PDA

View Full Version : Doktor hanya caj pesakit AS$5 di AS



balqis10
15-11-12, 08:10 PM
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2012/1115/Kosmo/Dunia/du_03.1.jpg
DOHNER (kanan) berbual dengan seorang pesakit di kliniknya di Rushville


RUSHVILLE, Illinois - Seorang doktor perubatan mengenakan bayaran sebanyak AS$5 (RM15.20) untuk setiap pesakit yang mahu memeriksa kesihatan mereka di kliniknya di sini.


Dr. Russell Dohner yang berusia 87 tahun itu sebelum ini mengenakan bayaran hanya AS$2 (RM6.12) di kliniknya pada tahun 1955.


"Saya hanya mahu menjadi seorang doktor yang membantu orang ramai yang menghadapi masalah kesihatan," katanya.


"Saya tidak pernah berhasrat untuk memperoleh banyak wang," tambahnya.


Setiausaha doktor itu, Edith Moore mengutip bayaran pendaftaran itu.


Dohner memberitahunya supaya tidak mengambil bayaran tersebut terhadap beberapa pesakit.


Bagaimanapun, beberapa pesakit membuat bantahan kerana doktor tersebut enggan menerima sebarang bayaran.


"Saya akan membayar anda AS$20 (RM61.25) pada masa depan," kata salah seorang pesakit. - Agensi






sumber:http://infoisusemasa.blogspot.com/2012/11/doktor-hanya-caj-pesakit-as5-di-as.html

mysinx
16-11-12, 07:49 AM
kat Malaysia RM1 jew pown sekali ngan ubat semua

k a y a m
16-11-12, 08:11 AM
kat Malaysia RM1 jew pown sekali ngan ubat semua

kt malaysia rm1 tu kt hospital gov. bkn kt klinik. kalo aku diberi pilihan pn, aku xkn pegi ke hospital gov. better pegi klinik, even mahal, the service is better

duck_phantom
16-11-12, 08:48 AM
at least still cheap kan RM1 kt M'sia walaupun service mmg lambat.

boyz371
16-11-12, 09:50 AM
at least still cheap kan RM1 kt M'sia walaupun service mmg lambat.

demam.sakit tapi terpaksa terpaksa tunggu berjam2 kat hospital.Lagi la sakit

fideldesu
16-11-12, 12:19 PM
senang cite g berubat scr tradisional :lol:

k a y a m
16-11-12, 12:29 PM
at least still cheap kan RM1 kt M'sia walaupun service mmg lambat.

ni la org malaysia. sangup bersakit, bersusah, sangup menungu, semata mata xnk keluar duit lebih. come on la, sampai bile org malaysia nk berpikiran mcm ni? better spend some money for long term use la. nak yg murah, bile x tahan lame, complain sane sini. masuk paper la, blog la, everything. so, my suggestion, why not try to spend a little bit of ur money and buy some quality service/items. see how it go :)

just my 2cents

kangarperlis
16-11-12, 12:31 PM
senang cite g berubat scr tradisional :lol:
brubat tradisional skrg ni temberang bnyak...