PDA

View Full Version : ~Johor, Pulau Pinang Warta Zon Larangan Merokok~



lolly lilly
06-10-12, 12:09 PM
http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/10/Larangan-Merokok.jpg



KUALA LUMPUR – Enam kawasan di Pulau Pinang dan satu di Johor telah diwartakan sebagai zon larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pewartaan yang berkuat kuasa pada 2 Okt itu adalah dengan kerjasama kedua-dua kerajaan negeri berkenaan.

Beliau berkata di Johor, kawasan yang diwarta ialah Hutan Bandar Mutiara Rini Johor Baharu manakala di Pulau Pinang membabitkan Taman Perbandaran GeorgeTown, Taman Botani Daerah Timur Laut, Empangan Air Itam Daerah Timur Laut,Empangan Mengkuang Bukit Mertajam, Taman Bandar Ampang Jajar Seberang Perai Tengah dan Empangan Telok Bahang Daerah Barat Daya.

Liow berkata pada Jun tahun lepas, Melaka mewartakan lima kawasan sebagai zon larangan merokok di bawah Program Melaka Bebas Asap Rokok iaitu Bandar Warisan Dunia, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), Pusat Bandar Alor Gajah dan Pusat Bandar Jasin.

“Pihak kementerian, dengan kerjasama kerajaan negeri, bertekad untuk mewujudkan lebih banyak zon larangan merokok, terutama di kawasan yang menjadi tumpuan awam,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Liow berkata ini bagi melindungi mereka yang tidak merokok, terutama wanita dan kanak-kanak, daripada bahaya asap rokok basi.

Beliau berkata kajian yang dijalankan tahun lepas mendapati lebih 70 peratus orang dewasa terdedah kepada asap rokok basi di tempat awam.

Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mewartakan 21 kategori tempat larangan merokok, antaranya, kawasan hospital atau klinik, lif atau tandas awam, dalam kenderaan awam, hentian pengangkutan awam, premis kerajaan, institusi pengajian tinggi, taman asuhan kanak-kanak, kompleks beli-belah, stesen minyak dan perpustakaan.


Sumber – BERNAMA

fideldesu
06-10-12, 07:39 PM
bagus2, kurang sikit org isap Canyon & U2 :guling:

MKay123
06-10-12, 07:51 PM
bagus2, kurang sikit org isap Canyon & U2 :guling:Tambahan Rokok DJ dan Pine..

Norahman
06-10-12, 07:56 PM
bgus bt zon larangan merokok ni..
harap akan lebih meluas lg....

lolly lilly
06-10-12, 11:13 PM
bagus2, kurang sikit org isap Canyon & U2 :guling:
apa tu? yg perisa strawberry n vanila tu eh?? :lol:

k a y a m
06-10-12, 11:32 PM
bende ni karut la. kalo btol kerajaan nk rakyat berhenti merokok, buat ape jual rokok?

Nett8
07-10-12, 06:59 AM
bende ni karut la. kalo btol kerajaan nk rakyat berhenti merokok, buat ape jual rokok?

bukan karut la kayam... tapi kat rokok la tax yg disedut oleh gomen... kehkehkeh... cumanya zon larangan merokok ni mmg patutla... individu yang merokok mmg x jadi hal bagi diri sendiri, tapi individu yang mmg x merokok, tentulah tak selesa dan terancam akibat asap asap rokok...

MKay123
07-10-12, 03:39 PM
bukan karut la kayam... tapi kat rokok la tax yg disedut oleh gomen... kehkehkeh... cumanya zon larangan merokok ni mmg patutla... individu yang merokok mmg x jadi hal bagi diri sendiri, tapi individu yang mmg x merokok, tentulah tak selesa dan terancam akibat asap asap rokok...Setuju :encouragement:

lolly lilly
07-10-12, 10:11 PM
Ya! katakan TIDAK pd Rokok!

Nett8
08-10-12, 10:04 AM
BELIA BENCI ROKOK... :lol:

jack66
08-10-12, 10:12 AM
ade tak negara yg tak menjual rokok setakat ini?...

korg hisaplah rokok U2, John semua tu bebanyak..lama2 mesti korg berhenti merokok sbb sakit nak mampos da..

MKay123
08-10-12, 05:14 PM
ade tak negara yg tak menjual rokok setakat ini?...Ada.. Tak Silap Negara Israel. Cuba Google, Betul Ke Tidak Yang Mengatakan Di Negara Israel Tidak Menjual Rokok.Dia dok eksport rokok je..

fahmi_skeen
09-10-12, 09:30 AM
aku pernah pegi melaka kt kawasan larangan merokok 2..bersepah je org hisap rokok