PDA

View Full Version : Petaka nyawa(ALAF 21) - riduan judin



Riduan Judin
27-06-14, 09:40 PM
https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/t31.0-8/s960x960/10368917_775765615809046_4964749337686359019_o.jpg

Novelis : Riduan Judin
Novel : Petaka Nyawa
Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983- 972-7
Halaman: ~576
Berat: 540 gram
Tarikh Terbit: 24 Julai 2014
Kategori: Novel

Sinopsis

Penemuan catatan ‘Hijab Rindu’ yang ditemui (Hari ini) merungkai kisah kurun ke-14. Shafi membesar dalam asuhan salah seorang Wali Songo. Dengan alam yang terhijab, mengheretnya ke Tanah Langkasuka bertemu ‘Makhluk Bernyawa Panjang’. Siapakah dia? Dialah makhluk yang selalu menyesatkan anak-anak Adam. Diciptakan dari api dan angkuh kepada Allah SWT. Puteri Irdina, puteri Kerajaan Langkasuka terheret ke Sempadan Pura iaitu alam yang terhijab semasa disihir. Atas perbuatan semangat jahat, dia berubah menjadi ‘manusia berjiwa dua’’. Manakala Puteri Qaisara, puteri Kota Amuriah dikurung di sebuah tempat rahsia. Ayahandanya iatu Raja Baytizam, menjelma menjadi Puteri Qaisara melalui bantuan taghut laknatullah.

Rangkuman cerita

SHAFI – Lelaki yang dalam dadanya penuh kalam TUHAN. Hidup pada kurun ke – 14. Kebatilan tidak boleh berada di atas kebaikan. Dan taghut atau syaitan itu adalah musuh yang nyata.

“Aku makhluk bernyawa panjang yang diciptakan daripada api.” – Taghut.

“Dan api itu syaitan, wahai Sang Petaka Nyawa!” – Shafi.

Sehingga masa yang bergulir telah menemukan dirinya dengan Puteri Irdina di alam berhijab. Atas desakan fitrah, mereka saling memendam rasa. Mereka terpisah di sebalik tempat dan masa yang berbeza. Walau hakikatnya, mereka sedang bernafas pada waktu dan udara yang sama.

Antara Satu Pertemuan dan Tujuh Perpisahan,

Rabiah Al-Wadiah - Seorang mujahidah yang bertugas di bumi berdarah Syria di zaman kini. Antara mimpi atau realiti, masa telah menemukan dirinya dengan Shafi. Pertemuan pertama ternyata mengusik relung rasa apabila akhlak dan redup wajah lelaki itu berjaya menyentuh hujung hatinya. Namun, sebagai seorang ‘muslimah’, dia berusaha mendiamkan sahaja perasaan halus itu.

“Seandainya ada sedikit rasa, alangkah indahnya hidup di antara kita.” – Rabiah.

“Andai mata hati ini dapat menerobos hijab, nescaya perkara pertama yang ingin aku lihat adalah isi hatimu.” – Shafi.

Antara ‘cinta’, ‘rindu’ dan ‘petualangan’. Rupanya, kehidupan di akhirat dan cinta kepada Tuhan lebih kekal dan abadi

Kunjungi Karangkraf Mall untuk membuat tempahan awal dengan diskaun di sini - http://goo.gl/el7eTf (http://l.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fgoo.gl%2Fel7eTf&h=uAQE_SSfG&enc=AZPaVdBc3QC-Sz-TLOCMYy7CDVLh5w79wOvYOQvTfS8FIHG0FL16zUeU-Vf9mlXsnlmCzHoJGRlaCu2tZ1X7sIXKNEj4Pg5Yidt-TkUg1Z6MYkhiii8pafHN8U47_tMGlBg0FjjEnWzgBXzb-eEDUeJ5&s=1)

najmiatsyokdotorg
28-06-14, 12:35 AM
Kita guna thread ni ya tt kerana double post tidak dibenarkan di forum ini.

Btw, tahniah tt kerana berjaya menulis dan mempunyai sebuah karya bercetak. Bkn calang2 org tt ni.

Riduan Judin
28-06-14, 10:40 AM
Terima kasih atas ehsan dan peringatan admin. Salam ramadhan :)

mydiana
31-05-15, 12:45 AM
dua 3 kali dah ternampak novel ni di mph online..tp x ter klick2 jugak kat add to chart...maybe next time.
:)