PDA

View Full Version : ~Penjaga Kambing Dihukum Gantung Sampai Mati~



lolly lilly
04-10-12, 11:03 AM
http://1.bp.blogspot.com/_pEbOFt2nv9s/S5RevoygtgI/AAAAAAAAHJ8/cjc4hrVO2Oo/s400/kambing.jpg
(gambar hiasan)


ALOR SETAR – Seorang penjaga kambing, G. Rajaputran dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Rajaputran, 22, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines seberat 39.98 gram di Lorong 1, Taman Bayan, Kulim, pada 3 pagi, 8 Mei tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aisyaf Falina Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam T. Jayaraj.


Sumber – BERNAMA

fideldesu
04-10-12, 12:25 PM
lain kali.. sorok dlm bulu kambing tu, baru lepas.. :lol:

lolly lilly
04-10-12, 12:28 PM
lain kali.. sorok dlm bulu kambing tu, baru lepas.. :lol:
kambing bukn bulu nipis ke? mcm mna nk sorok? :lol:

ezri impish
04-10-12, 02:03 PM
monoacetylmorphines bentuk cam taik kambing.. mgkin polis tersalah kot?! lain kali rasa la dulu :)

fideldesu
04-10-12, 02:57 PM
kambing bukn bulu nipis ke? mcm mna nk sorok? :lol:
bulu kambing biri2 la.. :lol:

MKay123
04-10-12, 07:18 PM
Layan la tgk gambar kambing tu.. Mcm hape ntah :lol:

fahmi_skeen
05-10-12, 05:17 PM
kesian kambing2 beliau tidak bertuan lagi..

lolly lilly
05-10-12, 05:27 PM
kesian kambing2 beliau tidak bertuan lagi..
fahmi tolg la jga plak~ sian kambeng2 tu~ :lol:

fahmi_skeen
06-10-12, 11:00 AM
hehe..cik max suke la bela kambing ni.nanti boleh makan n buat burger kambing.

p/s: kambing mknn faveret cik max