PDA

View Full Version : Misi Bantuan Syria Di Jordan



tembakartun
30-10-12, 01:44 AM
http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/10/PERAK-TODAY-336.jpg

TAKBIR BERGEMA DI SELERUH KEM PELARIAN


Hari Raya Korban memberi makna yang cukup mendalam terutamanya bagi rombongan jemaah haji di Makkah yang menjadi ‘tetamu Allah’ bagi menyempurnakan rukun Islam kelima.


Begitu juga di seluruh pelosok dunia apabila kemeriahan sambutan perayaan ini begitu terasa dengan amalan solat sunat Aidiladha dan laungan takbir sehinggalah tamat hari tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.


Sambutan Aidiladha bagi sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria di Jordan turut disambut dengan penuh kesyahduan apatah lagi ia diraikan bersama-sama mangsa konflik negara terbabit.


Perjalanan 56 sukarelawan bermula seawal jam 5 pagi waktu Jordan semata-mata untuk mengerjakan solat sunat Aidiladha di kem Ramtha bersama-sama 300 jemaah pelarian Syria.


Kedatangan sukarelawan KP1M ke kem berkenaan di pagi Aidiladha pada mulanya menimbulkan kejutan di kalangan pelarian namun akhirnya ia diterima dengan penuh kegembiraan.


Laungkan takbir di pagi raya bergema di seluruh kem Ramtha hingga menimbulkan perasaan sebak di hati para pelarian setelah sekian lama mereka tidak meraikan perayaan itu.


Solat sunat Aidiladha serta khutbah yang disampaikan oleh Ustaz Farid Ravi Abdullah begitu menyayat hati apatah lagi ia menyentuh mengenai pengertian kordan serta kesengsaraan pelarian Syria dalam meraikan perayaan itu.


Apa yang lebih menyeronokkan pelarian tersebut ialah kehadiran kira-kira 200 pelajar Malaysia di Jordan yang turut mengerjakan solat sunat Aidiladha bersama-sama dengan mereka.


Selepas mengerjakan solat sunat Aidiladha, kesemua pelarian diberi barangan bantuan berupa kotak makanan selain gula-gula kepada anak-anak yang berada di kem terbabit.


Dalam pada itu, suasana hening turut menyelubungi sanubari para pelajar yang juga pertama kali masuk dan mengerjakan solat di kem Ramtha.


Salah seorang yang ditemui, Syed Ubaidah Wafa Syed Hashim Wafa, 20, memberitahu pengalaman mengerjakan solat sunat Aidiladha bersama-sama pelarian Syria adalah sesuatu yang amat menyentuh hatinya.


“Selama ini kami meraikan Aidiladha namun ia penghayatannya masih belum cukup sehinggalah ia dirayakan bersama-sama dengan pelarian di sini.


“Mendengarkan khutbah yang menyentuh tentang pengorbanan dan apabila dikaitkan dengan kesengsaraan yang dialami rakyat Syria di sini sememangnya menimbulkan keinsafan.


“Tidak dapat saya bayangkan bagaimana mereka meraikan Aidiladha dalam keadaan begini sebelum ini,” katanya.


Syed Ubaidah yang merupakan pelajar tahun kedua di Universiti al-Bayt, Jordan turut mengungkap rasa kesyukuran kerana berpeluang meraikan Aidiladha bersama umat Islam Syria.


Sependapat dengan Syed Ubaidah, rakannya iaitu Mohd Khusyairi Abdul Karim, 19, yang meluahkan perasaan sebaknya apabila melihat anak-anak Syria yang berada dalam keadaan daif serta serba kekurangan ketika meraikan perayaan itu.


“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Memang saya sedih melihat keadaan mereka untuk menyambut Aidiladha.


“Walaupun dalam keadaan sebegitu, anak-anak di sini masih meraikan ibadah korban dengan penuh keriangan… itulah yang menyebabkan saya sedih dan terharu,” katanya lagi.


Pelajar tahun kedua jurusan Syariah di Universiti al-Bayt, Jordan ini merupakan antara 200 mahasiswa Malaysia yang mengerjakan solat sunat Aidiladha di kem Ramtha.


