PDA

View Full Version : Senaman Jantung (Kardiovaskular)



razzmatazz5637
03-12-12, 12:18 PM
Secara umum, kita hanya tahu senaman kardiovaskular adalah joging. Tetapi berbasikal, berenang dan menari juga senaman kardiovaskular yang sesuai. Terutamanya kepada yang mempunyai masalah lutut, berbasikal dan berenang sangat sesuai.

Didalam melakukan senaman kardiovaskular, pecahan didalam 1 sesi senaman adalah seperti berikut:

2min - 7 min : Pemanasan badan/Warm up - Untuk meningkatkan suhu badan, meningkat aliran darah keseluruh badan

30min : Latihan senaman utama. Melakukan aktiviti secara berterusan selama 30minit. Kajian telah membuktikan bahawa masa yang optimum adalah 30min untuk senaman kardiovaskular. Jika lebih, faedah adalah sama.

5min - 10min : Regangan/Senaman kelenturan dan Cooling down

Ketika sesi senaman utama, terdapat 2 teknik yang selalu digunakan iaitu :

1. Continuous - Berjoging tanpa henti didalam kelajuan yang sama selama 30 minit
2. Interval - Selang seli. 5minit joging/1 berjalan. Sehingga cukup 30 minit

Kedua-dua teknik berkenaan mempunyai faedah yang sama. Jadi terpulang kepada anda untuk melakukan yang mana yang anda selesa.

Selamat bersenam :bodek:

ryuhafis
03-12-12, 03:47 PM
lau senaman ngn istri ok x utnuk jantung hahaha

razzmatazz5637
03-12-12, 06:28 PM
Senaman dengan isteri bagus jgk. Kajian menunjukkan, mana-mana pasangan yang melakukan hubungan 2x atau lebih seminggu mengurangkan risiko serangan jantung daripada pasangan yang hanya melakukan kurang dari 1x sebulan.

Seks juga bagus untuk :

1. Meningkatkan sistem imun
2. Mengurangkan risiko darah tinggi
3. Membakar lemak

Kerana seks mengurangkan stress, stress boleh merangsang pelbagai jenis penyakit.

Selamat mencuba :afro:

fideldesu
03-12-12, 09:09 PM
Senaman dengan isteri bagus jgk. Kajian menunjukkan, mana-mana pasangan yang melakukan hubungan 2x atau lebih seminggu mengurangkan risiko serangan jantung daripada pasangan yang hanya melakukan kurang dari 1x sebulan.

Seks juga bagus untuk :

1. Meningkatkan sistem imun
2. Mengurangkan risiko darah tinggi
3. Membakar lemak

Kerana seks mengurangkan stress, stress boleh merangsang pelbagai jenis penyakit.

Selamat mencuba :afro:
setuju ngan yg ni :lol:

MKay123
04-12-12, 07:37 AM
Hehe Nice Info.

lolly lilly
04-12-12, 12:13 PM
kalau main hoki n wrestling tu dikira bersenam x? hee~ :lol:

*thanks utk info ni~ :o

razzmatazz5637
04-12-12, 02:29 PM
hoki - aerobic dan anaerobic exercise (hoki seperti interval training, lari dan jalan)
wrestling - mostly anaerobic sebab menggunakan kekuatan anggota badan