PDA

View Full Version : Misteri pengarah filem hina nabi



balqis10
14-09-12, 04:03 PM
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2012/0914/Kosmo/Dunia/du_01.1.jpg
REUTERS
ORANG ramai melarikan diri apabila polis melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan protes terhadap filem anti-Islam di luar Kedutaan AS di Sanaa, Yemen semalam.


LOS ANGELES - Seorang lelaki dari negeri California mengaku dia memainkan peranan di sebalik pembikinan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW sekali gus mencetuskan bantahan hebat umat Islam terutamanya di Mesir dan Libya kelmarin.


Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula yang mengamalkan ajaran Kristian Koptik dan pernah didapati bersalah kerana melakukan jenayah kewangan memberitahu agensi berita Associated Press (AP) bahawa dia memainkan peranan mengurus dan membekalkan logistik untuk produksi tersebut.


Lelaki berusia 55 tahun itu turut mengaku dia adalah pengurus syarikat yang menerbitkan filem berjudul Innocence of Muslims itu.


Namun, dalam satu temu bual dekat sini kelmarin, Nakoula menafikan dia mengarahkan filem biadap itu.


Sebaliknya, dia menyatakan mengenali penulis dan pengarah Innocence of Muslims, Sam Bacile.


Bagaimanapun, nombor telefon yang dihubungi AP pada Selasa lalu untuk menelefon Bacile didapati menggunakan alamat sama dengan lokasi di mana Nakoula ditemui.


Rekod mahkamah persekutuan AS menunjukkan Nakoula mempunyai beberapa nama lain termasuk Nicola Bacily dan Erwin Salameh.


Lelaki itu menyatakan bahawa Bacile menyokong kebimbangan berhubung layanan buruk umat Islam terhadap penganut Kristian Koptik.


Namun, Nakoula menafikan dia menyamar diri sebagai Bacile.


Semasa temu bual tersebut di luar rumahnya, lelaki itu menunjukkan lesen memandunya untuk mengesahkan identitinya tetapi dia menggunakan ibu jari untuk menutup nama tengahnya, Basseley.


Dalam perkembangan berkaitan, seorang paderi yang mencetuskan kemarahan umat Islam dengan membakar beberapa naskhah al-Quran, Terry Jones menyatakan, dia sempat berbual dengan Bacile melalui telefon kelmarin.


Jones berkata, lelaki berkenaan menghubunginya beberapa minggu lalu untuk mempromosikan filem tersebut.


"Saya tidak menemui dia. Sam Bacile bukan nama sebenarnya.


"Saya cuma bercakap dengannya melalui telefon. Dia tentu bersembunyi dan tidak mendedahkan identitinya," kata Jones.


Bacile sebelum ini menyatakan dia dilahirkan di Israel, berusia 56 tahun dan berketurunan Yahudi.


Seorang aktivis Kristian yang turut terlibat dalam projek filem berkenaan, Steve Klein memberitahu kelmarin bahawa Bacile merupakan nama samaran pengarah filem tersebut dengan dia seorang penganut Kristian.


Terdahulu, beberapa pegawai di Israel berkata, tiada rekod ditemui menyatakan Bacile seorang rakyatnya.


Menurut Klein, sekitar 15 pelakon dari Syria, Iraq, Turki, Pakistan, Iran dan beberapa penganut Kristian Qibti Mesir terlibat dalam filem Innocence of Muslims.


"Kebanyakan mereka enggan memberitahu nama sebenar kerana mereka takut," kata Klein.


Sementara itu, YouTube telah menarik balik klip video filem itu di Mesir dan Libya kelmarin. Namun, video berkenaan masih boleh diakses di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.


Dalam perkembangan terbaharu, pihak berkuasa Libya membuat beberapa tangkapan berhubung serangan ke atas Kedutaan AS di Benghazi


"Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kehakiman telah memulakan siasatan dan mengumpulkan bukti dengan beberapa orang telah ditangkap," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wanis Al-Sharif.


Namun, beliau enggan memberikan butiran terperinci berhubung bilangan orang yang ditangkap atau latar belakang mereka kerana tidak mahu menjejaskan siasatan. - Agensi






sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

kagutan
14-09-12, 07:42 PM
...semoga mereka yg terlibat dlm menghasilkan filem tersebut dilaknat...

MKay123
14-09-12, 07:54 PM
"Umat Islam Kini Ibarat Buih2 Dilautan"

mr mohdfitri
14-09-12, 08:03 PM
semoga allah melaknati mereka yang membuat filem macam tu..

alim azrich
14-09-12, 08:12 PM
umat islam sndri yg merosakkn agama sndri / sesama sndri..owg lain amik ksempatan lh..hurmmm..

fideldesu
14-09-12, 08:13 PM
org Yahudi.. dah agak dah.. tangkap die cepat sula ngan dildo..

aripgrip
14-09-12, 09:52 PM
ALLAH Maha Mengetahui...ALLAH Maha Kuasa...Wlaupun org yahudi dan kapir membuat rancangan yg bleh menghancurkan sebuah gunung sekalipun,ALLAH tetap akan mengetahui rancangan jahat org yahudi dan kapir itu,jd mintalah doa kepadaNYA...insyaALLAH akan trmakbul...amin.

