PDA

View Full Version : Menang iPad Mini dan Apple TV di Facebook!



BlackWoods
14-11-12, 10:25 AM
http://i.imgur.com/TY2Qp.jpg (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151270133406928)
MASA UNTUK MEMENANGI HADIAH HEBAT!

Di Exabytes Network, kami percaya betapa pentingnya konsep memberi dari semasa ke semasa. Untuk itu, kami ingin memberi anda peluang untuk memenangi hadiah yang sangat menarik bernilai RM1818 sebagai tanda penghargaan kami kepada anda yang tidak putus-putus menyokong kami dari dulu hingga kini.

Apa yang anda hanya perlu lakukan ialah ambil beberapa gambar menarik disertai dengan slogan menarik dan anda bakal memenangi sebuah iPad Mini atau Apple TV! Mudah dan menarik kan!

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Ambil gambar sekarang dan menang!


[CARA UNTUK MENANG]


1. "Like" laman Exabytes (MY) sekiranya anda belum melakukannya lagi.
2. Ambil gambar sebarang objek yang paling tepat menggambarkan Exabytes.
3. Pergi ke laman FB Exabytes (MY) FB dan muat-naik gambar tersebut di Wall kami. Beritahi kami mengapa gambar yang anda ambil itu paling tempat menggambarkan Exabytes.
4. Tag Exabytes (MY) dan sertakan link peraduan http://on.fb.me/SOY7k5 di pos anda.

* Gambar dan penerangan yang paling kreatif akan memenangis sebuah iPad Mini.
** Dengan menyertai peraduan ini, anda bersetuju kepada terma & syarat di bahagian bawah halaman peraduan ini.


[TERMA & SYARAT]

1.Peraduan hanya dibuka kepada semua rakyat Malaysia sahaja.
2. Mana-mana pos yang didapati menjelikkan, kesat, lucah, atau sumbang akan dikeluarkan dan dibatalkan daripada peraduan ini.
3. Gambar yang diposkan mestilah asli dan tidak dimuat-turun dari Internet.
4. Hadiah Utama (iPad Mini) akan dihantar kepada pemenang sejurus ia terdapat di Malaysia dan akan dihantar ke alamat dalam Malaysia sahaja.
5. Peserta mesti melengkapkan KESEMUA langkah seperti yang telah dinyatakan di bahagian "Cara untuk Menang" untuk melayakkan diri.
6. Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti gambar DAN penerangan oleh hakim-hakim kami. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
7. Anda dibenarkan untuk menghantar lebih dari satu penyertaan.
8. Peraduan akan berjalan selama 2 minggu (12 - 26 November 2012) dan berakhir pada 27hb November 2012 pada 12am.
9. Pemenang akan diumumkan di halaman ini pada 30hb November 2012. Semua pemenang mesti menuntut hadiah mereka dengan mengemukakan maklumat peribadi mereka kepada kami sebelum 7 Disember, 2012.