PDA

View Full Version : Tuna Salad Pasta & Spicy Shrimp Spaghetti



hudd89
04-04-13, 11:52 AM
Kenal Gordon Ramsay? Seorang chef yang mempunyai passion yang tinggi terhadap makanan. Seperti kita juga, inginkan yang terbaik dalam pemakanan kita. Kini kita mampu membuat masakan Ittali dengan lebih sihat bersama produk 100% ORGANIK dari Alce Nero!




Just a simple Tuna Pasta Salad...

http://www.alcenero.com.sg/images/recipes/penne.jpg

TUNA PASTA SALAD/ (Salad Pasta Tuna)
HIDANGAN UNTUK 3 ORANG

BAHAN-BAHANNYA:
250g Alce Nero Penne Rigate (Penne Rigate Alce Nero)
280g Ayam BrandTM Tuna Light Flakes (Kepingan Tuna Ayam BrandTM) dalam minyak (1 tin)
100g Ayam BrandTM Whole Kernel Corn (Jagung Ayam BrandTM )
50g lobak, dipotong memanjang
100g timun, dipotong dadu
50g kobis merah dicincang
80g bawang merah, dihiris nipis
5g daun pudina

Sos Salad:
90ml Alce Nero Extra Virgin Olive Oil ( Minyak Zaitun Extra Virgin Alce Nero)
30ml Vinegar (cuka putih)
1 ulas bawang putih, dicincang
garam, lada, dan serbuk bawang putih

CARA-CARANYA:
Sos Salad:


Gaul minyak, cuka, dan bawang putih dengan sebati dan tambah garam dan lada secukup rasa.


Pasta


Sediakan kuali besar yang diisi dengan air garam, didihkan di atas api yang sederhana. Masukkan pasta dan rebus selama 10-12 minit
Toskan dan pindah ke dalam mangkuk dan gaul sebaiknya bersama sos salad.
Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk salad. Tambahkan sedikit garam atau lada jika perlu.
Masukkan campuran pasta ke dalam mangkuk hidangan yang besar, hiaskan dan hidang.



Peringatan: air garam jangan terlalu masin, nanti pasta anda menjadi semasin air laut..hehe..




Seterusnya mari kita mencuba Spicy Shrimp Spaghetti. Bagi yang meminati masakan pedas, this is RECOMMENDED okay!


http://www.oliviersandco.com/media/wysiwyg/spicy-basil-shrimp-pasta.jpg

SPICY SHRIMP SPAGHETTI / (SPAGHETTI UDANG PEDAS)
HIDANGAN UNTUK 3 ORANG

BAHAN-BANHANYA:
300g Alce Nero Spaghetti
4 sudu besar Alce Nero Extra Virgin Olive Oil (Minyak Zaitun Extra Virgin Alce Nero)
2 sudu besar bawang putih, dicincang
2 sudu besar bawang merah, dicincang
200g udang yang dimasak
2 biji cili padi, dihiris
1 biji cili merah (besar), dihiris
1 sudu besar daun selasih, dipotong jalur
50 ml stok ayam (atau air)
Garam, lada, Serbuk Cajun

CARA-CARANYA:


Masukkan spaghetti kedalam periuk berisi air bersama minyak dan garam.
Rebuskan spaghetti sehingga mendidih pada api yang tinggi, kemudian perlahankan api dan reneh selama 10-12 minit. Setelah masak, ketepikan dan toskan.
Panaskan minyak di dalam periuk pada api sederhana sehingga panas.
Masukkan bawang putih yang dicincang, goreng dan kacau sehingga perang keemasan.
Masukkan potongan cili padi dan udang, tumis sehingga separuh masak.
Masukkan stok/air, gaul spaghetti dan kacau dengan sekata.
Tambah garam dan lada hitam secukup rasa




Ok para pembaca sekalian.. 2 resepi, kurang dari 20 minit, kenyang seharian.. terliur? JOM MASAK!!

lolly lilly
08-04-13, 10:54 AM
sedapnya~~
da lma x wat spaghetti~ :(

shuffle_017
08-04-13, 02:02 PM
Pergh,....,macam prawn olio kat pizza hut ler :D

Docrown
05-04-18, 04:35 PM
apakah harus Alce Nero Penne Rigate (Penne Rigate Alce Nero) sebagai patokan ? soalnya mungkin susah di cari kalo produk produk tertentu, pingin buat makanan yang mewah soalnya sayang kalo kitchen equipment udah lengkap plus bagus tapi gk kepakai untuk membuat makanan yang enak
:alone:

HartonoKev
25-07-18, 03:15 PM
Jangan pernah pakai tuna kalengan, baunya kuat
Selalu gunakan daging tuna yang masih fresh