GALAKSI VIRAL - Rakyat Amerika Syarikat & negara Latin ketika ini tengah rancak membincangkan fenomena Gerhana Matahari pada 8 April 2024 kerana ia mendapat perhatian luar biasa daripada pihak agensi NASA dan agensi kerajaan negara mereka. Ia bermula apabila agensi NASA dan agensi sains kerap mewarwarkan tarikh 8 April ini supaya lebih berhati hati pada tarikh berkenaan sehingga National Guard negara mereka akan berada dalam mood standby jika berlaku apa apa perkara tidak diingini pada hari berkenaan. Ia juga agak luar biasa apabila Gerhana Matahari 8 April ini diwarwarkan melalui sidang media rasmi oleh pihak NASA dan tiga roket juga sudah dilancar untuk tujuan kajian fenomena ini. Disebabkan itu ia kerap jadi pertanyaan kenapa fenomena Gerhana Matahari kali ini perlu ada sidang media dan agensi kerajaan kerap mengingatkan jaga keselamatan pada tarikh berkenaan ?


Info lanjut boleh rujuk di sini >>> GERHANA MATAHARI MULTIVERSE