PDA

View Full Version : Jejaka Malaya Terakhir....



ridzma
15-03-13, 10:38 AM
Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang
selalu menghabiskan masanya di
perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat
suka membaca novel & buku cerita

sehingga suatu hari dia telah terjumpa
sebuah novel yang ada tertulis nama
& alamat seorang gadis di salah satu muka
suratnya. Tertulis disitu
"Catrina...kesepian & perlukan sahabat".
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat
kepada si gadis. Setelah pulang
ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk
memberitahu niat ingin berkawan
dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si
jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari bertukar minggu dan minggu bertukar
bulan. Persahabatan mula bertukar
kepada perasaan sayang. Namun begitu
masing-masing masih belum bertemu. Si
jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan
begitu juga dengan si gadis.Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh
bala tentera untuk pergi ke
medan perang. Si jejaka amat susah hati
kerana dia takut sekiranya dia
tidak akan mungkin bertemu dengan si
gadis. Maka diutuskannya surat
berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh
kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa
sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan
mengenali kamu sekiranya kamu juga
memegang bunga mawar merah. Setelah itu
izikanlah aku membawa mu makan
malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang
setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si
jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang
bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi
seorang gadis yanglalu sekiranya dia turut memegang bunga.

Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis
yang agak berisi dan dudukdi kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya
cacat sebelah... sebelah lagi tangannya
memegang sekuntum bunga mawar
berwarna merah... Si jejaka agak terkejut
tetapi dia memberanikan dirimenghampiri si gadis.

"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka
dan tersenyum. Si jejakaterus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amatmerinduimu. Terimalah bunga ini dan
pelawaan ku untuk makan malam. Orang
tuaku tidak sabar untuk bertemu
denganmu.." sambil kemudian mencium
tangannya. Si gadis itu
terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang
terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentartadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu
mempelawaku makan malam dan
bertemu orang tuamu....."

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati
jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang
walaupun pada mulanya dia menjangkakan
gadis cacat itu adalah Catrina...
Sesungguhnya semua manusia harus
berfikir seperti dia...
Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia
ini????
Menerima
seadanya...dgn hati yg tulus dan ikhlas.........
fikir2kanlah..............

ridzma
15-03-13, 10:41 AM
kalau ada lah lelaki macam ni kat dunia ni... aku respect tul lah dia... :love_heart::love_heart::kiss:

eijan
15-03-13, 11:00 AM
kalau ada lah lelaki macam ni kat dunia ni... aku respect tul lah dia... :love_heart::love_heart::kiss:

adaa.. satu dalam sejuta... ngeh3.. :p

ridzma
15-03-13, 11:09 AM
adaa.. satu dalam sejuta... ngeh3.. :p

ye ke? entah lam sejuta tu pun tak de... :upset::playful:

supernova
15-03-13, 08:30 PM
Betul. Susah nk jumpa lelaki camni. Mungkin ada, tapi sangat susah nk jmpa seseorang yg ikhlas mcm ni. Respek! :peace: :rolleyes:

shuffle_017
16-03-13, 12:21 AM
kayalan semua tu :guling:

fideldesu
16-03-13, 02:11 AM
ade byk la jejaka camtu..

mariyam
16-03-13, 09:03 AM
saya tidaklah cacat... tapi tuhan telah menemukan saya dengan seorang lelaki yang dengan ikhlas menerima segala kekurangan saya... tapi tuhan dah ambil dia balik selepas 15 tahun kami hidup bersama... jangan fikir yang lelaki sebegini dah tak wujud... itu namanya menutup mata dan hati terhadap rahmat tuhan....