa saat sahaja.. Lepas tu keep restart x blh boot..Dh try tukar psu, running tanpa graphic card tp tetap sama..
Waalaikummussalam...

Setakat mana ia mampu pergi...BIOS boleh?

msbmk
12-09-14, 10:11 AM
kalau masuk bios lame2 ade restart jugak x?kalau restart gak hardware problem,kalau x software problem.

msbmk
12-09-14, 11:22 AM
alamak...tersilap update.hahaha..sory2...

sH@m
12-09-14, 09:49 PM
alamak...tersilap update.hahaha..sory2...
Dimaafkan.

man4421
16-09-14, 05:30 PM
salam otai3....masalah pc sy...bila on jeee....tgh loading nk buka windows...terus dia padam....nape er?

sH@m
16-09-14, 09:43 PM
salam otai3....masalah pc sy...bila on jeee....tgh loading nk buka windows...terus dia padam....nape er?
W'salam...try Safe Mode (Shift+F8 in Win8|8.1).

man4421
17-09-14, 11:18 AM
W'salam...try Safe Mode (Shift+F8 in Win8|8.1).

sy guna win 7...safe mode pon sama gak.......tp bila on dia ada naik launch startup repair & start windows normally...tekan dua2 pon sama jeee.....akan shutdown .....nape err?tp bila selalu buka lama2 dia akan dpt on jgk.....kerosakan apa er???

sH@m
17-09-14, 01:16 PM

Cuba teliti Q&A ni : http://www.computerhope.com/issues/ch000776.htm

Jika ada soalan, sila kemukakan.

man4421
19-09-14, 10:15 AM
Cuba teliti Q&A ni : http://www.computerhope.com/issues/ch000776.htm

Jika ada soalan, sila kemukakan.

adess...minta maaf laa bosss.....kita mat salleh tk faham arrr....huhuhuhuh.....ada tk yg bahasa melayu punye??hihihi

sH@m
19-09-14, 12:26 PM
adess...minta maaf laa bosss.....kita mat salleh tk faham arrr....huhuhuhuh.....ada tk yg bahasa melayu punye??hihihi
Iskh, ayat mudah je tuh...Ok2, saya cuba ringkaskan tetapi ada beberapa istilah jika diletakkan dalam Bahasa Melayu, lain jadinya.

Dalam artikel itu menyebut bahawa kes seperti yang anda lalui berkemungkinan disebabkan oleh:

Bekalan kuasa - samada hampir rosak, akan rosak atau sememangnya tidak lagi cekap menyalurkan kuasa. Jika cakera keras tidak mendapat bekalan kuasa mencukupi, ia tidak dapat berputar cukup pantas untuk menghidupkan operasi tetapi ia dapat beroperasi apabila dicuba berulangkali kerana cakera telah berputar pada cubaan sebelumnya.
Cakera keras - Sama seperti bekalan kuasa tetapi tidak lagi disebabkan oleh kuasa yang diberikan, ia berkaitan cakera keras hampir rosak, akan rosak atau sememangnya menanti belah. Ia masih mampu beroperasi setelah beberapa percubaan adalah sama seperti dimaksudkan pada bekalan kuasa.
Lain2 perkakasan - Ingatan capaian rawak, kabel dan lain2 perkakasan tidak terpasang sempurna misalnya longgar pada punca kuasa atau kotor pada terminal atau ada yang telah rosak. Papan utama juga perlu diambil kira, mungkin ada litar rosak atau bahagian elektronik yang cacat.

Anda tidak beritahu samada kes ini berlaku terhadap komputer riba atau `komputer meja` (huh?).

Anda boleh rombak rawat setiap perkakasan samada secara fizikal atau melalui perisian atau kedua-duanya sekali untuk mencari sebab permasalahan dan seterusnya diperbaiki.