PDA

View Full Version : Macro dengan kit lens



faazawanz
25-06-12, 04:14 PM
Salam,


Entry kali ni sesuai untuk beginner yang nak mencuba seseuatu yang baru.


KOrang baru beli kamera DSLR atau korang dah lama ada DSLR..seronok amik gambar potret dengan landskap tapi tiba-tiba teringin pulak nak ambil gambar macro?


Peralatan hanya body dan kit lens tapi hajat hati teringin sangat nak belajar macro photography jugak.
Camne ni..ada beberapa cara sebenarnya..tanpa perlu beli lens macro sebenar.


Raynox : sejenis filter antara yang terbaik medium glassnya..RM299.00 boleh rujuk sini (http://shashinki.com/shop/raynox-dcr250-43mm-67mm-with-included-adapter-super-macro-lens-p-837.html?manufacturers_id=62)



Extention Tube : Manual(Kosong)/CPU contact RM50-100 (Manual) RM300-699 (CPU)



Reverse Ring : Ring yang digunakan untuk terbalikkan lens RM 35 rujuk sini (http://shashinki.com/shop/52mm-reverse-ring-adapter-nikon-mount-camera-p-6194.html)




Reverse ring


Aku tunjukkan contoh guna reverse ring(reverse lens) coleh juga just terbalikkan lens tu then korang pegang letak depan kamera.

http://1.bp.blogspot.com/-0RP8V3RchHg/TizdSQzYOsI/AAAAAAAABEY/MP10d3iYmQU/s320/04-2.jpg (http://1.bp.blogspot.com/-0RP8V3RchHg/TizdSQzYOsI/AAAAAAAABEY/MP10d3iYmQU/s1600/04-2.jpg)

http://2.bp.blogspot.com/-pUBMIGkJnZc/TizdVHP2ghI/AAAAAAAABEc/iwGCbJlb7Q4/s320/0.jpg (http://2.bp.blogspot.com/-pUBMIGkJnZc/TizdVHP2ghI/AAAAAAAABEc/iwGCbJlb7Q4/s1600/0.jpg)



http://2.bp.blogspot.com/-M_uSIwA_Ckc/TizdYR6vB4I/AAAAAAAABEg/kCYorpUGEUI/s320/lens.jpg (http://2.bp.blogspot.com/-M_uSIwA_Ckc/TizdYR6vB4I/AAAAAAAABEg/kCYorpUGEUI/s1600/lens.jpg)



sini part pali penting.





Kenapa tunjuk lens Nikon je? Canon camner? lens canon biasanya aperturenya sentiasa terbukak luas..tapi Nikon pulak sentiasa tertutup. Ada Pro dan Kontranya setiap lens nih..kalau sentiasa terbukak maknanya lens tu sentiasa pada aperture terluasnya..f3.5 contohnya



Untuk makro ada lah lebih baik kalau aperture tu kecil..f8 dan keatas supaya kesan DOF tak ketara sempitnya.(bila main macro DOF akan sempit...)


PERINGATAN: Aku tak bertanggungg jawab kalau lens korang calar,So berhati-hati bila gunakan teknik nih.


Cara Extention Tube.


E.t ni terbahagi kepada dua jenis.
1. yang mempunyai cpu contact (boleh auto)
2. tidak mempunyai cpu contact (kosong dan tak boleh auto fokus dan sebagainya)


Dari pengalaman aku, ET ni lebih sesuai digandingkan dengan 50mm f1.8 Nikon or lens jenis D yang lain. (BUKAN lens jenis G) Sebab lens tersebut mempunyai aperture ring,bagi yang ET kosong. Tapi kalau guna ET yang ada CPU contact korang takde masalah apa-apa. Nak guna lens apa pun boleh.



Aku tak galakkan untuk pengguna Nikon 18-55mm untuk gunakan ET Kosong, sebab aperture blade yang sentiasa tertutup, nanti korang tak nampak apa-apa sebab gelap. Berbeza dengan lens dari Canon yang aperture bladenya sentiasa terbuka.




Cara Raynox



Yang ni tak payah terangkan secara panjang lebar..mountkan depan lens terus pi shoot.

p.s: pada yang 'budget' sangat..apa kata korang cari kanta pembesar http://4.bp.blogspot.com/-LLFrt4Xf8X0/T1qqsBuQeHI/AAAAAAAABs8/1BhA1AzXYu4/s1600/images.jpg

dan attachkan depan lens. Selamat mencuba.:cool:


So itu saja untuk hari ni.

mr_poning90
12-08-12, 08:29 PM
thanks bos....lau ade lgi skill n ilmu yg bley d kongsi,mohon share k bos...:semi-twins:

xs0ulx
20-01-13, 02:53 PM
Sony ?
haha sony lens pun same macam nikon. sentiase tutup
tapi boleh setting cos ade aperture control lever gak
nice info bro :)

dlobrown
13-05-13, 10:27 AM
boleh gak pakai coupling ring untuk dapatkan super macro mcm nihttp://cdn.instructables.com/FWZ/QL54/GTGCR2CK/FWZQL54GTGCR2CK.LARGE.jpg

katarsis
17-06-13, 10:40 AM
kalau ada rezeki lebih boleh beli macro lens 90mm. :D