PDA

View Full Version : Sejarah Tuala Wanita



Pfiza2
16-05-14, 04:29 PM
Bermula dari zaman Mesir Kuno, orang Mesir kuno sudah mengunakan tuala wanita pada masa itu yang dibuat dari daun papyrus yang dilembutkan dan bentuknya seperti tampon. Lalu berkembang di Yunani kuno dengan menggunakan bahan kapas halus dan dan dibungkus kayu kecil.

Pelbagai macam bahan yang digunakan untuk membuat tuala wanita seperti rumput kering , wol, kapas, bekas kain, mahupun serat sayuran. Bentuknya sama dimasukan kedalam bekas dan diletakan di antara kedua kaki.

Pada tahun 1867 menstrualcup ditemui. Mangkuk ini diletakan kedalam bekas kain yang dihubungkan dengan belt yang diikat di pinggang. Pada masa itu, wanita tidak menggunakan apa-apa alas, sehingga habis datang bulan mereka memakai pembalut tersebut.

Pada tahun 1876, bahan dari mangkuk menstruasi tersebut diganti bahannya menjadi bahan serapan yang memungkinkan dapat menampung darah haid, lalu terus mengalir melalui salur terus ke bekas takungan yang dipasang pada luar badan. Namun, yang menggunakan menstrual cup hanya orang-orang tertentu saja. Orang kurang mampu masih menggunakan kain yang boleh dicuci dan dipakai berulang kali, kerana mereka tidak mampu membeli menstrual cup.

Sehinggalah pada perang dunia pertama, barulah disposable pads (tuala wanita sekarang ini) muncul. Seorang jururawat Perang Dunia pertama, ketika itu mereka menyedari bahawa kain pembalut yang mereka gunakan untuk membalut luka tentera ternyata boleh mereka gunakan ketika haid. Lalu pada tahun 1900-an, disposable pads dibuat.

Kotex adalah brand pertama tuala wanita dibuat di Amerika pada tahun 1920.

Inovasi pun terjadi. Pada tahun 1960-an, tuala wanita yang menggunakan belt mulai digantikan dengan tuala wanita yang menggunakan pad. Pad tersebut berfungsi untuk menahan cairan pada bahagian bawah seluar dalam. Bahannya pun diganti, yang pada mulanya menggunakan bahan wood fiber dan cotton fiber, sehingga bahan-bahan lainnya seperti gel. Sampai sekarang, inovasi tuala wanita terus dilakukan, yang disesuaikan dengan keadaan dan perkembangan wanita. Maklumat lebih lanjut tentang produk tuala wanita lain boleh dirujuk disini (http://bit.ly/1mZQWJF)

Nett8
20-05-14, 06:22 PM
baru ku tahu... eh... kotex bukan jenama minyak enjin motosikal ker...

https://pbs.twimg.com/media/BB4sDbhCAAA0IX3.jpg

ataupun...

http://pbs.twimg.com/media/BOQWSkTCQAASBsY.jpg:large

muhamad sadiq
20-05-14, 07:25 PM
hahahaha :D