PDA

View Full Version : Beza Bunga Api Dunia vs Bunga Api Neraka



hardtokill
21-08-13, 06:24 PM
Perbezaan Bunga Api Dunia vs Bunga Api Neraka. Kisah Bunga Api dalam Al Quran. Beza antara Pertunjukan Bunga Api di Dunia dan Bunga Api di Dunia. Kisah Bunga Api dalam Al Quran. Dalam suasana Hari Raya yang masih terasa, terkenang HT satu masa, ketika menonton Pertunjukan Bunga Api. Hampir 5 tahun masa berlalu, teringin pula berada di bawah Percikan Bunga Api. Lalu, without wasting time, HT terus membuat carian penuh kemeriahan mengenai Acara dan Pertunjukan Bunga Api di Malaysia melalui Google Search Engine. Namun, semangat hebat percikan api-api di angkasa tiba-tiba padam. Setelah HT terjumpa dan membaca satu info mengenai Bunga Api dalam Al Quran.


http://1.bp.blogspot.com/-9K92E-a6q5c/UhNexLInArI/AAAAAAAACP4/3mqP9fwTQQI/s400/Beza+Bunga+Api+Dunia+vs+Bunga+Api+Neraka.png (http://1.bp.blogspot.com/-9K92E-a6q5c/UhNexLInArI/AAAAAAAACP4/3mqP9fwTQQI/s1600/Beza+Bunga+Api+Dunia+vs+Bunga+Api+Neraka.png)

Bunga Api dalam Al Quran

Bunga Api dalam Al Quran. Merujuk Surah Al-Mursalaat Ayat 30 (http://www.hootoh.my/2013/08/beza-bunga-api-dunia-vs-bunga-api-neraka.html#fn876hootohblog456) dan Ayat 32 (http://www.hootoh.my/2013/08/beza-bunga-api-dunia-vs-bunga-api-neraka.html#fn876hootohblog457). Kisah Bunga Api dalam Al Quran bukan mengenai Pertunjukan Bunga Api. Malah bukan juga seperti Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Ogos ini. Bunga Api yang dinyatakan dalam Al Quran ialah 3 cabang naungan. Naungan yang ini adalah tiga jenis asap Jahanam, iaitu Bunga Api yang berwarna Hijau, Hitam, dan Kuning yang percikan meninggi di saat Neraka dinyalakan iaitu dari Kanan, Kiri dan Atas. Ia merupakan azab yang mengepung orang-orang kafir dari segala penjuru.

Perbezaan Bunga Api di Dunia dengan Bunga Api Neraka

Berbeza dengan Pertunjukan Bunga Api di Dunia yang bertujuan memeriahkan sesuatu perayaan, majlis atau acara-acara besar. Selain itu Acara Bunga Api selalunya untuk meraikan sesuatu dan menghiburkan penonton atau orang ramai. Kemeriahan amat terasa disaat manusia-manusia mendongak kelangit sambil bersorak gembira dan bertepuk tangan. Tidak seperti Bunga Api di Neraka yang berwarna Hijau, Hitam, dan Kuning. Percikannya merupakan azab yang mengepung orang-orang kafir dari segala penjuru. Ketika itu tiada lagi kedengaran sorakan dan bunyi bertepuk tangan.

Surah Al-Mursalaat Ayat 30 [1] (http://www.hootoh.my/2013/08/beza-bunga-api-dunia-vs-bunga-api-neraka.html#fn876hootohblog456n)
Pergilah kamu mendapatkan naungan yang mempunyai tiga cabang
Menurut huraian ahli tafsir, yang dimaksud dengan "naungan" di sini bukanlah naungan untuk berteduh akan tetapi asap api neraka yang mempunyai tiga gejolak, yaitu di kanan, di kiri dan di atas. Ini berarti bahwa azab itu mengepung orang-orang kafir dari segala penjuru. Menurut Mujahid, naungan yang dimaksud pada ayat ini adalah tiga macam asap Jahanam, yakni bunga api yang berwarna hijau, hitam, dan kuning yang meninggi saat neraka dinyalakan.

Surah Al-Mursalaat Ayat 32 [2] (http://www.hootoh.my/2013/08/beza-bunga-api-dunia-vs-bunga-api-neraka.html#fn876hootohblog457n)
Sesungguhnya neraka itu melontarkan bunga api sebesar dan setinggi istana
Menurut huraian ahli tafsir, mereka menganggap bahawa bunga api itu dilontarkan oleh neraka seperti bahagian pangkal pohon yang meninggi dan memanjang. Bunga api neraka itu setinggi istana diumpamakan pangkal pohon yang besar puncak pohon dan gunung.

والله أعلمُ بالـصـواب Wallahu’alam bissawab! and Allah knows the right!
Segala ilmu dan informasi (http://www.hootoh.my/search/label/Informasi/) mengenai hukum-hukum Agama di internet dan bahan bacaan sekadar perkongsian ilmiah. Sebelum menerima dan mengamalkannya, diharap mendapat pencerahan secara terus dari ustaz dan ilmuan Islam terlebih dahulu. In Sya Allah

Beza Bunga Api Dunia vs Bunga Api Neraka (http://www.hootoh.my/2013/08/beza-bunga-api-dunia-vs-bunga-api-neraka.html). Merujuk Artikel asal Air, Udara, Asap, Bunga Api dan Bara Neraka Jahanam oleh Road to Hell (http://roadtohell.mywapblog.com/air-udara-asap-bunga-api-dan-bara-neraka.xhtml). Beza Bunga Api Dunia vs Bunga Api Neraka, Kisah Bunga Api dalam Al Quran, Acara dan Pertunjukan Bunga Api di Malaysia, acara Bunga Api, pertandingan Bunga Api, pertunjukan bunga api Malaysia, gambar bunga api, pertandingan bunga api. ✎ by http://2.bp.blogspot.com/-iCTZ5rIiwrU/UJU9K5OeQHI/AAAAAAAACWk/mdxN3dVEins/s1600/lazybg.png ᴴᴼᴼᵀᴼᴴ ᴮᴸᴼᴳ ᵀᵁᴰᴵᴬ ™ (http://www.hootoh.my/)