PDA

View Full Version : Kebaikan Sardin Dalam Sos Teriyaki



Muscintosh
20-12-12, 12:57 PM
Adakah anda sudah bosan dengan makanan harian kegemaran seperti sambal, kari dan makanan bergoreng?

Kini tibalah masanya untuk menjadikan Ninja masakan dengan Ayam Brand™ Sardin dalam Sos Teriyaki yang menggabungkan kemudahan dan rasa eksotik di dalam satu tin.

Ikutilah cara Samurai, dengan menghidangkan nasi panas bersama-sama dengan sardin premium yang dimasak dengan sos teriyaki. Anda boleh menikmati hidangan Jepun yang unik, lazat dan penuh berkhasiat ini dalam masa beberapa minit sahaja.

Ketahuilah bahawa rakyat Jepun mempunyai jangka hayat terpanjang jika dibandingkan dengan rakyat negara lain. Rahsia mereka adalah cara pemakanan yang sihat yang kaya dengan ikan seperti sardin, produk kacang soya seperti sos teriyaki dan juga sayur-sayuran segar yang disediakan dengan cara yang mudah.

Perkataan teriyaki berasal daripada perkataan teri (gula bersinar) dan yaki (memanggang atau mendidih). Mereka yang menjaga berat badan boleh menikmati hidangan ini tanpa berasa bersalah kerana sos teriyaki adalah sos rendah kalori iaitu hanya 16 kalori[1] bagi satu sudu besar. Sos teriyaki kaya dengan zat besi, magnesium dan fosforus[2] sekaligus membekalkan zat-zat galian dan unsur-unsur surih yang diperlukan untuk diet yang seimbang.

Kanak-kanak dan orang dewasa pasti menggemari kombinasi rasa sos Teriyaki dengan sardin stim yang manis dan menyelerakan kerana ia tidak terlalu pedas.

Ayam Brand™ Sardin dalam Sos Teriyaki bebas dari bahan pengawet, dengan tiada tambahan MSG.


Kebaikan Nutrisi

Ayam Brand™ Sardin dalam Sos Teriyaki adalah sumber protein, omega 3, kalsium, zat mineral, unsur-unsur surih dan sumber tenaga terbaik bagi mereka yang aktif dan mempunyai gaya hidup sibuk tetapi mementingkan pemakanan yang baik dan rasa yang hebat.

Ikan sardin merupakan sumber asli yang kaya dengan omega 3. Ayam Brand menggunakan sardin pilihan dari lautan sejuk yang mana badannya banyak menyimpan kandungan omega 3 untuk menahan daripada cuaca sejuk yang ekstrim. Dengan hanya 100g sardin anda memperolehi lebih daripada 2000mg omega 3 yang mencukupi keperluan pemakanan mingguan yang disyorkan.

Ikan sardin juga adalah antara sumber kalsium terbaik dan mengandungi dua kali ganda kandungan kalsium bagi segelas susu. Ia membekalkan unsur-unsur nutrien penting lain seperti zat besi, magnesium, zink, fosforus, tembaga, manganese, lycopene dan Vitamin B. Bagi kaum wanita yang prihatin dengan keperluan kalsium mereka serta kesihatan tulang seharusnya mempertimbangkan ikan sardin sebagai sebahagian daripada diet harian mereka.


Cadangan Hidangan

Ayam Brand™ Sardin dalam Sos Teriyaki boleh dimakan terus dari tin tanpa perlu memasak atau menapiskan terlebih dahulu. Cuba hidangkannya di atas nasi panas bersama-sama dengan sayuran segar ala bento Jepun; dengan roti, bersama-sama pasta atau dengan salad. Pelbagai cara hidangan boleh dinikmati kerana rasanya akan sentiasa lazat.

http://img17.imageshack.us/img17/4625/ab002.jpg

the_magician
20-12-12, 08:20 PM
sedap pulak aku tengok sadin nih. lapaq aih..

fideldesu
20-12-12, 08:30 PM
Sos teriyaki tu kicap kn ?

lolly lilly
20-12-12, 08:54 PM
ni sbenarnya nk promote ayam brand kn? :lol:

MKay123
21-12-12, 01:28 AM
Ikan sardin mmg berkhasiat tinggi. Amalkan gaya hidup dan pemakanan cara Rasulullah saw.

along833
21-12-12, 01:07 PM
along kadang2 suka gak makan ikan sardin ni.. sbb jarang makan..