PDA

View Full Version : Tasik Putrajaya Mungkin Jadi Sumber Air Baru



hitomi07
25-06-14, 08:29 PM
Jakim saran kursus lepas kahwin

http://www.malaysiakini.com/news/266769

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang melaksanakan kursus pascaperkahwinan bagi mengukuhkan institusi kekeluargaan dan mengurangkan kadar penceraian pasangan Islam negara ini.

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Zakuan Sawai berkata kertas cadangan perkara itu sudah siap dan akan dimajukan kepada jabatan agama Islam negeri, lapor Bernama.

Cadangan memperuntukkan suami isteri dimestikan mengikuti kursus itu yang dibuat dalam empat fasa berdasarkan usia perkahwinan mereka.

Fasa-fasa itu seperti berikut: satu hingga lima tahun, enam hingga 10 tahun, 11 hingga 20 tahun dan 20 tahun ke atas.

Beliau dilaporkan berkata kursus tiga hari dua malam itu antara lain meliputi isu berkaitan rumah tangga, hubungan suami isteri serta cara mendidik anak.

Jakim akan memberi penekanan kepada pasangan yang usia perkahwinannya satu hingga lima tahun kerana kajian jabatan itu mendapati kelompok berkenaan yang paling banyak bermasalah, katanya.

"Ini kerana mereka masih berada dalam proses menyesuaikan diri dan mengenali satu sama lain," beliau dipetik sebagai berkata kepada agensi berita nasional.

Beliau berkata usaha membangunkan kursus itu bermula pada 2012 dan kini memasuki peringkat projek perintis yang akan diadakan di Kuala Lumpur bagi mendapat maklum balas umum mengenai modulnya.

"Sebagai permulaan kursus ini akan melibatkan penjawat awam sebelum diperluaskan kepada orang ramai", katanya lagi kepada Bernama.

Beliau berkata kursus itu juga jauh berbeza dengan kursus praperkahwinan kerana akan membincangkan perihal rumah tangga dengan lebih terbuka termasuk isu kesihatan dan hubungan suami isteri.

Kursus khas kahwin ke-2

Sementara itu, dalam perkembangan berbeza, kerajaan dilaporkan sedia mempertimbangkan mewujudkan kursus khas bagi pasangan yang berkahwin kali kedua, terutama yang mempunyai anak daripada perkahwinan pertama.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata kursus itu bagi mengingatkan pasangan baharu akan tanggungjawab menjaga anak tiri masing-masing sekali gus mengelakkan pengabaian dan penderaan kanak-kanak.

"Saya setuju apabila ibu atau bapa yang mempunyai anak, bukan sahaja anak orang kelainan upaya (OKU), tetapi anak normal pun perlu ada kursus yang khusus kerana mereka bukan sahaja berkahwin dengan ibu tetapi juga menjadi bertanggungjawab terhadap anak-anak yang dibawa (daripada perkahwinan pertama)," beliau dipetik sebagai berkata pada persidangan Dewan Negara, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Roslin Abdul Rahman yang ingin tahu keperluan bagi pasangan yang mempunyai anak dan ingin melangsungkan perkahwinan kali kedua mengikuti kursus orientasi berkeluarga tiri untuk mengelakkan kes penderaan kanak-kanak.

Bernama juga melaporkan Azizah sebagai berkata kementerian juga menyedari masalah penderaan kanak-kanak yang berlaku kebanyakannya disebabkan kepincangan institusi kekeluargaan.

'Panjangkan kursus praperkahwinan'

Beliau mencadangkan kursus praperkahwinan yang diadakan, sama ada untuk pasangan Islam atau bukan beragama Islam ditambah baik terutama dengan memanjangkan tempohnya.

Menjawab soalan asal Roslin mengenai bilangan kes penderaan kanak-kanak, Azizah berkata berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 11,338 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan bagi tempoh 2011 hingga 2013.

Katanya kes berkenaan termasuk penderaan fizikal, seksual dan emosi.

Selain itu mengenai kes kanak-kanak terutama pelajar sekolah dieksploitasi sebagai peminta sedekah, Azizah berkata kementerian sedang menghasilkan satu pelan tindakan bersepadu untuk menanganinya.

speckey
26-06-14, 09:16 AM
erm...agak pelik tajuknye..isi dalam psal kawin