PDA

View Full Version : ~Pelakon Veteran S Shamsuddin Meninggal Dunia~



lolly lilly
05-06-13, 11:17 AM
http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/image3.jpg


Pelakon komedi terkenal era 1950-an, seniman S Shamsuddin, 84, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.56 pagi tadi akibat sakit tua dan jangkitan paru-paru berair.

Mengikut laporan Bernama, perkara ini disahkan oleh anaknya sendiri, Noredah Shamsuddin kepada organisasi berita itu.
Allahyarham meninggal dunia pagi tadi di Hospital Alexendra dan telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura.



http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/06/AWANI.png


Nama Allahyarham sememangnya tidak asing dengan filem arahan Tan Sri P. Ramlee seperti Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok bergandingan bersama seorang lagi artis veteran terkenal iaitu Datuk Aziz Sattar.

Pemergian Allahyarham pastinya merupakan satu kehilangan yang besar pada dunia seni tanah air dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

Takziah diucapkan buat semua ahli keluarga pelakon komedi ini. Al-Fatihah.


Sumber - myNewshub




*Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, arwah seorang seniman yg akan sentiasa diingati~
Semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba2 Nya yang beriman~ Aamiin~ :sobsob:

uzumaki kushina
06-06-13, 09:05 AM
baru hari isnin malam tu tengok citer bujang lapok kat tv2....tiba2 dgr berita esoknya dah meninggal...Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

mohamad daneil mat qenyeh
06-06-13, 09:10 AM
inna lillah..

kyrule79
09-06-13, 03:01 PM
inna lillah . rezeki ajar maut ditgan tuhan.