PDA

View Full Version : Finalis ratu cantik jadi jurulatih bola sepak



balqis10
03-10-12, 02:15 PM
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2012/1003/Kosmo/Dunia/du_07.1.jpg


VOJAKOVAC, Croatia - Seorang wanita, Tihana Nemcic, mahu dirinya dilayan sama seperti ketua jurulatih yang lain.


Nemcic, 24, yang merupakan bekas pemain bola sepak antarabangsa Croatia dan model sambilan kini mendapat perhatian luar biasa.


Ini kerana dia telah mengambil alih tugas sebagai jurulatih pasukan bola sepak lelaki Croatia bagi pasukan NK Viktorija Vojakovac yang beraksi dalam divisyen kelima.


Nemcic, bekas pemain kelab di Croatia, memperolehi ijazah dari Universiti Sukan negara ini pada Julai lalu.


Sejak menggalas tugas sebagai jurulatih pasukan NK Viktorija Vojakovac, Nemcic menegaskan bahawa dia bertanggungjawab ke atas pasukan bimbingannya dan bukan untuk mendapat publisiti media.


"Saya ialah ketua jurulatih. Saya mempunyai kebebasan penuh untuk mencipta dan merancang taktik pasukan," kata Nemcic.


Pasukan bimbingannya kini berada pada kedudukan ke-16 dalam liga dengan empat mata selepas mencatat satu kemenangan, satu kekalahan dan seri.


Nemcic yang juga merupakan 15 finalis bagi merebut gelaran Ratu Sukan Croatia pada tahun 2008 mengakui berdepan cabaran tertentu dalam melatih pemain lelaki. - Agensi




sumber:http://infoisusemasa.blogspot.com/2012/10/finalis-ratu-cantik-jadi-jurulatih-bola.html

lolly lilly
03-10-12, 02:41 PM
hebatnya!! :applouse:


Nemcic yang juga merupakan 15 finalis bagi merebut gelaran Ratu Sukan Croatia pada tahun 2008 mengakui berdepan cabaran tertentu dalam melatih pemain lelaki.

diakui, memg susah~ org laki ni bukn boley kalo pompuan bg arahan pd mende yg dye experts~ :numbness:

dauszzz86
03-10-12, 08:09 PM
wow!! smgt aku kalo dpt coach lawa camni....haha

supernova
03-10-12, 08:29 PM
bila agaknye teman dapat main bolasepak. lama dah teringin nih. :rolleyes:

k a y a m
03-10-12, 08:29 PM
aku pn nk main bola sepak cmni :guling:

Xor
04-10-12, 02:09 AM
kompom tak belajar bola.. hahaha..

fahmi_skeen
04-10-12, 11:17 AM
xnk import pemain dari mlysia ke?aku sggup bermain utk kelab sane.. :lol:

fideldesu
04-10-12, 12:17 PM
mai la Malaysia coach kitorang plak :lol:

tembakartun
12-10-12, 08:59 PM
nanti men bola len plak jadinya..:guling:

stammofa
12-10-12, 09:11 PM
pemain terbaik akan dpt dating dgn coach.... :lol: