PDA

View Full Version : [Sajak] Letusan Terakhir Bintang



atoq
31-12-12, 03:29 PM
http://s7.postimage.org/t2nnsmqe3/080603_iod_supernova_02.jpg


hadir kau berapa detik cuma
di gelap langit kau bercahaya
kami di sini diam bertanya
sehebat mana kau bersuara
akan pekakkah segala telinga


kau muncul amat singkat
keajaibanmu mata terpikat
kagum buat hati terikat
tapi di sana terasa kiamat
kerana engkau tanda penamat


berserakan kau serata arah
terbebas bersama segala zarah
sehingga sampai suatu daerah
semua berkumpul semua bertambah
tercipta panas tercipta cerah
dengan izin Yang Maha Pemurah


hari 366, 2012
kok lanas, kelantan
:lol:

lolly lilly
31-12-12, 03:34 PM
perghhhh~~
ni sajak khas buat kak nOva nih~~ :lol:


Dalam gelap tanpa cahaya
Atoq hadir menyuluh sinarnya
membawa harapan hati yang lara
pada kak nOva gadis pujangga
Andai ada jodoh bersama
tentu atoq meminang saja,
apakan daya tak taw alamatnya~ :guling:

15:45:05
South Korea

fideldesu
01-01-13, 12:25 AM
aku bingung ~

MKay123
01-01-13, 12:26 AM
Apaan ni mesra2 kat sini.. Rimas la... :smilet-digitalpoint

lolly lilly
01-01-13, 12:55 AM
Apaan ni mesra2 kat sini.. Rimas la... :smilet-digitalpoint
Sabar MKay, jgn jeles~ apakan daya, atoq pencabar nya~berundur saja le~ :lol:

atoq
01-01-13, 12:59 AM
harap maaf. tiada kaitan. ini adalah utk fenomena alam semulajadi.

MKay123
01-01-13, 06:13 AM
akibatnya atoq telah menukar nama kepada "Letusan Terakhir Bintang" :guling: