PDA

View Full Version : [Sajak] Wabak



atoq
13-01-13, 07:25 AM
dari daerah di mana aku berasal
suasana penuh resah dan getir
kerana satu wabak telah merebak
sehingga hilang akal kewarasan
damai dan tenang tidak lagi wujud
manusia di dalamnya hilang manusia
hanya diri sendiri yang terutama
hitam hatinya tiada sejalur cahaya
- segera daerah lain dikhabar-khabar
harapannya wabak ini tidak menular


tergesa kulalui lorong gelap ini
semakin jauh berjalan semakin sunyi
hanya kedengaran lelahan nafasku
- ingin aku tujui daerah yang sana
agar terselamat dari wabak ngeri


suasana yang sunyi tidak lama
mula terdengar dua tiga suara
seketika berlalu jadi beribu jumlahnya
tanpa disedari tubuhku dirempuh
terjatuh dipijak dihenyak disepak
dalam kesakitan aku tertanya-tanya
kenapa manusia semua menuju daerahku
wabak daerah mereka lebih dahsyat, agaknya




hari 13, 2013
kok lanas, kelantan :lol: