View Full Version : Valentine Day??Macam Mana nak dakwah org yg sambut
shuffle_017
15-02-13, 12:46 PM
http://i.imgur.com/mJltobn.png
http://i.imgur.com/2qUXNLL.png
http://i.imgur.com/LXRYhkk.png
p/s:aku bukan hafal ayat tu..tpi maksud dia aku paham....
*haish..aku pon x tau dah nak kata apa...dia nak juga...ada sesiapa ada idea nak dakwah kat dia x...x larat nak nasihat dah...kawan aku gak..nak maki x snggup..nak tegur elok2 pon x tau nak kata apa.. :(
k a y a m
15-02-13, 12:51 PM
sambut hari raya dah la :lol:
tanya je dia, maal hijrah dia sambut tak? :lol:adakah alasan beliau maal hijrah xde gak dlm al-quran? :lol:
terang2 dah 'sambutan' hari kekasih langsung xde ciri islam, dan terang2 membawa ke arah kemaksiatan.
kawan ko ke shuffle? org cm ni mmg byk.. dgn kita dia pndai cakap, sbb kita ni xbrpa pndai dalam bab Quran & hadith + pendapat ulama & sbgnya.. org cmni, tarik je pi kat Ustaz-2 yg bole nasihatkan dia.. xpun, cari video ustaz-2 yg bincang bab haram hari valentine ni & TAG dia.. Dia kalu jumpa dgn org yg ahli/org agama, baru dia diamm .. slow-2..
shuffle_017
15-02-13, 03:38 PM
sambut hari raya dah la :lol:
nonsense.... :lol:
tanya je dia, maal hijrah dia sambut tak? :lol:adakah alasan beliau maal hijrah xde gak dlm al-quran? :lol:
terang2 dah 'sambutan' hari kekasih langsung xde ciri islam, dan terang2 membawa ke arah kemaksiatan.
good point atoq :D
shuffle_017
15-02-13, 03:39 PM
kawan ko ke shuffle? org cm ni mmg byk.. dgn kita dia pndai cakap, sbb kita ni xbrpa pndai dalam bab Quran & hadith + pendapat ulama & sbgnya.. org cmni, tarik je pi kat Ustaz-2 yg bole nasihatkan dia.. xpun, cari video ustaz-2 yg bincang bab haram hari valentine ni & TAG dia.. Dia kalu jumpa dgn org yg ahli/org agama, baru dia diamm .. slow-2..
betul!
er,ada x video2 UAI yg ceramah pasal valentine ni
betul!
er,ada x video2 UAI yg ceramah pasal valentine ni
ado kot.. cube gugel la & Tgk kt youtiub.. aku xbole bukak youtiub, kt opis..:lol:
cuba tgk link nih..
www.youtube.com/watch?v=YJkIA92BX_I
shuffle_017
15-02-13, 03:51 PM
thanks xoxy..nanti aku try post kat dia :lol:
Ada sikit info + video kt site nih (http://melayukini.net/2012/02/ustaz-azhar-idrus-sambut-hari-valentine/)..
shuffle_017
15-02-13, 03:58 PM
terbaik koxy (Y) :D
Eddyz-Kenpachi
15-02-13, 04:23 PM
shuffle_017http://www.syok.org/new/images/icons/crown.png (http://www.syok.org/new/member.php?241732-shuffle_017)...Eddyz rasa bukan mudah nk berdakwah dengan orang mcm nih..
Lagipun kalo kita nkk berdakwah, byk dugaan kita kena hadapi, salah satu nyer seperti situasi mcm nih..
1st thing, kita kena byk bersabar dlm berdakwah..Tuh tunggak kejayaan..
Okay..Pada pendapat eddyz lar kan, hati dia nih dah keras sehingga dia mempersoalkan pendapat2 para2 ilmuan Islam..
Oleh kerna dia sukar menerima kata2 ustaz atau ulama atau yg lebih berpengetahuan dlm ilmu agama, cuba shuffle_017http://www.syok.org/new/images/icons/crown.png (http://www.syok.org/new/member.php?241732-shuffle_017) beri keterangan hadis sahih dan dalil2 Allah SWT spt dibawah :
"Tiga jenis manusia yang dibenci oleh Allah (antara mereka) ialah penganut Islam yang masih memilih (meniru) perbuatan jahiliyah".
