PDA

View Full Version : Malu??



Koxy
11-03-13, 01:33 PM
Malu??
Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu menjaga
kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu menilai
batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita gagal
diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu terdedahlah
auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si wanita
gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu si wanita
lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan
oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan
si wanita agar bersama-sama jaga maruah
diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri
dan si wanita tentang batas-batas sosial
pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan
mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si
wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan
dengan kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si lelaki
MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa
tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU itu si
lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU
ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.
Wahai si wanita dan si lelaki janganlah
menzalimi diri dengan meletakkan MALU
itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana
ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana
meninggalkan sunahnya
MALUlah kamu kerana
lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana
tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana
melawan kata IBUBAPA
MALUlah kamu atas
DOSA-DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan
menyelamatkan kita dari fahsyar wal
mungkar!!!

P.s:
"Innasolatatanha anil fahsyaar iwal
munkar" Maksudnya: Sesungguhnya solat
itu dapat mencegah kita dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar.
Wallahua'alam bissawab

Peringatan utk diri saya sendiri juga... :)

lolly lilly
11-03-13, 02:01 PM
Dari Salim bin Abdullah r.a dari ayahnya, katanya:¯
Nabi s.a.w lalu di hadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu pemalu.
Maka sabda rasulullah s.a.w kepadanya:¯Biarkanlah dia! Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.¯
(Hadis Riwayat al-Bukhari)


Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.
(Shahih Muslim No.50)

Koxy
11-03-13, 02:35 PM
lawa signy gambar moto..kamen rider pnya moto nh.. :lol:

shuffle_017
11-03-13, 02:45 PM
macam pernah ku lihat di fb motor lolly :lol:
*offtopic~ :lol:

Koxy
11-03-13, 02:46 PM
macam pernah ku lihat di fb motor lolly :lol:
*offtopic~ :lol:

Tuan Tanah offtopic xpa.. :lol:
jgn ban saya pelis.. :)

shuffle_017
11-03-13, 02:53 PM
Tuan Tanah offtopic xpa.. :lol:
jgn ban saya pelis.. :)
jangan ban sy~:lol: