PDA

View Full Version : Keyboard Untuk Serius Gaming



domromeo86
28-10-12, 08:59 AM
http://farm9.staticflickr.com/8050/8129419389_50eeeac2f7.jpg

Walaupun kita bukan setiap hari ada masa untuk bermain game namun adakalanya semasa kita ada kelapangan mesti kita terasa hendak main game kan. Di sini saya ingin berkongsi review keyboard untuk serius gaming.

Logitech Gaming Keyboard G105 (http://www.logitech.com/en-my/keyboards/keyboards/8562) adalah keyboad yang sesuai untuk anda yang suka bermain game menggunakan keyboard. Keyboard asal kat PC (http://lawrencevision.com/beli-gaming-pc-dengan-harga-mampu-milik) yang kita beli tu boleh digunakan untuk main namun tidak full function dan hanya sesuai untuk kerja menaip sahaja.


http://farm9.staticflickr.com/8330/8129408045_ae2482aafb.jpg


Antara ciri yang menarik pada keyboard berharga RM168 ini adalah didatangkan dengan LED backlight. Jadi memang sangat sesuai kalau anda bermain game di waktu malam sebab keyboard akan bercahaya seperti yang terdapat pada labtop Apple. Tidaklah mengganggu roomate anda yang sedang tidur.Selain itu, butang khas untuk game juga berbeza dengan keyboard biasa kerana diletakkan butang khas yang sememangnya sesuai.


Selain itu, anda masih boleh menggunakannya untuk kerja menaip assignment malah ianya jauh lebih smooth berbanding keyboard biasa.Selepas membeli keyboard ini jangan lupa ke website mereka untuk download software terkininya supaya banyak game boleh support.

Antaranya adalah Need For Speed, Diablo, Call of Duty dan banyak lagi.Sememangnya ia berbaloi untuk anda miliki sama ada untuk bermain game atau membuat kerja menaip. Sekiranya anda ada pertanyaan sila kongsikan di ruangan komen.