(Hadis Riwayat Bukhari)
Dalam sebuah hadis riwayat Ibn Umar, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:
"Sesiapa yang meniru (menyerupai) seperti mereka (orang-orang bukan Islam) sehingga ia mati, maka ia telah termasuk dalam golongan mereka (sehingga ke akhirat)".
Dengan melihat dan memahami asal-usul serta fakta pelaksanaan Valentine’s Day, sebenarnya perayaan ini tidak ada sangkut pautnya sedikitpun dengan corak hidup seorang Muslim.
Jika kita fahami nas-nas syara’ dengan lebih mendalam, akan kita dapati aturan yang tegas terhadap masalah ini, antara lain :-
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban"
(Surah Al Isra’ : 36)
Disini sangat jelas Valentine day adalah budaya orang kafir, yang nyata-nyata kita dilarang untuk mengambilnya, dalam hal ini kita dilarang menyerupai budaya yang lahir dari peradaban kaum kafir, yang jelas-jelas bertentangan dengan akidah Islam.
Maka itu wahai saudaraku-saudaraku renungkanlah, Allah swt berfirman dalam surah al Baqarah ayat 120 yang bermaksud :
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
Apabila mereka cuba menolak kebenaran ke arah kebaikkan berdasarkan Al-Quran dan hadis, sampaikanlah ayat ini :
"Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buat untuk manusia; dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu."
Al-'Ankabuut [29] : ayat 43
"Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
Faathir [35] : ayat 28
Terdapat peringatan bagi siapa saja yang menyelisihi perintah Allah dan Rasul-Nya Sallallaahu ‘Alaihi Wa sallam. Allah ta’ala berfirman :
“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih”.
[QS. An-Nuur : 63]
Ingatlah wahai sahabat-sahabat Islam ku, Janganlah kita berputus asa dalam menyampaikan sesuatu kebaikkan walaupun kamu dicela dan dicerca.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda, Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya:
"Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyediakan tempatnya dalam neraka."
(Bukhari dan Tirmizi)
JAKIM mengeluarkan fatwa bahawa sambutan Valentine Day adalah HARAM : Rujuk Sini (http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day)
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata:
“Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”
Video ceramah: Penerangan dari Ustaz Azhar Idrus
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=YJkIA92BX_I
shuffle_017
15-02-13, 04:36 PM
thanks eddy :D
penjelasan yg padu..x mungkin ku bisa hafal semuanya :lol:
tpi akan ku cuba smpaikan cebisan ilmu yg ku ada dri sini :D
Eddyz-Kenpachi
15-02-13, 04:51 PM
thanks eddy :D
penjelasan yg padu..x mungkin ku bisa hafal semuanya :lol:
tpi akan ku cuba smpaikan cebisan ilmu yg ku ada dri sini :D
Ur Welcome shuffle :D
Kita sama-sama belajar dan cari ilmu..
Kita nih tidak sempurna spt Nabi Muhammad SAW..Tapi sama-sama kita usaha ke arah yg lebih baik..
** Eddyz pun bukannyer hafal semua, rujuk dari sumber yg sahih dan share kat sini..Sambil share ilmu kat orang secara xlangsung kita pun dpt pelajari sesuatu... :o
Kalo xder orang soal, xder kita mencari ilmu tersebut, tul x? :lol:
shuffle_017
15-02-13, 05:11 PM
Ur Welcome shuffle :D
Kita sama-sama belajar dan cari ilmu..
Kita nih tidak sempurna spt Nabi Muhammad SAW..Tapi sama-sama kita usaha ke arah yg lebih baik..
** Eddyz pun bukannyer hafal semua, rujuk dari sumber yg sahih dan share kat sini..Sambil share ilmu kat orang secara xlangsung kita pun dpt pelajari sesuatu... :o
Kalo xder orang soal, xder kita mencari ilmu tersebut, tul x? :lol:
betul...:o
kita share apa yg kita jumpa leh tmbah pengetahuan kita juga...moga2 pahal juga bertambah..amin:o
Powered by vBulletin® Version 4.2.0 Copyright © 2026 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.