faizalotai
14-09-12, 10:09 PM
Pengarah filem ni org Yahudi, mmg dia sengaja nak buat filem ni wlu pun dah tahu umat Islam mesti marah..(dah perangai Yahudi mcm tu la)filem ni dah ditayangkan tahun lepas di US dlm sebuah pangung wayang yg kosong dkt California..kos filem ni 5juta usd dan ditaja oleh 10 org yahudi..(kaya x kaya tu)..skang ni pengarah dia tgh bersembunyi xtau kemana...

fyezool
14-09-12, 10:55 PM
semoga allah membuka hati lakhnatullah ini..

death0304
14-09-12, 10:59 PM
Allah maha berkuasa.. Amin..

xninex
15-09-12, 12:52 AM
Khehe....makin suka lah diorang kalo sula dgn DILDO tuh...khehehe

xninex
15-09-12, 12:57 AM
Mereka tau org islam akan marah & diorg mmg suka tgk org islam marah...bila org islam marah,siap ada rusuhan n pembunuhan mcm kat libya tuh.peluang diorglah nak kata org islam nih GANAS,BRUTAL death metal N TERRORIST black metal!!!! HUARGHH!!!!!! aku ganas!!!!! HUARGHHHHHH!!! KILL KILL DIE DIE

syafiq23
15-09-12, 08:59 PM
aku sokong sbnrnya itulah tujuan sbnr dorg...
bila jdi mcm nie tngk la brpe org kena bunuh...
peluang nie la dorg nk guna sebaik2nya utk burukkan lgi umat islam..
tmbah2 sesama islam pn masih lgi nk bertelagah...
lgi hurray la puak2 2...
"dorg kata misi dh selesai"

Atok Krepot
19-09-12, 09:30 PM
pengarah ni takkan lepas dari azab Allah... tunggu masa je

hant
19-09-12, 10:12 PM
semoga tuhan membalas perbuatan mereka..

supernova
19-09-12, 10:16 PM
Mereka tau org islam akan marah & diorg mmg suka tgk org islam marah...bila org islam marah,siap ada rusuhan n pembunuhan mcm kat libya tuh.peluang diorglah nak kata org islam nih GANAS,BRUTAL death metal N TERRORIST black metal!!!! HUARGHH!!!!!! aku ganas!!!!! HUARGHHHHHH!!! KILL KILL DIE DIE

secara teori nya teman setuju dgn kata2 mike. untuk menunjukkan yg mereka adalah kaum yg terpilih, dan untuk tidak merosakkan ketamadunan kaum mereka, maka mereka mewujudkan provokasi ini supaya org islam saling berbantah-bantahan, malah makin teruk, saling berbunuhan. diorang tak perlu buat apa2. tak perlu mengebom sana sini, tak perlu membakar bendera, tak perlu kotor tangan. cuma mereka menggunakan akal fikiran untuk menghancurkan umat islam.

mohon umat islam sekarang bersatu dalam menangani situasi provokasi ni. dan ingat lah senjata utama orang mukmin ialah DOA KEPADA ALLAH. jadi, mari kita sama2 bersatu dan berdoa, semoga kaum yahudi yang bertanggungjawab mencetuskan provokasi ini dibalas kejahatan mereka oleh Allah s.w.t.

insyaAllah. :)

munarr
25-09-12, 09:03 AM
laknak betoi.. huh!!

Nett8
25-09-12, 09:44 AM
secara teori nya teman setuju dgn kata2 mike. untuk menunjukkan yg mereka adalah kaum yg terpilih, dan untuk tidak merosakkan ketamadunan kaum mereka, maka mereka mewujudkan provokasi ini supaya org islam saling berbantah-bantahan, malah makin teruk, saling berbunuhan. diorang tak perlu buat apa2. tak perlu mengebom sana sini, tak perlu membakar bendera, tak perlu kotor tangan. cuma mereka menggunakan akal fikiran untuk menghancurkan umat islam.

mohon umat islam sekarang bersatu dalam menangani situasi provokasi ni. dan ingat lah senjata utama orang mukmin ialah DOA KEPADA ALLAH. jadi, mari kita sama2 bersatu dan berdoa, semoga kaum yahudi yang bertanggungjawab mencetuskan provokasi ini dibalas kejahatan mereka oleh Allah s.w.t.

insyaAllah. :)

sangat setuju... apa yg nov katakan... DOA adalah senjata mukmin... itulah yang paling utama... betul kita sbg org Islam marah dengan apa yang dibuat oleh kafir laknatullah tu... dan kalau semua org Islam bersatu dan berdoa... insyaAllah... tahulah yang kafir itu apa yang dia cuba buat...

pkafirdaus
25-09-12, 10:23 AM
sangat setuju... apa yg nov katakan... DOA adalah senjata mukmin... itulah yang paling utama... betul kita sbg org Islam marah dengan apa yang dibuat oleh kafir laknatullah tu... dan kalau semua org Islam bersatu dan berdoa... insyaAllah... tahulah yang kafir itu apa yang dia cuba buat...

ada ka patut doa mintak dilaknat org yg wat salah? aku xtau plak kita bole mendoakan untuk kemudaratan org len,,aku rs lebih baik mintak doa org yg bertanggungjawab nih dapat hidayat, agar nnt dia rs menyesal pastu wat balik video yg dia dh insaf dsbnya disamping dpt menjelaskan hal sbnr kt bangsa dia, aku rs cara nih lebih mendatang faedah untuk seluruh umat islam,,doa kebaikkan utk org len, kita pon dapat pahala,,