Log in

View Full Version : Pilih Jawapan Yang Betul



akula_hahaha
11-12-12, 12:15 AM
A. Memangla Allah bagi rezeki, tapi kena usaha jugak. B. Memangla kena usaha tapi Allah yang bagi rezeki. Yang mana betul, ce bagi pendapat skit sebab apa pilih jawapan tu..
http://4.bp.blogspot.com/-VB83YbdtssY/UMYHGWRYioI/AAAAAAAAAIY/WYSsnnip-XQ/s1600/hmttr+728x90.jpg (http://aformulatutor.blogspot.com/)

trauterz
11-12-12, 11:19 AM
aku rsa jwpn A lg baik sbb dr segi psikologi bila kta ckap mcm 2 org akn usaha lg. tp bila jwpn B org akan kurang usaha sbb ayt 2 mcm nk mengharapkan rezeki 100% dr Allah. mmg rezeki Allah bg tp rezeki bergantung atas usaha kita. Contoh aku bg kerja A: kerja 1jam dapat RM5 dengan kerja B: sebulan fix dapat RM 150. Yg mna stu org akan usaha lbih? mst la A kn sbb klu dia xkeja dia xdpt jam kerja = xdpt la duit gaji. apa2 pn ni cma pendapat aku ja. ^^

matromeo2
11-12-12, 08:10 PM
pilih a atau b, A-makan nak hidup atau B-hidup nak makan dan berikan sebab kenapa pilih jwp tu

akula_hahaha
16-12-12, 10:33 AM
Ada yang mempercayai rezeki itu dari tuhan. namun melihat dengan caranya berusaha, Tuhan dijadikan nombor dua pula. maksudnya, apabila bertembung dengan situasi dia perlu membuat pilihan, keputusannnya ialah meletakkan Tuhan nombor dua. Contohnya, apabila dia sedang asyik dengan membuat sesuatu perkara, sedang waktu solat pun tiba, maka, solat dikemudiankan, malah dikerjakan di hujung-hujung waktu. inilah golongan yang selesa mengucapkan ayat yang pertama itu. padanya, usaha adalah nombor satu. Perintah Tuhan jatuh nombor dua. "benarlah rezeki itu dari Tuhan, tetapi kita kena berusaha", katanya. Dalam satu riwayat dinyatakan seorang sahabat sedang bekerja. beliau menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu-bata. waktu azan dialaungkan, hanya tinggal satu sahaja bata yang perlu diletakkan untuk menyempurnakan kerjanya. namun, Sahabat tersebut serta-merta meninggalkan kerjanya dan terus ke tempat solat. Apabila beliau ditanya, mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, walhal hanya tinggal seketul bata sahaja lagi. Beliau menjawab, bahawa jika beliau meneruskan kerjanya, sebenarnya beliau membersarkan batu-bata daripada Allah. Padanya, apabila azan dilaungkan, semuanya adalah kecil kecuali Allah. Nah, beginilah dahsyatnya iman para sahabat. Maka, tidak hairanlah rezeki mereka melimpah ruah kerana mereka berpendapat, "benarlah kita kena berusaha, tetapi rezeki itu daripada Tuhan." -petikan buku Mudahnya Menjemput Rezeki (Fathuri Salehuddin)
http://4.bp.blogspot.com/-VB83YbdtssY/UMYHGWRYioI/AAAAAAAAAIY/WYSsnnip-XQ/s1600/hmttr+728x90.jpg (http://aformulatutor.blogspot.com/)