Seorang lagi pelajar yang ditemui, Adib Abdul Aziz, 20, dari Kelantan menyatakan bahawa Aidiladha kali penuh lebih bererti kerana ia disambut dengan golongan yang daif.


Katanya, kemeriahan melaksanakan ibadah korban lebih dihayati setelah melihat sendiri bagaimana umat Islam lain bertarung untuk meneruskan hidup dan dalam masa yang sama masih mampu mengukir senyuman di pagi raya.


“Kalau sebelum ini kita sambut raya hanya dengan solat sunat Aidiladha dan kemudian melaksanakan ibadat korban namun ia diraikan tanpa penghayatan yang cukup kerana kita tidak melihat sendiri bagaimana orang lain bertarung untuk meraikan perayaan ini.


“Apabila kita menghayati pengertian korban maka kita akan meraikannya dengan penuh kesyukuran dan keinsafan… ternyata rakyat Syria begitu kuat kerana berjaya mengharungi hari-hari mendatang,”tambah beliau.


Kesemua pelajar serta sukarelawan KP1M, kemudiannya meneruskan sambutan Aidiladha dengan melaksanakan ibadat korban di Rumah PRISMA.


http://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2012/10/PERAK-TODAY-260-322x215.jpg
#perak today#

stammofa
30-10-12, 06:54 PM
tembak tak pergi jugak ke?

fideldesu
31-10-12, 01:35 PM
nak g Jordan la esok, nak tolong temb :lol:

lolly lilly
31-10-12, 01:45 PM
hri tu nmpak tembak dlm tv nga siat lembu kn? kn? kn? :lol:
7 buah universiti brkumpul wat juadah korban~ seronok je tgk~ :o

tembakartun
31-10-12, 08:25 PM
tembak tak pergi jugak ke?

Pergi..antara tiga nama student kt atas tu nama tembak..tu pasal post artikel nie...:lol:

lolly lilly
31-10-12, 09:47 PM
Pergi..antara tiga nama student kt atas tu nama tembak..tu pasal post artikel nie...:lol:

lolly taw yg mna 1~ hee~ :lol:


“Selama ini kami meraikan Aidiladha namun ia penghayatannya masih belum cukup sehinggalah ia dirayakan bersama-sama dengan pelarian di sini.
“Mendengarkan khutbah yang menyentuh tentang pengorbanan dan apabila dikaitkan dengan kesengsaraan yang dialami rakyat Syria di sini sememangnya menimbulkan keinsafan.
“Tidak dapat saya bayangkan bagaimana mereka meraikan Aidiladha dalam keadaan begini sebelum ini,” katanya.

tembakartun
01-11-12, 06:25 PM
hri tu nmpak tembak dlm tv nga siat lembu kn? kn? kn? :lol:
7 buah universiti brkumpul wat juadah korban~ seronok je tgk~ :o

bese la nak msok tv..kne la wt2 rajin siat lembu..:guling:

MKay123
01-11-12, 07:40 PM
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..

fahmi_skeen
02-11-12, 04:40 PM
lolly taw yg mna 1~ hee~ :lol:


lolly..bagitau la mane satu name temb.. :lol:

lolly lilly
02-11-12, 04:56 PM
lolly..bagitau la mane satu name temb.. :lol:
eh fahmi tataw lg ke?? tembak yg paling pnjang nmanye~ :lol:

stammofa
02-11-12, 05:14 PM
syed wafa tu ke?

lolly lilly
02-11-12, 05:25 PM
syed wafa tu ke?
nk jawapan kne tya tuan pye bdan sndiri~ :lol:

tembakartun
05-11-12, 02:51 AM
besenye org smart,name dye pon smart jgak..:guling:

Stam~syed wafa?..stam kenal ke?

tembakartun
05-11-12, 02:54 AM
lolly..bagitau la mane satu name temb.. :lol:

fahmi,hang nak tau ke?.jeng2...:lol:
klu hang nie pompuan,da lame temb bgtau,bkn je name,no tepon skali..:guling:

fahmi_skeen
05-11-12, 10:33 AM
fahmi,hang nak tau ke?.jeng2...:lol:
klu hang nie pompuan,da lame temb bgtau,bkn je name,no tepon skali..:guling:

hehe..rase mcm dh betul kot syed wafa..