PDA

View Full Version : Bisa labah-labah ubat mati pucuk



balqis10
02-09-12, 04:07 PM
London: Satu ubat yang diperbuat menggunakan cecair bisa labah-labah paling berbisa di dunia mungkin boleh menjadi penawar terbaik mati pucuk.


Penyelidik dari Brazil dan Amerika Syarikat mendapati, bisa labah-labah ‘Wandering Spider’ dari Brazil mengandungi toksin yang membantu aliran darah dan seterusnya menghilangkan mati pucuk selepas 20 minit memasuki sistem tubuh, lapor akhbar di sini. Bunuh ramai orang
Labah-labah berkenaan bertanggungjawab membunuh lebih ramai orang berbanding spesies lain. Mangsa yang kena bisanya biasanya maut selepas sejam kena gigitan.


Beberapa ujian yang dilakukan pada tikus menunjukkan prestasi aliran darah meningkat selepas bisanya memasuki badan dan melepaskan oksid nitrik, sejenis kimia yang mencairkan darah dan membantu aliran darah menjadi lebih baik.


Proses itu sama seperti yang dilakukan ubat anti mati pucuk. Meskipun ubat seperti Viagra, Cialis dan Levitra berjaya membantu ramai lelaki sejak 10 tahun lalu, 30 peratus lelaki masih mendapati prestasi mereka masih sama.


Oleh itu, ubat daripada bisa labah-labah mungkin dapat menjadi kaedah lain. - Agensi




sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/ar...pucuk/Article/

fideldesu
02-09-12, 04:55 PM
satg ade la org rela hati g biar labah2 gigit die..

tembakartun
02-09-12, 07:05 PM
psnie ramai la bela labah2...cm cicak

fahmi_skeen
05-09-12, 09:03 AM
menarik..dari bisa menjadi ubat.

Beta Ray Bill
06-09-12, 01:13 AM
makin ramai la pakat cari natang ni mcm cari pokke dulu..

Tok Yellow
06-09-12, 04:17 PM
xpsal2 jd spiderman nnti... :lol:

eiz_bb4196
22-10-12, 11:28 PM
buat perangkap masuk hutan. hehee

stammofa
23-10-12, 12:25 AM
jom bela labah-labah... rm 30,00 utk berat 500 gram....

k a y a m
23-10-12, 07:54 AM
mmg la ubat mati pucuk. tp kang bende lain plak yg mati :guling:

Xor
23-10-12, 09:01 AM
kalau tak ada selere kat "hidangan" susah jgk nak keluar.. :guling:

MKay123
23-10-12, 07:37 PM
Pelbagai hidangan boleh didapati diluar sana. Terpulang pada individu tersebut utk memilihnya.